Friday, July 13, 2018

unwell time



do not panic seeing this photo; i'm totally fine :)
ni gambar dua hari lepas.
first time ever i'm on a nebulizer.
biasanya sy share kisah-kisah kesihatan dalam ni sebagai rekod sendiri.
sebab senang nanti in the future nak refer.. bila kita sakit ni, bila sakit tu.

alkisahnya bila sy tarik nafas dalam-dalam dalam 2-3 hari time tu,
dalam dada macam ada bunyi.
macam bila kita batuk and kahak sangkut kat dalam.
haa macam tu.
and sy perasan benda ni berlaku bila keadaan terlalu sejuk dan sy minum air berais.
first time kena like a month ago.
tapi macam sehari je.. lepas tu dah ok.
ni tiba-tiba kembali selepas suhu ofis sangat sejuk sehingga ke 21degree.
peliknya tak ada sakit dada atau sesak nafas pun.
just rasa dada tu macam berbunyi/sangkut/ah tak tau nak explain LOL

so risau apa-apa berlaku kat paru-paru hamba :P,
i went to the clinic.
doc gave me a neb, a med and a puff.
puff yang macam orang asma pakai tu.
sy pun pelik sebab sy tak pernah-pernah asma.
tapi layankan je, 3 kali sy pakai puff tu.
alhamdulillah sekarang dah tak berbunyi dah dada.
tapi cuaca masih sejuk.
so. harap tak berulang la.
just because i don't like to take meds or puff or whatsoever :D


semalam pulak sy termakan biskut peanut butter.
tak de la rasa manis mana.
tapi mungkin sebab dia memang manis pun *lolx* dan berminyak,
tetiba sy sakit tekak.
sakit tekak yang macam sakit tekak sebab salah makan tu *allergik*
tekak sy ni memang.
kalau sy makan benda manis melampau, memang jadi macam ni.
lepas tu akan disertai oleh selsema, then demam, then batuk tak ingat dunia.
now tengah selsema tapi light.
harap tak menuju kepada demam sebab dah nak weekend ni oi!
siapa pulak nak demam time weekend.
tak bestlah :P

boleh kata recently badan sy kemain reject benda-benda tak betul yang masuk dalam badan.
esp benda manis melampau, benda sejuk melampau, seafood yang banyak lagi la, jangan cakap.
macam, badan ni terima makanan-makanan yang baik-baik je *over kau haha*
kalau makan tak ok, dia akan jadi macam allergik tu la.
so accept je la dengan harapan dia tak serius.
sebab sekali lagi ditekankan, i don't like meds.
dah berapa kali demam ni sy memang tak ambil meds,
tapi makan antibiotik semulajadi je macam bawang putih & makanan semulajadi lain macam air asam jawa, madu, etc.
mungkin bila badan sy terbiasa makan yang semulajadi,
once nak makan benda lain yang pelik-pelik, dia reject.
sakit jugak penghapus dosa. semoga diampunkan dosa-dosaku ini hihi.


gambar hiasan, masak macaroni bakar malam semalam. husband request, sebab nak bawa ke ofis sempena jamuan raya.

since kastad dia agak menjadi setelah beberapa kali trial,
nantilah sy share kat entry lain, resipi macaroni bakar yang sy dah improvised ni :P

till then. toodles!

No comments: