ni kisah pasal ofis. dan kawan-kawan.
iaitu sy jarang sangat cerita pasal hal ofis kan.
sebab ofis=kerja=tak ada yang menarik pun. kahkah
hari tu ofis kitorang membuat major upgrade untuk komputer;
desktop lama berbunyi enjin motobot ditukarkan kepada laptop kecil yang menyebabkan meja kubikelku kelihatan luas :D
nah. perkenalkan. |
nampak kan tu, meja kubikel nampak luas tiba-tiba. haha |
tiba-tiba, raja tiba. *apakah ayat?!*
beliau membawa perkhabaran gembira. ecewah.
majlis kenduri kahwin beliau bulan oktober ini.
sama-sama kita nantikan! xD
hari mengedar kad jemputan. hehe |
lepas tu,
sebab tak lama lagi raja nak kahwin,
harus la ada perjumpaan ahli kelab KGMA.
kitorang pergi lunch sama-sama kat restoran padi, galleria.
nah gambar.
adi and atol. |
raja and i. |
iaitu lin.
lin kerja kat KB, so tak dapat turun join.
tak pe, lin.. oktober nanti kita berjumpa!! :)
sy try ini.. spaghetti yang ada eggplant. eh. terung. hehe |
sebab sy suka terung!! xD
vegetarian sangat ai hari tu.. kikiki.
snap gambar kat parking sebelum beredar. |
dan sempat tapau pavlova strawberi from padi. |
ye. boleh 2 kali makan hidangan nasi. haha
later on..
ke bangi biryani house.
bos, en. naza nak belanja.
right on, bos! HAHA
gambar depan kedai. |
ambik beriyani ayam rempah. mintak kuah beriyani extra. kalau tak dapat kuah dalca biasa tu je. |
ayam rempah dia garingnyaaa sedapppp.
sama sedap la dengan JM beriyani.
kami kami yang makan pada hari itu. |
kereta en. naza yang canggih. |
kenapakah canggih?
sebab bila reverse, kat rear mirror dia akan muncul skrin pandangan kamera dari belakang.
kira nak nampak view masa reverse tu la.
kalau tak reverse, gambar tu hilang. jadi cermin semula. hahaha
semalam jumaat.
tengah hari free.
let's ke karnival usahawan desa, KUD, putrajaya.
memang best la.
kerja hari tu adalah pergi dari booth ke booth, rasa sampel makanan.
kerepek, kek, kuih, sate, macam-macam.
beli puyuh goreng rempah kat KUD. memang sedappppp!! |
datanglah beramai-ramai ke KUD.
habis ahad ni. esok la tu kan. haha
sekian iklan :P
sekian juga entry. haha
bye!!