Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, July 18, 2018

musim durian malaysia yang havoc



assalamualaikum and hi!

haha adakah anda salah sorang yang berlumba-lumba mengejar lori durian,
tatkala lori itu muncul di sekitar kawasan perumahan anda? :P

yup, sekarang musim durian tengah menggila.
kalau tahun lepas,
frust sebab nak beli durian pun kena fikir 2-300 kali since harga mahal gile!
tapi tahun ni.. nah ambik ko, rakyat malaysia! jemputlah makan durian itu berbakul-bakul! haha

yang mengidam nak makan musang king,
inilah jua masanya. kihkih
musang king's price dropped to as low as RM20 now.
mungkin ada lagi murah? idk.

tapi sy ni kalau makan durian D13 pun dah rasa heaven sedapnya hoih.
kaler dia kuning, rasa lemak. harga pun ok.
banyak jenis durian, so korang boleh pilih ikut kesukaan.
kalau durian kampung, harga RM5, RM7 sekilo pun boleh dapat sekarang.
yang jual longgok pun ada kot.

so entry ni semata-mata pasal durian HAHAHA
setahun hanya sekali kan katanya :P
ni adalah few photos yang sy snap masa kitorang berjimba makan durian. LOL
dipersilakan tengok! :'D

time ni masa awal-awal minggu, musim durian dah bermula.

dimulakan dengan durian batu kurau kat seksyen 19, shah alam.
ma hometown. haha
durian ni jual kat area SALAM medical centre.
sy and husband pernah makan durian batu kurau masa kat perak dulu.
yang tu memang fresh dari kebun kot..
orang kampung jual tepi jalan je.
rasa sedap tak ingat.
so terkenang-kenang.
tetiba jumpa pulak durian batu kurau kat shah alam. haa apa lagi!
time ni tak ingat berapa ringgit sekilo.
(tu nampak dalam gambar beli sikit, mesti time ni harga tak turun lagi. kikiki)


ramai betul pesaing makan durian dalam family kitorang ni. lolx!



ni pun!

kalau adalah kucing peliharaan sy dulu.. si carpet.. harus join sekaki.
ye kucing pun makan durian ye.
sudah kubilang family kitorang semua pencinta durian.. termasuklah kucing HAHA
*tetiba rindu kat carpet. abah pun suka durian. rindulah kat semua. hee*


makan tak pandang kiri kanan dah budak-budak ni.



hahaha tu tengah nak ambik lagilah tu :P



lawak laa anaqiii tak tengok mana-mana dah!

ahha gambar kat bawah ni,
contoh durian gred D13.
isi kuning ok.
rasa sedap gile.
beli kat pasar malam putrajaya time pesta durian pasar tani. haha

model yang sama lagi!



glorious gile isi dia!

kemudian kitorang balik lagi ke shah alam.
singgah kat belakang.. seksyen 20 dekat-dekat stesen minyak petronas.
situ menggila jugak orang jual durian.
ada 2 lori jual.
musang king ada kat sini.. murah jugak.
tapi sebab orang ramai gile, kitorang singgah tengok je la.
yang tukang jual, tukang belah durian tu pun dah tak terlayan, customers ramai sangat.


walaupun tak beli, saja ambik bau. lolx



asalnya memang la nak beli, tapi tengok super ramai orang, kitorang pun bergegas ke tempat lain.



lagi gambar durian yang dijual kat tepi jalan besar seksyen 20, shah alam.

kitorang ke seksyen 19 pulak.. kat SALAM medical centre lagi.
tunggu durian batu kurau LAGI. haha
hari tu durian sampai agak lambat, jem sebab ada accident on the way kat rawang katanya.
sejam kot kitorang tunggu.
tapi dah dasar gigih kan, haruslah cekal menanti :D
time ni harga dah jadi RM10 sekilo.
time ni juga kitorang baru balik daripada kenduri cousin ai, izrul & ummu di rawang.
sebab tu masing-masing berbaju melayu berkurung bagai :DD

time lori sampai, punyalah bahagia muka kami. muka makcik-pakcik lain juga sama.



ni! kalau ada sesiapa nak contact.

100% eco means tak de racun serangga ke apa ye.
organik bak hang.
ada la 2 kali jumpa ulat dalam tu.
menunjukkan betapa organiknya durian ni.. ahax.
tapi kebarangkalian durian dalam condition baik tu lebih tinggi daripada jumpa ulat.
cuma ulat tu menjadi bukti, durian tu organik.
bagus la kan.
siapa nak makan durian yang dicelup bahan kimia? tak nak kite :P





ada disediakan kerusi, meja dan air mineral. kitorang dok berkampung kat sini la tunggu lori durian sampai.



ramai orang serbu ye. memang sedap durian batu kurau ni!

batu kurau ni sy beli banyak, dalam 10 biji.
malam tu pulak my bro harith beli lagi durian.. musang king dengan IOI pulak.
ok banyak gile makan durian, sampai mata ada bentuk durian ye. haha melawak je.

lepas tu sy demam (bukan sebab durian, sebab makan benda manis.. sakit tekak-demam-selsema-batuk last).
lepas demam tu, pulun durian.
langsung hilang suara. HAHAHA
ni tengah recover la ni.
doakan sisthur :P

so lepas tu ada lagi pembelian durian.
iaitu kat dengkil. semalam ni makan.
sy buat rasa icip-icip je.
sebab sedar diri, tekak dah sakit tak de suara. HAHA
selebihnya simpan dalam tupperware kat dalam fridge.
petang-petang sikit ni bolehlah makan :DD

macam mana pulak dengan cerita durian korang? ;)

last batch. mungkin ada lagi pembelian lepas ni?

0 comments: