Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Monday, July 02, 2018

ketuk-ketuk dapur


assalamualaikum.
hola semua!
macam mana raya korang?
syawal masih di tengah-tengah,
banyak open houses telah dan akan berlaku. lolx

bab raya tu kita cerita di entry lain ye.
kali ni entry (macam biasa), ketuk-ketuk dapur kita.

pernah ternampak kawan share pasal challenge makan;
boleh tak dalam sebulan kita tak makan coklat, makan ais krim, minum air manis etc.
sy rasa sy boleh.. bahaha. sebab sy bukan sweet tooth.
yang sy tak boleh, adalah kalau tak dapat makan lauk-pauk ni :P
orang asia kan, nak kena makan nasi HAHA (alasan sangat).
tapi nasi pun kebanyakan masa kalau kat rumah, sy makan nasi beras perang.
ke arah makanan yang lebih sihat kekdahnya.. kihkih.

lagipun kebetulan pagi tadi ada tonton rancangan berkaitan pemakanan.
sy suka quote tetamu jemputan; "biar makanan jadi ubat, jangan ubat jadi makanan."
betul jugak tu kan.
biar makanan yang kita makan sehari-hari tu adalah daripada yang baik-baik,
yang boleh jadi penawar dan penguat tubuh badan kita. wallahu a'lam.

dah dah,
jom kita tengok photo makanan!
haha. tak de kerja lain wani ni.
photo makanan aje :P



ni time beraya seminggu rumah mama. masak singgang tulang, main dish. AAs pun suka makan singgang, tak kira la ikan ke daging. mesti banyak nasi diorang makan.



singgang tulang close up. kasi drool diri sendiri. lolx



ni hari berikutnya. teringin nak makan ikan tiga rasa. cari ikan bawal kat kedai pasar basah belakang, ada ikan kembung dengan selar je. jadilah tu :P singgang tulang semalam, kita reheatkan balik.



masak 3 rasa thai style.. samrot.

gigih tu tengok youtube, macam mana laa orang masak samrot ni.
kalau resipi asal, pakai bawang putih je, cili, gula palm, asam kot macam tu.
tapi kita letak jugak bawang besar holland. daun limau purut semua.
adjust sikit haha
tak de la sama macam kat serai restaurant, tapi oklah buat makan kat rumah :D


kangkung! kegemaran semua. haha



sotong goreng kunyit.

sotong ni trickynya sebab berair.
kalau masak sotong, kena keringkan airnya dulu.
samalah dengan sotong goreng kunyit ni.
kena goreng dulu tanpa minyak.
bila dah keluar air, baru dia kering dan bolehlah kita gorengkan dengan bawang dan bahan-bahan lain.
kalau tak, kemungkinan besar akan jadi sotong berkuah. hihi


ni tak ingat bila masak. bawal masak kicap, sayur bayam, mi goreng untuk AAs.



nasi goreng cili api yang light-light saja pedasnya.



ayam goreng kunyit. yang version sy buat ni serius sedap, sebab lebihkan bawang putih (chopped).



entah bila buat ni, tapi ikan goreng tetap di hati :P



ayam goreng. biasanya masak untuk budak-budak sebab takut budak-budak tak makan lauk lain yang pedas. time ni kawan-kawan datang rumah. masak nasi je la sebab tengah hari. hihi



sayur campur. ^^



ikan goreng rangup! sy undi ini! kahh.



kerutub ayam kampung by mama. sy request mama buat ni sebab sy ni bukanlah reti sangat masak kerutub. kadang jadi, kadang tak.

ni pun kerutub ada masalah pecah minyak sebab rupanya terbeli santan yang tak ori. haha
beli kat kedai sayur.
mama kata mungkin ada campur benda lain.
tepung ke apa.
sebab kalau santan ori, cepat pecah minyak.
so korang kalau nak beli santan, tanyalah dulu ni santan ori ke santan campur.


ni semalam masakkan mi hun tomyam ayam untuk husband. ada la sayur carrot dengan cendawan sikit. pedas gile kot sebab macam terlebih letak chilli flakes. dengan cili api lagi. husb cakap macam makan cili. ahaks. ampunnn.



hasilnya lepas letak mi hun di dalam. HAHA


sekian photos daripada ketuk-ketuk dapur.
kita jumpa di lain kali!
*lompat bintang ke arah tv* bye!

0 comments: