Sunday, February 24, 2013

technology

hambik ko.
berhari-hari tak update blog, hari ni balas dendam update banyak-banyak muahhhhahah *petir*
*ok tak la banyak mana, tiga entries je kott*

kali ni nak cerita pasal teknologi.
ok sy ada cerita kenapa sy tak blogging 2-3 hari ni.
sebab bz kan.
selain daripada tu.. adalah sebab sy terlupa bayar bil broadband.
sebab tak bukak emel *akibat sibuk tu la tak sempat bukak yahoo emel!! cis!*
biasa kat banting nak online, sy pakai broadband.
so broadband kena bar, dan tak dapat la nak blog.
plus penat balik lambar pun iye kan.
tapi dah bayar dah baru-baru ni.. but still hari tu try tak dapat jugak bukak. keji.

then sy ada terbaca pasal celcom porta-wifi.
yang korang boleh plug&play modem dia, terus jadi wifi untuk 5 users tu.
husband and i siap gi kedai celcom lagi tanya.

so kekdahnya portaWifi ni gini..
kalau kita trade in modem broadband lama kita..
tambah RM99.. kita akan dapat modem portaWifi yang sebesar crabstick tu *tapi pendek sikit la*. haha
tambah RM100 registration.
then kita terminate plan broadband lama.. kita register plan portaWifi ni.
yang basic RM68 sebulan. dapat la 4GB data volume *means dalam tempoh sebulan tu had upload download internet korang adalah 4GB*.
tapi diorang bagi rebet RM10 every month for A YEAR.
means untuk setahun, kita perlu bayar bil wifi RM58 sahaja. tahun kedua baru bayar RM68 balik.
tapi kira macam kontrak setahun la.

then dah decided nak tukar broadband sy kepada portaWifi.
sebabnya boleh berwifi di mana-mana.
dia akan bagi macam plug untuk ko plugkan modem tu kat rumah.. atau dalam kereta.. atau kat laptop.. then terus jadi macam router wifi. so dalam range macam satu kawasan rumah boleh dapat wifi connection dengan password protection.
memandangkan handphone sy tak de data plan *a.k.a. internet*, menggunakan wifi adalah idea yang sangat bagus! xD

tapi tadi keluar beli netbook husband,
terrrserempak dengan promosi maxis pulak.
husband memang dari hari tu aim maxis broadband tau.
sebab area rumah parents dia kat banting susah nak dapat celcom.
biasanya EDGE. baru-baru ni je celcom jadi 3G dengan HSPA.
tetiba maxis pun ada maxis wifi jugakk.. kehkeh.

dia sama je macam portaWifi celcom.. (portable wifi)
plug and play.
kalau broadband biasa kan korang cucuk, pastu kena install la bagai pastu kena klik 'connect' kan.
yang wifi ni tak yah. cucuk, masukkan password kat device (laptop.. handphone.. etc) .. then terus terbukak internetnya.
cool kan.
beza plan maxis pulak.. dia tak de kontrak macam celcom.
harga basic RM68 jugak sebulan.. tapi dengan rebet RM10 untuk lima bulan.
bila-bila nak terminate boleh.
registration RM100 jugak, tapi modem wifi adalah free. tak perlu trade in macam portaWifi celcom.
data volume lebih banyak.. 8GB untuk basic.
tapi syaratnya 4GB main siang, 4GB main malam.
malam tu time korang tidur okeh.. jadi sempat la nak download movie ke apa.
plus, untuk maxis portable wifi, boleh guna untuk 10 devices serentak. celcom kan 5 je.

ohhh lupa! *tepuk dahi berulang kali*
kelajuan!! kelajuan kedua-dua wifi maxis and celcom is around 21MBpS.
memang laju gile la toksah cakap.
sebab banding dengan broadband biasa, berapa ratus KBpS je dia cover.
so bayangkan berapa kali ganda laju tu.
jadi tadi husband dah beli la maxis portable wifi.. kekeke.
so esok pagi dah boleh guna.. kami nak try kat banting.
kalau connection cemerlang,
sy nak terminate la kejap celcom broadband.
sebab dah boleh tumpang wifi husband :P
.


husband tengah isi borang nak beli portable wifi maxis.



ni pulak time kat kedai komputer.. beli netbook. semua kedai kitorang survey. harga lebih kurang sama, yang membedakannya adalah free gifts and softwares. hihi

adik yang jaga kedai komputer tu pun cemerlang.
cakap punya la laju.
macam berpengetahuan sungguh dalam bidang komputer.
lepas husband borak-borak tu.. rupanya budak tu tengah tunggu SPM result ko!
muda-muda dah cemerlang gitu kan. haha.

oryto nak tido dah.. tomolo ai keje.
kalau portable wifi cemerlang, akan berblogging dengan jayanya di rumah in laws.
kalau sempat la. haha

k k.
till then.
good night everyone!

4 comments:

Unknown said...

banting di manakah?

wani ezryl * said...

sebelum bandar banting tu.. kat olak lempit.

Unknown said...

ooo olak lempit. ada rumah cantik kat Taman Cenderawasih. aku hampir2 beli je dulu. hehe

wani ezryl * said...

apa terjadi kemudian? kenapa tak beli? :)