haritu pergi pasar ada beli jagung manis; 4 tongkol RM5.
sy suka pergi pasar tani, sebab situ barang murahlah jugak and selalu ada pemantauan harga oleh MOA. menteri pun kerap turun padang.
kalau ko pergi cold storage belum tentu dapat 4 tongkol jagung macam ni punya harga. lolx
(plus, pasar is bebas GST. hahah)
now let's roll on the photos!
jagung yang dipatah-patahkan saja dengan tangan. malas nak memisau. :P |
rebus dalam air mendidih. |
lepas tu tiba-tiba terasa macam nak buat ayam percik terengganu.
pi la google resipi.
ai ni pelupa resipi kadang.
so kita google je. hahah
sediakan bahan perap macam bawang, halia, serai, ketumbar, jintan manis, madu and sikit garam.
marinate dalam setengah jam dalam fridge.
beginilah rupa ayam-ayam yang diperap. |
nama ayam percik ni puncanya sebab sambil bakar sambil kita 'memercik' kuah di atas ayam.
bolak balik then sapu lagi kuahnya.
begitulah.
actually kuah percik dah dimasak awal sebelum ayam diperap lagi.
santan, air, bawang merah, halia, cili kering (kalau nak kuah putih tak payah letak cili), serai ketuk, garam and gula.
kuahnya diambil sikit dan dicampur dengan olive oil untuk dipercikkan atas ayam grill.
*ai dok apartment tak boleh nak bakar-bakar pakai arang HAHA*
bakar atas pemanggang ajaib je. sambil-sambil tu sapu kuah percik di atas ayam. |
kalau mama sy, beliau suka percik guna batang serai.
tapi menengokkkan serai dah tinggal 2 batang je & wani e sayangkan serainya, maka wani e gunakan berus pastry sahaja. lolx
kuah percik yang dah dicampur dengan olive oil. |
gunakan berus pastry untuk memercik ayam. xD |
ni dah garing sikit. teruskan menyapu kuah percik. |
and after a while,
siaplah ayam percik terengganu kitaaa.
lama tak makan. haha
yums. |
kuah ni nanti time nak makan, tuangkan aje ke atas ayam. |
dihidangkan bersekali dengan jagung rebus yang telah dibakar. |
jagung tadi kita bakar/grill sikit untuk menampakkan kesan chargrill nya.
(walaupun tak de char sebenar. LOL)
our sunday breakfast! |
verdict?
sendiri masak sendiri makan,
rasanya adalah rasa ayam percik terengganu. HAHA
sedap and sekali hadap kitorang dah habiskan semua.
tinggal jagung 2 ketul je lagi tak habis sebab dah kenyang. :D
jemput makan!! |
1 comment:
Wahhh.... drooling to the max!!!!
Post a Comment