Saturday, November 29, 2014

lipas yang langsung tak awesome

recently pemalas lipas sungguh nak snap gambar.
may be i've been too busy,
may be i've been buat-buat busy. AHAHA

cakap pasal lipas,
kat rumah ni anak-anak lipas sudah berleluasa dengan hebat.

stress sungguh laa :P

actually time kitorang mula-mula masuk rumah ni memang dah nampak lipas-lipas kecik ni.
saiz dia memang tak besar. kecik aje.
dua tiga ekor macam tu, tak banyak.
ditambah dengan sikap ignorantku, tak ambik langkah pencegahan. *grin*
just bila nampak tu drainkan diorang dalam sink atau picit dengan tisu. haha

nak pakai penyembur lipas, ada budak kecik.
baru-baru ni nampak koloni they all dah produktif sangat.
asal pergi dapur nak buat air ke apa mesti nampak lipas melintas jalan tak bagi signal
ada la beli ubat lipas daripada bahan-bahan semulajadi yang dalam bekas tu.
tapi tak jalan.

so baru-baru ni beli ubat lipas lain.
yang bentuk kristal tu and daripada bahan semulajadi jugak.
tapi yang ni mahal bak hang.
yang ubat sebelum ni dalam 5 ringgit je. yang ni 25 ringgit macam tu.
tapi tak pe lah, janji yang ni berkesan.
malam tadi sapu kat dapur, nampak massacre lipas-lipas. wuahaha
berderet-deret mati tergolek.
rupanya diorang ni lagi banyak daripada sangkaan.
mana yang kita nampak melitas tu dalam 10 ekor lebih je kan.
rupanya berpuluh! pengsan ai!!
yang besar yang kecik semua ada.
karnival lipas sangat! :'DDD

dapatlah hidup aman sementara waktu ni.
nanti kalau dia membiak lagi, kita tabur itu ubat lipas kristal. lolx

moral of the story,
if dah nampak tanda-tanda lipas kat rumah,
terus hapuskan. jangan tunggu dia beranak-pinak macam kat rumah kitorang ni. rofl.

the end.

Saturday, November 22, 2014

IOI city mall, putrajaya

the IOI city mall, putrajaya just opened on 20 november 2014.
time tu berpusu-pusu la rakyat putrajaya, bangi, kajang ke IOI.. haha.
kitorang juga tak ketinggalan nak the-more-the-merrier-kan pusat beli belah baru ni.
i think it's one of the biggest malls. memang besar.
kitorang buat 'site visit' malam semalam, since it's weekend and i love to see new things. *husband tu tak tau la. dia just follow je. haha*

sorry la gambar gegar sana sini.
snap gambar sambil bergerak.. macam tu la dia. lolx

everyone is still figuring out the parkings.
sy rasa parking memang banyak.
tapi semalam jumpa 2 tempat je. may be sebab baru and tak pusing habis.
tempat-tempat parking yang kitorang jumpa pun berderet je kereta.
alamanda nighmares at IOI!! *insert muka terkejut sambil pegang pipi* :'D


dari luar.



macam-macam ads dah naik.

kitorang datang semalam pun nak cari makan je.
and kebetulan kitorang parking kat tingkat bawah yang memang dekat dengan kawasan restoran semua. *bahagiaaa*
nak ke tingkat atas tak sempat.
nak cari ice skate rink pun tak sempat jugak.
may be later.

happiness is bila ko jumpa eateries yang ko memang suka and susah nak jumpa kat tempat lain.
macam ah cheng laksa *jyeahhh go ah cheng, go ah cheng!!* :P
hot n roll, fabulous thai, kedai bakery lavenderrr!!!

kalau kedai ni la yang sama macam kat bukit tinggi tu, memang heaven on earth la. hahaha

macam-macam lagi la kedai makan.
tapi mostly kedai yang well known. you want mc ds, kfc, johnny's, manhattan fish market, tony roma semua ada.
hanya perlu rajin jalan and explore je sebab tempat ni besar.


ariana dengan muka tak puas hatinya. haha

memang siap-siap dah bawak stroller sebab jenuh nak dukung if ariana tidur etc.
plus dia ni kalau turun stroller memang lari laju ke mana-mana entah. haha

one of the turn offs IOI city mall ni adalah lantai dia yang licin.
lantai yang kilat-kilat boleh polish bagai tu.
ada la certain parts je lantai yang kesat.
ko tau kan jalan atas lantai licin ni macam mana?
memang struggle sikit, lagi-lagi kalau orang penat-penat baru balik kerja nak singgah mall. kaki tu kasi seret sikit ye. hahaha
nak tolak stroller pun agak banyak effort digunakan.
i just figure. :P


lebih kurang macam ni la interior dia. kedai memang banyak. tak habis explore lagi.



tak tau la ni wing mana. main masuk je. hahaha

if tak silap kat sini tiga tingkat.
tapi kat wings lain tak tau la berapa tingkat.
kot sama 3 tingkat or ada tingkat-tingkat lain.


nampak tu orang ramai? :DD husband memang yo yo je pandangan ke depan. lolx



part tingkat bawah ni feel dia macam kat midvalley lebih kurang.



mc d penuh jugak walaupun tak panjang queue macam kat KFC.



yang mengingatkan sy kepada midV adalah booths yang banyak ni.

tapi memang interesting.
ada macam-macam booths jual macam-macam barang.
i saw a booth yang jual scarf memang lawa-lawa la tapi tak singgah. tengok je. haha
yang jual hadiah untuk baby.
yang mainan imitate lego tu.
tapi sini mahal la, sekotak RM6.
kalau ai beli kat toy shop seksyen 19, shah alam, dapat RM3 sekotak. jyeah.


nasib baik besar, tak de la nampak macam alamanda sangat (walaupun masih packed) bahaha.

'nampak macam alamanda' tu macam mana?
ye. terlalu padat sampai ko nak lalu pun susah.
kalau kat AEON big tu beratur dia punya la panjang sampai ke belakang (lagi-lagi time gaji baru keluar).
dah banyak kali kot sy cakap pasal ni hahaha (astro sangat!!) :'DDD
hopefully kat IOI ni tak de la macam tu walau ramai orang.
and hopefully jugak kepadatan di alamanda akan berkurangan selepas ni.
sy ni suka je pergi alamanda sebab dekat dengan rumah,
yang tak best sebab orang ramai sangat. tu je. lolx

sambung.
so kitorang decided to eat at papparich.
harga standard restoran berhawa dingin.. sepinggan dish tu berbelas-belas.
kalau ada udang besar dalam RM33. begitulah.
paling kurang bawaklah RM50 dalam poket duit emergency :P
time ni diorang tak terima credit/debit card lagi.
may be baru buka kan.
nasib baik bawak cash. hahah


lawa interior dia.

ai ke hulu ke hilir pakai selipar jepun.
masuk kedai makan gini. haha
tapi apa ada hal.
keaffordablean ko tak boleh diukur dengan selipar.
ingat yang dressed up lawa-lawa make up bagai tu superkaya ke?
tu kerja kat kedai make up ok. tak pun penyambut tetamu. hahah *kejiness statement. JK! JK!* :DD


pose one time!



me and my cheeky, lovely daughter.

ariana kan tengah musim tak duduk diam.
hailaa sy jadi jaguh pecut nak kejar dia dalam mall. kedai, restoran, everywhere.
bertabahlah, mama. *pat bahu sendiri*


papparich yang lawa.



si-tak-duduk-diam.



"i demand my food! now!" *kepek! kepek!*

ok food dah sampai!

sy order cendol. tiba-tiba malam-malam nak makan cendol kan.

sebenarnya sy suka dessert yang ada gula melaka.
gula melaka ni.. kasi itu kick. banyak punya kick. haha


husband ordered nasi ayam kurang rasa. lolx. guess ni nasi ayam kesihatan yang chinese style kan memang macam ni.



makanan kena letak jauh sikit nanti si mulat pomel (bulat comel) ni kacau. nampak tu nampak tu tangan diaaaa.



sy tak lapar sangat, so order sate.

tak ingat la harga sate dia.
tapi berbelas la jugak setengah dozen macam ni.
sedap ya amattt. succulent (juicy), lembutnyaaa and marinated well.
yang penting masih ada kesan garing but not too burnt.
sy ni kalau makan sate nampak hitam sikit memang sy akan buang.
yang ni tak yah.
ngap aje. lemak semua tak de.
my favourite! :)
*ha a ye wani e memang cerewet makan sate. biasanya orang akan heran. it's for the health! haihs nak kena terangkan ke :P*

