Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, July 14, 2018

resipi macaroni bakar (malaysian style)

assalamualaikum and hi!



untuk jamuan raya ofis semalam,
husband ada request sy buatkan macaroni bakar.
menu ni jugak sy bawa ke jamuan raya ofis sy,
together with cucur udang + sayur, hari tu.

resipi asal adalah daripada resipi macaroni bakar puan norly.. tapi diimprovisedkan dari segi kuantiti bahan.

i would love to share this recipe with you guys.. kot ada yang nak try buat.
rasanya memang sedap dan tak muak.
more to malaysian taste, berbanding macaroni western style yang ada banyak tomato puree di dalamnya.
selamat mencuba!


photo macaroni yang husband snap kat ofis dia semalam.

MACARONI BAKAR
- Kuantiti untuk ramai-ramai makan. Kalau nak makan sendiri, kurangkan macaroni kepada 1 cup saja. 1 cup boleh makan untuk 5-6 orang dengan portion yang banyak untuk seorang. Untuk potluck, 2 cup dah mencukupi.

Bahan-bahan:

A) MACARONI

  • 2 sudu besar MACARONI - rebus sampai empuk

    (Saya pakai jenama Kimball, jenis 'Elbow')

1 paket biasa dah cukup.. boleh buat bercup-cup kalau 1 paket ni.

  • 500 gram AYAM CINCANG

    (Saya pakai jenama Ayamas / beli dada ayam kat pasar dan blend sampai jadi minched chicken. Hati-hati pakai jenama lain sebab kadang rasa ayam bekunya kuat sangat. Saya memang cadangkan Ayamas saja)
    *400 gram adalah untuk macaroni, 100 gram lagi untuk topping. kalau rasa tak nak letak topping ayam, beli 1 tiub 400 gram macam kat bawah ni pun dah cukup. daripada 400 gram daging ayam cincang ni pun boleh diasingkan sikit untuk topping.
1 tube ni 400gram.

  • 1 biji BAWANG BESAR HOLLAND - potong dadu / kalau tak rajin, blend kasar ala-ala potong dadu haha.
  • 4 ulas BAWANG PUTIH - cincang halus
  • 2 tangkai CILI MERAH - belah dan buang biji, cincang kasar / blend kasar
    (kalau untuk budak-budak, kurangkan kepada 1 atau setengah tangkai cili. tak nak pakai cili pun boleh, tapi tak bestlah)
  • 4 sudu besar SERBUK KARI DAGING
    (saya pakai jenama Babas)
  • Sepaket KEJU
    (tapi tak habispun sepaket ni.. haha. boleh guna jenis keju kegemaran. saya pakai mozarella. kalau tak ada keju kat rumah, tak letak pun tak apa)
  • GARAM
  • BAWANG GORENG
  • DAUN SUP - cincang. optional.
  • MINYAK - untuk menumis
  • AIR - dalam beberapa sudu kalau kering

B) KASTARD

*sy masih dalam trial untuk buat kastard yang perfect. amount kat bawah ni dah ok untuk kastard yang lembut, tapi memang akan ada berlebih sikit nanti. later sy buat experiment lagi dengan kastard ni.. dan akan update resipi baru kalau ada. HAHA

  • 7 biji TELUR AYAM
  • 7 sudu besar TEPUNG GANDUM
  • 2.5 cawan SUSU CAIR + suku cawan AIR (beli 2 tin susu cair dah mencukupi)
  • GARAM
  • LADA SULAH

C) BEKAS

alamak tak tau saiz.. tapi hari tu untuk 2 cup macaroni bakar, saya beli bekas aluminium pakai buang bersaiz separuh bantal kepala yang buat tidur tu hahaa.
saiz macam tu dah ok.
atau boleh ambil bekas bersaiz kecil, tapi buat 2 bekas.
haihs ikut suka koranglah :P
recommended pakai bekas pakai-buang dan kalau rajin, letak butter sikit kat dalam biar tak melekat.
boleh je nak pakai bekas acuan biasa untuk kek tu,
tapi nanti kena rajin sikit nak menyental. lolx



Cara-cara :

  1. Panaskan minyak sementara tunggu macaroni yang direbus tu empuk.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  3. Bila nampak bawang dah layu, dah golden, masukkan kari sampai naik minyak.
  4. Tambah air sikit jika perlu.
  5. Masukkan ayam, gaul sehingga masak.
  6. Masukkan cili merah. Gaul lagi.
  7. Perasakan dengan garam. Nak letak gula sikit pun boleh.
  8. Tutup api. Time panas-panas tu, masukkan macaroni ke dalam kuali dan gaulkan sekata.
  9. Tuangkan campuran ke dalam bekas acuan / mangkuk casserole. ratakan dia.
  10. Tapis adunan kastard terus ke adunan macaroni dan daging ayam tadi.
  11. Taburkan 100 gram lebihan daging ayam ke atas adunan, bawang goreng (optional), daun sup dan tabur jugak cheese.
  12. Masak di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
  13. Selepas 30 minit, buka oven sekejap, tabur bawang goreng (kalau nak tabur last. If nak tabur awal, ikut step kat nombor 11 tadi). Bakar lagi selama 10 minit. Siap!

kalau nak masak awal dan panaskan kemudian, bakar 30 minit je.. simpan dalam fridge.
bila nak makan, baru keluarkan dan panaskan 10 minit dalam oven (dengan tabur bawang goreng tu).


aight.
selamat makan macaroni bakar! lolx.

0 comments: