tak tau la bila berlaku ni,
tapi terbaca pasal ni semalam.
kejadian budak perempuan 6 tahun terjatuh dari escalator tingkat 6 kat kenanga whosesale.
pagi tadi baru tengok video clip rakaman cctv dia.
yang kat fb ramai dok mengomen marahkan mak/penjaga (assumed mak) yang main handphone while anak-anak dia main kat tepi escalator tu.
tak kurang jugak yang cakap ni semua dah ketentuan.
kejadian jatuh tu penyebab je.
bila tengok tu memang everything was so fast.
tak sempat nak grab memang dah jatuh.
before that budak tu dengan adik dia dah dok main-main escalator tu.
siap berdiri kat laluan nak turun.
mak dia memang sibuk dengan handphonenya kat tepi.
tak tau la ada whatsapp penting ke apa tapi memang khusyuk tengok phone.
tau-tau dah jatuh.
memang kesian.
teringat kes-kes lain macam anak tertinggal dalam kereta,
makbapak tak perasaan terlanggar anak, anak terlemas dalam baldi etc.
memang last-last makbapak jugak akan dipersalahkan oleh orang ramai
dengan hilang anak lagi, lepas tu akan ingat sampai bila-bila and be blamed sampai bila-bila.
kesian kat parents pun ye jugak.
bukan diorang mintak berlaku.
dengan public yang kaki condemn ni lagi la.
memang tak membantu langsung.
tapi kejadian-kejadian macam ni better dijadikan pengajaran untuk semua.
especially yang ada anak-anak di bawah umur.
yang memang perlukan penjagaan khusus.
budak-budak apa tau kan, dia tau nak main je.
bahaya ke tidak dia kurang arif, yang arif.
dahlah diorang ni lari laju.
apa-apa hal memang sempat ke tak kita ni nak kejar.
kita ni bukannya usain bolt (pelari pecut terlaju dunia).
tau-tau dah debummm terlanggar dinding. tak sempat nak bagi amaran pun.
sy selalu bitau kat ariana (ntah dia faham ke tidak budak tak sampai 2 tahun lagi haha),
jalan slow-slow, jangan lompat jangan terjun nanti jatuh, sakit.
dia tau kalau jatuh tu sakit sebab selalu diingatkan.
tapi budak-budak kan. dia redah je dulu. dah jatuh kang baru teringat balik pesanan maknya. lolx
selalu jugak bitau dia benda tajam ni bahaya.
now dia tau kalau sy cakap 'tajam', tak boleh. dia tau benda tu bahaya.
ada pernah bagi dia rasa duri durian tu. hujung jari je la. so dia tau tajam.
next time dia akan lebih hati-hati dengan benda tajam.
sama la benda panas.
fahamkan dia apa tu panas, apa tu sejuk.
bukan setakat apa tu apple, apa tu ball, apa tu cat. meow meow HAHA
so slow-slow dia boleh faham sendiri and boleh jaga diri sendiri jugak selain daripada kitorang parents ni awasi dia.
and lastly kita as parents ni doakan yang baik-baik dan dijauhkan daripada kejadian-kejadian tak diingini.
harapnya mak budak 6 tahun tu tabah.
salam takziah daripada sy.
jangan dibaca komen-komen tak membantu kat fb tu.
yang lain nak baca untuk dibuat pengajaran boleh.
tapi nak join condemn condemn orang tu better tak payah lah.
ok.
take care everyoneeee!!
No comments:
Post a Comment