Saturday, April 11, 2015

my first mobile toilet

korang pernah masuk mobile toilet?
seumur hidup ni la first time sy pakai mobile toilet. bahaha
tu pun sebab bertugas di site (luar ofis).
and kat tengah-tengah alam tu mana ada toilet kan.
so they brought a mobile toilet for everyone's comfort :B

mobile toilet ni ok.
masuk-masuk je bau lemon.
bersih pun ye.
keciknya macam ko masuk toilet dalam flight.
tapi tak de paip. (sila tahan berak. HAHAAsdfsdhvcahdc)
pump and pipe semua ko kena tekan button besar kat bawah dengan kaki.
air keluar pun segan-segan je.
nasib baik ada tisu.

satu je la.
jangan dishare dengan ribuan orang.
orang ni kan macam-macam perangai.
time mula-mula pakai tu (time tengah rehearsal and event preparation.. time orang tengah tak ramai), memang bersih la toilet tu.
while event dah start and people were swarming the place,
next sy masuk dah start ada tisu sana sini.
bukan tau nak buang dalam tong sampah kat luar.
memang teruk la mentaliti orang ni.
pengotor boleh tahan.
(not all. but the mobile toilet tells it all :P)

macam ni je ha rupanya xD comel kan.



lubang toilet dia sentiasa ada cover kecik bulat. bila tekan pump tu, akan keluar air biru antibakteria.



tisu disediakan. see. elok je kan mula-mula. bersih je.



ni time event. orang dah ramai.

senang cerita ada orang yang tak reti lagi guna toilet yang pelbagai jenis.
tak ada la nak blame orang tak reti guna.
tapi macam mobile toilet, or toilet yang tak de paip and air keluar ikut bawah; bukan semua orang reti.
tu yang jadi air memancut sana sini.
tisu bergelimpangan lagi.
tapi adapt la.
dah tempat tu tak ada paip. kecik lagi. pandai-pandai la. jangan buat kotor.

tapi ni kira second time la lepas-lepas tu sy bersyukur sangat jumpa 'tandas sebenar'.
yang ada pipe hos, yang ada flush air banyak etc. HAHAHA
first time bersyukur adalah selepas masuk hutan.
kencing berak semulajadi je ok.
kalau nak berrr ada la diorang gali lubang and buat pangkin kaki macam toilet tu. siap dengan pengadang (tapi better ada kawan berjaga kat tepi la).
tiga hari dalam hutan. (rasanya tiga hari)
tiga hari tu jugak sy tahan berak. kahkahh
ada kawan yang sakit perut memang tak menahan terpaksa jugaklah dia buang kat situ :'D sabarkan je la ye.

so benda-benda macam ni menjadikan kita lebih bersyukur la.
and bila jumpa toilet sebenar, lebih appreciate.
tu yang tak menahan kalau orang suka condemn sana sini. pasal apa-apa pun.
macam dia punya endurance tak kuat la.
sikit-sikit nak condemn.
mana daya ketahanan ko.
campak kat hutan sekali bagi dia tau rasa bersyukur. gitu. :PPP


ni time tengah preparation. dua hari kitorang kat sini. balik rumah la of course :P

bahagian kitorang in charge acara.
walaupun ilmu event management ke laut,
kitorang redahkan aje.
sebelum ni pun buat event kenduri wilayah tu.
ni ada next project ni. event jugak. jaga acara jugak.
nantikan la ye.
memang kena cop muka event. kahkah (tapi sebenarnya sy suka jugak kalau jadi AJK jaga cenderahati. ai is suka wrap hadiahhhh :DD)

dan ni cerita lain pulak.
cerita tandas dan event dah habis ye.
tapi sebab wani e malas nak buat entry berasingan,
sambung cerita sini :P

since sy ni budak baru kat ofis,
terpilih masuk program mentor mentee.
so semalam, officially program kitorang dah habisss jyeah.
ni gambar sy & mentor sy, kak afiza.
thanks for being my mentor all these while.
and tahan dengan sy yang asyik menyibuk je call sana sini kan. haha
sy memang suka kacau mentor sy ni :P
till then!


No comments: