Wednesday, October 15, 2014

selepas raya aidiladha

eh ehh dah rabu *buat-buat muka terkejut*
hihu. bulan oktober ni banyak birthdays.
yang dah berlalu, birthday syira (10.10), kak ija (12.10), alin (14.10), hari ni erni (15.10)..
HAPPY BIRTHDAY UNTUK SEMUA!! *lepaskan belon-belon helium di udara*

upcoming ni esok birthday husband ai.
tu pun dia cakap esok malam nak pergi gym.
jadi, nak makan-makan hari ni. celebrate awal lah kiranya.

me : nak makan sambut birthday ke nak pergi gym? pilih salah satu je. :P
him : *insert muka sedih/kesian*

since yang nak diraikan tu dia, kita follow je la.
ok malam ni kita pi keluar makan. hahaha
kat mana? hah nanti akan diupdate! ;)

//

news pasal abah.. dah ada kat rumah since weekend lepas.
nak refer ke hospital kerajaan yang ada pakar neuro dan paru-paru.
tapi tau je la nak appointment dengan pakar kat hospital kerajaan mau ambik masa.
mama cakap selagi tak berdarah-darah apa dia kira bukan kes emergency.
so boleh duduk rumah, makan ubat, tunggu. haha (boleh pulak macam tu).

//

ni kisah zaman berzaman, lepas raya korban hari tu hahaha.
lepas balik dari terengganu, esoknya tu pergi beraya kat kampung husband pulak.
tak jauh mana pun, banting je. haha
tapi tak tidur la, just datang menjenguk.
pagi tu still kat rumah putrajaya, goreng nasi buat breakfast.

nasi goreng daging ni ada nampak kat blog peej dulu. agak lebih kurang beginilah rupanya (thanks peej bagi resipi!)



gorengkan ayam sekali untuk husband, buat lauk.

lepas tu siap-siap pergi banting.
call tanya mak ada makanan tak, dia cakap ada masak kari ayam.
sampai sana dah tengah hari, habis lauknya ok.
lauk terakhir husband dah ngap dulu.
ok fine, jom pergi makan kat luar.
pergi pizza hut je, lama tak makan kepak ayam bbq pizza hut yang sedap tuuu.


husband order seafood lasagna.



harus ada ini kalau dine in; bbq chicken wings. yums!!



babah and ariana.



ambik pizza saiz personal je. macam biasa, hawaiian chicken. tak reti nak makan flavour lain.


lepas tu mak kirim KFC..
pergi KFC kat sebelah pizza hut.

si pomel ariana. rasa nak kepit aje mulut tu. hahaha *ibu masakini, begitulah. tabah la ye nak*



pergi kat babah. mama malas beratur, duduk tunggu kat meja.



aiyaaaaaaaaaa



i love my daughter veli veli much. ahax

malam tu balik putrajaya.
esoknya dah start kerja balik. cuti raya tak lama kan.
husband je cuti keesokannya.
ai nak prepare meeting, so tak boleh nak cuti sangat. mihihi

kbai!!

2 comments:

Anonymous said...

Umur ariana berapa ye..nampak aktif n terror da bjalan.. Kissessss

wani ezryl * said...

ariana dah masuk setahun 4 bulan. mmg zmn2 kegemilangan melasak la ni. jenuh kejar. haha