Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Saturday, April 04, 2015

gist GST

hah haa.
orang dok upload gambar resit-resit berhari yang lalu,
kita baru nak taip 'GST' kat blog hari ni :P tertinggal kereta api sangat!!

jangan harapkan gambar resit kat sini.
tak ada ye.
kerjaan sangat nak snap-snap gambar resit.
baik snap gambar awan ke. lagi lawa :'D

my first GST moment adalah semalam.
makan kat padihouse.
kena dalam RM3 plus.
tapi tak de beza sangat sebab sebelum ni pun sama je.
service charge 10%, tax (gov tax previously) 6%.
now 6% tu ganti dengan GST.
so masih sama.
makanan masih sedap macam biasa. lolx

cumanya ada orang yang confuse kan.
kenapa ada service charge lagi?
service charge 10% ni bukan government punya tax.
ni orang kedai yang charge sebab dia serve korang.
kan ada waiter waitress tu.
patutnya service charge ni bagi kat diorang sikit.
tapi biasanya owners tak bagi pun. diorang ambik sendiri.
tetiba ada tips box lagi kan.
dengan service chargenya, dengan tips box lagi.
kemajuan perniagaan sangat :PP
tapi tu la konsep consumerism.
dan konsep GST.
you buy, you pay.
don wan pay, don buy. gitu.
itu kebanyakannya untuk barang/service berbentuk 'kehendak' la.
macam kat padihouse ni.
kehendak kitorang nak makan.
bukan keperluan pun.
kalau perlu, goreng nasi kat rumah pun tak pe.
tapi sebab nak makan ikut sedap tekak, bayarlah ko GST 6%. gitu.

so sy ada scroll la list barang-barang yang dikecualikan dan tak dikecualikan GST.
memang betul pun,
kebanyakan yang dikecualikan daripada GST adalah items/goods yang basic.
untuk ko memasak contohnya.
rempah 4 beradik tak kena GST.
rempah pelik2 sikit kena GST. sebab orang jarang guna rempah pelik2. hahaha
rempah pelik tu macam ko beli bay leaves ke, italian herbs ke. pelik sikit kan, jadi kena GST :PP
minyak masak tak kena GST. sebab memang ko guna minyak nak goreng.
minyak kelapa sawit ye.
kalau ko mengada-ngada nak pakai canola oil yang mahal itu, memang kena GST.
satu je yang kena GST tapi orang selalu guna. KICAPPPPPPP.
kicap tu barang kehendak ke rupanya LOLOLOL

korang boleh check list tu semua kat sini :
http://ebook.kpdnkk.gov.my/ebook/PANDUAN_HARGA_PENGGUNA_-_ZON_TENGAH.
(ni untuk area klang valley)

contoh macam di bawah ni.
banyak lagi. boleh check sendiri. rajin-rajinlah membaca. ahax

petikan ebook

petikan ebook


jadilah pengguna bijak.
take action from your side. okek :DD

2 comments:

funky_D a.k.a Mrs Al says:
at: April 5, 2015 at 8:46 AM said...

masalah nye kalau ada yg x berdaftar gst tapi barang2 yg di jual semua nak letak gst. haishhhh

wani ezryl * says:
at: April 10, 2015 at 8:31 PM said...

tu la. ada peniaga yg ambik kesempatan. then pengguna confuse.