lepas tu jalan la kejap ke kedai macam home depot macam tu, lupa pula nama kedainya.
yang besar-besar macam ikea.
ada jual perabot barang rumah barang letrik semua tu.
semua barang cantik.
esok nak cari barang untuk rumah bolehlah beli sini.
kualiti bagus tapi mahal sikit.
jenuh lagi kejar olahragawati 100x100, ariana bariana.
dia ni ke mana-mana pun ada je orang dok sibuk nak pegang pipi la apa "comelnyaa comelnyaaa"
hah kat home depot ni ada ok.
sebelum ni pun ada di mana saja.
yang paling tak menahan, 'peminat' daripada group teenage girls.
ko tau la macam mana teenage girls bila nampak artis pujaan ke macam mana yang siap jerit-jerit tu.
bayangkan bila teenage girls nampak baby lari pecut.
"aaa comelnyaaa." sambil tuding-tuding jari. sambil nak pegang nak dukung.
 ye kitorang sering berhadapan situasi ini -_-"

pelari pecut antarabangsa. badan bulat, tapi lari laju. macam mana tu??

may be next time boleh ke IOI city mall lagi.
jarak dalam 8km dari rumah. dekat je kan!
cuma tak tau akan datang ni crowd dia macam mana. haha

k till then!

Thursday, November 20, 2014

percutian di port dickson

time-time kecik dulu kan asal cuti sekolah je harus pergi port dickson.
family day ke apa memang ke PD la kita. haha
ni dah besar berjela ni let's ke PD lagi. xD
weekend lepas kitorang bercuti hujung minggu di PD.
stay kat puteri beach resort, or rumah peranginan persekutuan milik BPH.
ada 6 family, kongsi 1 apartment 3 bilik untuk 3 families.

siap beli macam-macam makanan untuk bekal.
makanan ringan je la. huahua
sampai-sampai sana dah malam, sebab dari wedding kawan.
tu yang gerak lambat sikit.
so biasalah apartment, ada sebuah bilik je yang attach bilik air kat dalam.
sebab lambat, dapat la bilik yang bilik airnya di luar. lolx
dahlah plug dalam bilik dua-dua tak boleh pakai.
nak charge bateri ke apa kena guna plug kat ruang tamu.
tak pe, layankan aje :P

esoknya tu awal-awal pagi dah ke swimming pool.
nak ajak ariana berenang gitu. HAHA

ariana and her swimming suit. saiz 6. sy main beli je ni. muat pulak tu. lolx



pelampung untuk baby pun awal-awal dah beli. harga RM17. minta tolong babah tiup.

sebab kolam budak-budak punyalah crowded;
dengan budak-budak buat 'cannon ball' la,
dengan hingus terapung *eww!!*
so kitorang berpindah ke kolam orang dewasa.


ariana first time masuk pool dah boleh swim dengan pelampung sendiri. (with supervision, of course!)



dia ni memang suka main air. haha

dah lepas-lepas tu pergi ke pantai pulak,
ajar main pasir.

playing with the sand.

lepas tu balik apartment.
mandi-manda and then keluar balik ke taman ostrich (burung unta).
bukan setakat ostrich, banyak haiwan lain kat sana.
beli makanan (daun) RM3. masuk dalam bagi depa makan :P

ostrich ni main tarik je daun. makannya tak. hailaa.



another ostriches.



tengok, ayam bulu putih pun ada! :D entah apa nama dia.



sy tertarik dengan ayam belanda ni. sebab bulu dia bintik-bintik. comel je.

sebab dah hari ahad kan,
and esoknya isnin pun tak apply cuti sebab ada kerja,
petang tu gerak balik.
but before that tengah hari pekena asam pedas dulu. kat kedai yang ramai orang tu. mihihi

ambik asam pedas ikan pari. yums!



tambah sayur and rendang-rendangan nogori sombilan. xD husband ambik siput sedut.

lepas makan, husband and kawan-kawan dia pergi main boling.
kitorang tunggu dalam kereta je sebab ariana dah tertidur kepenatan.
karang mana pulak dia nak tidur kat pusat boling tu :P

around 5 macam tu balik apartment, mandi sekejap, pack-pack beg and pulanglah kitorang.
sampai putrajaya dah malam.

sekian kisah ke PD. lolx

Monday, November 17, 2014

the perks of working

haha tajuk tak boleh blah.
pejam celik dah lima bulan kat ofis baru.
boleh tahan seronok la kerja kat ofis baru *lagi-lagi kalau dapat melancongkan diri sambil bekerja. hehe*
sy kan sangat jarang cerita pasal kerja.
tapi sebab ini cerita work-fun, kita ceritalah masuk dalam blog :DD 

selalunya orang akan tanya,
"ko jaga (buat kerja) apa kat kementerian baru?"
macam-macam kitorang buat,
but yang betul-betul under sy are perbandaran and nama geografi.
jadi dapat belajar benda-benda baru yang awesome sangat.
nah belanja gambar. xD

time buat naziran tandas awam. ye, naziran tandas ye. hihi

sebelum ni kat ofis lama sy pernah buat aktiviti judging macam ni..
tapi time tu judging kebersihan kampung.
best pergi dari satu kampung ke kampung lain.
jumpa orang kampung, tengok tempat orang.
then ikut pemenang pergi oversea as hadiah. haha

this time judging tandas pulak.
macam-macam jenis tandas jumpa.
tapi tak de la selalu, dalam 2 bulan sekali je.


time ni jadi MC untuk seminar.
in charge jaga nama geografi menyebabkan sy berpeluang tour malaysia (tour la sangattt kahkah).
sebab meeting nama geografi akan selalu dibuat di serata negeri.
cumanya sekarang sy ada bos baru,
so meeting besar dia akan pergi. meeting kecik sy pergi.
sebelum ni sy je yang redah semua meeting; besar atau kecik. hihi

baru-baru ni berpeluang ke kota kinabalu untuk attend meeting.
pergi sorang je.
sy sebenarnya enjoy pergi meeting sorang.
lepas tu boleh plan jalan sendiri.
biasanya turun KK sy akan holler kawan kat sana.
tapi this time memang niat nak jalan sendiri kat pasar.
so awal-awal dah book hotel paling dekat dengan pasar; le meridien.
biaq pi la bayar extra daripada rate sendiri, yang penting sy duduk dekat dengan pasar. haha


government servant sekarang dapat lepak kat golden lounge.

muka sy ni tak ada rupa pekerja/bos langsung.
biasanya orang tak peduli pun sebab ingatkan student.
so layanan biasa-biasa je dapat. hahah (hampagas)
tak apa la, yang penting ai masuk golden lounge, makan minum main internet :'DD


pemandangan dari golden lounge.

naik flight.
after 2 hours and the half, sampai KK. alhamdulillah.
terus ambik cab pergi hotel.

ai suka hotel ni!

suka suka pun tak boleh nak pergi hari-hari;
sebab mahal.
sekali sekala macam ni tak pe la. haha
lepas tu dapat jadi special member dia, dapatlah privillage sikit.
macam dapat bilik tingkat paling atas khas untuk members je.


my humble room :)

le meridien ni bilik dia special sebab ada dvd player dengan penimbang berat badan hahah


helo, bilik air!!



toiletries.



tv dan meja study.



cupboard dan katil king.



corner lot. hahah

sampai-sampai hotel tu solat kejap,
then tak tunggu lagi terus ke pasar filipin depan tu.
jalan kaki je, tak sampai 50 meter pun. punyalah dekat.
jalan-jalan tengok makanan je.
wani hearts food :'DD




kerang gergasi!! 8D



hah, tengok ni! punya la besar!!



ini yang sy nak beli.. seafood bakar!!



yums!

seafood kat sabah murah-murah.
ikan bakar punya besar tu RM13 je macam tu.
lobster paling kecik RM25.
udang, sotong cucuk RM10.
yang lain tak tanya harga pulak.
but i bet they're all affordable.
cuma kawan-kawan yang duduk di KK ada cakap,
kebersihan diragui or may be penjual reheat balik seafood yang tak habis.
tapi selama sy pernah ke sini,
tak pernah sakit perut ke apa.
sedap je makan. hahah


suasana di pasar.



chicken wings.



ada juga tempat goreng-goreng masakan panas.

ha a ada jugak seafood mentah.
korang boleh pilih dan cakap nak masak apa. pun boleh.
tapi sebab sy datang sorang,
niat pun nak beli yang bakar tu je and makan dalam bilik hotel.
the rest, sy jalan-jalan je beli souvenir and tangkap gambar.
memang saja terus pergi ke pasar sebab malas nak keluar balik bila hari dah gelap.


ada juga lauk pauk.



kuih muih. yums!



nah. hasil buruan. sedar diri, tak beli banyak pun :'P

sy beli ikan bakar and udang bakar je.
ops dengan kepak ayam madu bakar. hahah
tapi udang tu pun tak makan habis sebab tak nak zits di muka menjelma :DD
kenyang dengan gembiranya.
lepak bilik hotel selepas mandi and solat, makan seafood bakar sambil menonton tv. priceless.


bye-bye, hotel! ni tingkat paling atas untuk members sahaja. rasa special pulak dapat special level. lolx


esoknya check out, terus pergi meeting.
balik tu before ke airport sempat la beli souvenir lagi.

sekian.