Sunday, May 17, 2015

makan di melaka : restoran ala... kasim ikan bakar

hahaa maafkan hamba kerana baru sempat nak update kisah di melaka berkurun-kurun yang sudah :P

sebab ceritanya panjang, so kita bahagi-bahagikan ikut entry.
on the first day tu kitorang dinner kat restoran ala...kasim ikan bakar, medan ikan bakar alai, melaka.
ni first time sy datang sini.
sebab biasanya kalau pergi melaka mesti dijamu kat parameswara ikan bakar.
alai ni kira dekat sikit dengan bandar melaka.

sampai-sampai memang penuh la.
nasib baik ada meja.
tu pun nak tunggu diorang kemas dulu.


sorry gambar blur. sy snap sambil berjalan. ahaha


sampai-sampai tu, dah dapat seat, terus ke tempat seafood untuk pilih bahan-bahan yang nak dimakan.
kita pilih and bitau nak dimasak macam mana.
ikan pun boleh masak two ways gitu. lolx
diorang boleh belah 2 and masak 2 cara ikut yang customer nak.
contohnya if sebelah nak bakar, sebelah lagi nak masak 3 rasa. itu dibolehkan.


ramai orang pilih seafood hoiii



menu and harga.



tu mama dan harith tengah pilih seafood. harith memang banyak pilih udang je la dia. haha



udang dia memang besar. tapi kerang kecik la pulak. so tak ambik kerang.



ikan ada beberapa jenis untuk dipilih dan dimasak. ada siakap, kerapu, senangin, kembong, cencaru, terubuk, pari, jenahak. sy biasanya suka kerapu or senangin.



adik ni ambikkan order.. dia tengah tanya nak masak macam mana.



ariana forever menempek dekat uncle dia. haha






mana kao belajar buat duck face tu hah, ariana?? LOL



abah dan harith.



husband dan sy.



harith dan mama.



keramaian di restoran ala... kasim ikan bakar.



otak-otak and jelly kelapa pun ada. nampak tu, pencicah kicap sampai dulu! haha



sambil tunggu makanan sampai, neneknya melayan ariana tengok photos and videos.

memang lama la jugak menunggu.
may be sebab ramai orang kan.
ada la setengah jam lebih lebih macam tu.


nasi lemak pun ada. kat sini nasi lemak dia bersaiz super kecik.

saiznya kecik and dalam tu ada nasi je. sambal tak de.
untuk dimakan nanti dengan lauk-pauk yang diorder tadi.

photo di bawah ni menunjukkan perbandingan tangan sy dengan nasi lemak..
nak menunjukkan betapa keciknya paket nasi lemak itu.
comel kan? hihi.




then tidak berapa lama (lama?) kemudian, muncullah makanan kitorang semua.
hahahahhahaha gelak kegembiraan makanan dah sampai.


mula-mula sampai sotong goreng tepung. not bad la. tapi sy tak makan banyak. ai is allergic seafood. lolx



udang bakar besarnya hoihh. yang ni harith punya. yang lain pun tumpang makan sama :D



sampailah ikan kerapu sebelah dibakar, satu lagi ikan kembong untuk ariana.



sebelah lagi ikan kerapu masak tiga rasa. sy tak berapa favour rasa masak tiga rasa dia. tak tau la orang lain. better next time order bakar je la. lolx



ikan kerapu sebelah yang dibakar tadi kita request letak sambal dia, tapi budak tu lupa nak letak. so hantar balik pinggan and he's back dengan ikan bakar bersambal. haha


untuk makanan kat restoran ala... kasim ni, sy bagi tiga sudu! haha.
korang kalau nak try bolehlah ke sini.

Medan Ikan Bakar Alai, Malacca, Melaka, Malaysia



No comments: