Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, January 05, 2016

adik-beradik kegemaran ramai (di rumah ni)

hahah.
macamlah ramai sangat orang kat rumah ni pun :P

tahun 2016.
tetiba ariana dah 3 tahun.
anaqi pulak baru lahir dah jadi setahun. ekkiki
(birthday diorang lambat lagi. tapi kalau masuk sekolah, itulah sepatutnya umur mereka tahun ni. kan. betul!! :D)



despite of sangat agresif bermain sehingga mencampak item ke sana sini sehingga ada potensi melayang mengenai adiknya yang sedang berisitrehat di kerusi bouncernya (tapi tak kena lagi. fuh!),
ariana adalah seorang kakak yang sangat menyayangi adiknya, anaqi.
lolx ayat karangan sangat! :P
kalau nampak anaqi menangis and mama tetiba hilang dari radar (ai pergi dapur kejap, tak pun toilet),
kang ada la tu ariana duduk tepi adik dia pegang-pegang tangan la apa suh bertenang.

"bertenang dik! bertenang!" (ok fine tak de la dia cakap macam tu. haha)

anaqi malas ambik port. while ariana excited bergambar.


(hujan hujan, muka sedih)

nah ini gambar anaqi menangis yang sempat dirakam.
mama sy cakap jangan dibiar nangis lama, nanti kembung perut.
nenek sy pulak cakap kalau sibuk nak berangkat, bila nak siap kerja (rumah).

sy pulak cakap; baby menangis ni ada sisi yang comel sebenarnya. HAHA

see? comel gile kot! penuh perasaan muka tu menangis. lolx



ok ni dah nak menuju kepada tenang.
sebenarnya anaqi ni tak banyak ragam mana.
dia menangis kalau :
1. lapar
2. bosan dah lama duduk
3. nak tidur tapi tak dapat tidur

kalau tak, baik je dia duduk tengok kipas kat siling.
tu je la hobi ko ye nak.
selagi tak boleh berlari.
kalau dah boleh lari, tukar hobi jadi berlari pulak.
ha ha not funny. not funny sebab nanti mama lah yang kena kejar. hahh

(btw hari ni anaqi dah 68 hari - untuk rekod)

budak baik, tak banyak ragam. nangis pun light light tak annoying langsung. lolx






husband cakap anaqi mata bulat dan besar sebab time pregnant dulu sy suka tengok cerita tembak-tembak, bunuh-bunuh haha
nak buat camne, dah memang sy suka tengok time tu :P

manakala ariana, bermata agak almond (tak la super sepet, tapi tak bulat juga)
sebab masa preganntkan dia, sy suka tengok gwiyomi.
berulang-ulang kot tengok. obses gile. hahaa

so korang tau la tips dia nak anak mata besar, tengok cerita tembak-tembak, bunuh-bunuh.
nak mata kecik, tengok gwiyomi banyak-banyak.
moga-moga tersangkut.
hahahaa
ye ye je kan.
padahal dah memang ikut gene.
kalau tak daripada parents, daripada grandparents.
kalau tak grandparents, grand grand parents. begitulah. :DDD


sayang dia tight-tight. ahaha

time ni bawak ariana main kat tesco.
banyak gile kot bendalah ni.
berderet satu baris tu semua kereta budak-budak je.
good thing nak main 50sen je sekali ride.
kalau kat alamanda tu dah RM2. cekik darah sungguh.
time ni nampak ada sorang budak, besar sikit je daripada ariana.
duduk je kat kereta tu muka bosan.
tunggu mak dia kot.
abang dia ada duduk kat kerusi.
sy pun belanja la dia naik 1 ride.
suka dia. haha

yang ini pun suka jugak. kemahen. pas satu satu dia nak naik.

sekian kisah adik-beradik kegemaran ramai.
tata! xD

0 comments: