Wednesday, October 29, 2014

birthday harith

25 oktober hari tu birthday my bro, harith.
YANG KE-21!! wooooooots!!

biasanya birthday 1st, 18, 21, 50 memang special lebih la.
*special kenapa pun ai tak tahu. bahaha*
but orang akan cakap yang birthday ke-21 ni tahun ko mendapat kunci.
umur yang melegalkan ko buat macam-macam. rofl.
contohnya boleh mengundi ye. :DD

sebagaimana yang korang tau,
family kitorang dah menjumpai port makan baru (serai tetap di hati. hihi)
tapi sekali-sekala tukar angin kan.
sempena birthday kali ni pergi makan kat d'kayangan steamboat & grill.
because everyone just loves steamboat and grilling (that's why) ;]


8 of us. durra and i tak de dalam gambar. durra pi ambik makanan, i snap gambar :)



budak kecik yang run here and there. fuhhh berpoluh kojar!



mama tengah mencedok bahan-bahan.

satu yang whattttt about d'kayangan ni,
ko datanglah ramai mana pun 1 group,
dia akan bagi ko satu meja dengan 1 periuk steamboat tu je.
bayangkan 2 orang makan semeja DAN 7 orang makan semeja dengan periuk bersaiz sama.
of course tak cukup kan and kena tunggu giliran nak grill.
kitorang request nak ambik dua meja kecik sebelah-sebelah,
so that boleh dapat 2 periuk. jimat masa la nak masak tu kan.
but noooo diorang tak bagi ok.
siap bagi alasan "tuu.. ada yang satu meja 9 orang." sambil tunjuk kat satu meja packed kongsi 1 periuk.
sy tak nak dengar alasan 1 meja 9 orang kau tu..
diorang nak berhimpit rebut ruang periuk biarlah,
kitorang nak makan dengan selesaaaa. sobs. *muka tabah*


muka tabah belengas. hahaha



ni dah hujung-hujung nak habis makan. kalau tak, memang crowded atas grill plate tu. bahaha!



sempat snap ni je gambar pinggan dan makanan. hehe (nak makan kena la concentrate!!)



imagine me and you, i do, i think about it day and night, lalalala~



harith the birthday boy and his girlfriend, durra.



mi madre.



mi madre y mi padre. kahkah ingat lagi kat bahasa spain. :P


memang kekenyangan la.
makan seafood pun berlebihan, terus keluar zits beberapa hari kemudian.
*tihdakkkkkkk*

lepas balik dari d'kayangan,
sambung makan kek pulak kat rumah.

belikan harith kek baskin robbins.
perisa, terimalah seadanya nama perisa tu. kihkih
sebab tak tempah kan, beli sedia ada je.
so kena ambik mana yang ada. yang ini flavour royal chocolate something like that.


comel kan kek dia!



birthday boy memotong kek beliau.



mereka-mereka di living room.


dah lepas-lepas tu baru la mandi.
badan belengas kan, dengan bau asap semua.
hahaha.
sy belikan harith hadiah power bank. sebab dia nak tu.
tapi tak beli yang lopek la.. beli yang bateri polymer tu kualiti sikit.
kalau korang jumpa powerbank power dia 30,000mAh ke lepas tu harga dia RM50, itu bateri tak ok, tak pun pirate. biasanya kalau macam tu bateri lithium ion. cepat rosak.
biasanya polymer agak pricy and kat market tak jumpa sangat power sampai 30,000. biasa polymer yang 20,000 tu pun harga dah seratus ke atas and saiz dia besar sebab power banyak.
eh tak tau lah.
pergi survey dulu before beli and jangan beli sebarangan.
kalau ada warranty lagi bagus.
yang sy beli ni siap ada insurans. haha

maka tamatlah sambutan birthday harith untuk tahun ni.
nasiblah cukup duit nak belanja kan. kahkah.

ni bulan ni gaji masuk awal sebab deepa.
bulan depan harus parok semua orang sebab lambat lagi masuk gaji.
lepas tu pokpek dengar orang kompelin kat fb. percayalah! HAHA.

ok lah that's all for now.
nanti kita borak lagi. tata!!

Monday, October 20, 2014

liberalisme

hari ni tak masuk ofis,
attending sesi dialog isu semasa negara.
banyak benda baru boleh tahu.

kebetulan sekarang ni heboh kes program touch a dog tu kan.
bagi yang tak tahu, program tu dianjurkan supaya orang islam yang selama ni 'takut' nak pegang anjing, boleh pegang dengan riang dan bebas.
siap ada ustaz di situ untuk bantu samakkan tangan yang dah pegang tu.
and petang ni bukak fb, berderet wall posts kawan-kawan pasal tu.

kebetulan jugak salah satu isu yang dibincangkan siang tadi adalah tentang liberalisme.
and betapa bahayanya islam liberal ni.
i guess program touch a dog ni sikit tak sikit boleh la dikaitkan dengan islam liberal.. iaitu keterbukaan orang untuk buat sesuatu.
walaupun jelas nyata yang mazhab syafi'e kata tak boleh.
and jelas nyata anjing adalah najis mughallazah (berat) yang tak payah pegang pun kalau tak de keperluan kan.

paling menakutkan bila dengar yang 'orang luar' memang tengah plan nak melaga-lagakan umat islam.
one of the ways is melaga-lagakan sesama kita bila ada yang berfahaman lain.
perasan tak negara-negara arab sana satu demi satu dijatuhkan dengan cara yang lebih kurang sama?
jadi jagalah keharmonian kita and jangan bertelagah. tu je.
unity.

so time sesi dialog tadi,
sy tertarik dengan ceramah oleh tn hj a. karim
yang menceritakan tentang betapa 'gila'nya liberalisme ni.
semua nak terbuka.
semua boleh. walaupun sebenarnya tak boleh.
yang bahayanya, benda ni boleh bawak ke murtad ok.

salah satu contoh dia bagi.
macam gambar slaid kat bawah ni.

siap ada video dia tunjuk.

kononnya nak tunjukkan yang they all tu liberal sangat.
terbuka sangat.
so ditukarnya kalimah and dilaungkan ramai-ramai. GRRR.

now another one.
wanita di US (asal usulnya malaysia, siap ada lagu nasyid lagi tapi IKIM banned dah) lupa nama dia..
wanita jadi imam solat.


dengan yang tak pakai tudung, dengan lelaki jadi makmum. kegilaan apakah ini??


then yang boleh bawak ke murtad,
bila keluar ayat-ayat so-called liberal dalam twitter macam ni...

klik kalau nak besarkan and baca.

sebenarnya sy banyak baca ayat-ayat macam ni dalam twitter.
and memang ada dah golongan islam liberal ni.
even ada melayu yang mengaku atheist pun ada. nauzubillah.

memang scary,
sebab kalau perasan,
one by one isu masuk.
hari tu pasal sukan bogel, baru-baru ni pun ada lagi isu sama,
then biasa dengar kan statement "tak pakai tudung tak apa janji hati baik"
tu pun menjurus kepada islam liberal.
benda-benda macam ni la boleh bawak ke sesat.
and dalam sesi dialog tadi,
memang diorang setuju yang benda ni permulaan je.
if dah ada yang mula,
lepas-lepas ni ada lagi yang teruk akan menjelma.
tak mustahil one day orang berzina tengah-tengah orang ramai pun boleh jadi perkara biasa.
liberalisme.

kalau ada time kita sambung lagi.
serius pulak dah topik. hihi
kbai!

Sunday, October 19, 2014

yang ditunggu

happy ahad!

semorang ada benda yang ditunggu-tunggu.
jyeah i guess that'll make things a bit interesting, right? ;)

hari ni cakap pasal movies.
sebab hari ahad kan. santai la. haha
and sy rasa macam minggu ni relax sikit..
isnin selasa tak masuk ofis, kerja kat luar.
rabu dah deeparaya.
khamis jumaat, then weekend balik.
how cool is that :P

so back to the movies.
sy ada la follow beberapa movie sequels yang pada saya best.
dulu follow pirates of carribean, saw, LOTR dan shrek.
dia punya definisi 'follow' tu adalah, kalau dah keluar wayang or dvd je, terus pergi tengok or beli.
haa macam tu punya follow ok :DD
bukan dah 2-3 bulan baru tengok. bahaha
malangnya sequel yang famous macam harry potter sy tak tertengok pulak.
bukan sebab tak best, may be sebab dah terlepas so macam malas nak tengok dari awal.

baru-baru ni pulak gigih follow the hunger games. insidious.
and yang dari dulu sampai sekarang follow sequels (and memang sentiasa ada sequel dia haha) adalah Wrong Turn.
walaupun lepas yang no. 1 tu, sequels dia tah apa-apa tapi tetaplah sy follow sebab sy suka cerita gore (now tak tengok sangat gore la, just tengok wrong turn sebab dah ikut dari dulu).
andddd yang dinanti telah tiba.. hah ha
wrong turn 6 in the houseeee (tak ada kat wayang ye, keluar kat dvd je)

sila tengok trailer di youtube kalau nak dapat gambaran cerita.

basically wrong turn ni ceritanya pasal orang yang salah masuk jalan,
termasuk ke dalam hutan,
dan bertembung dengan 3 adik-beradik hillibillies yang suka makan orang (cannibal).
memang banyak adegan slash sana sini, so yang bawah umur, ibu mengandung semua tu tak digalakkan tengok ye.
tengok cerita-cerita gembira je lah.

ok tak sabar nak tengok niiiiii.
haha.
kbai!

Friday, October 17, 2014

husbandku yang awesome menyambut birthdaynya

hahaha tajuk punyalah panjang kan.

seperti yang semua maklum (dan yang tak maklum, haa sila baca lah :P)
semalam birthday husband.
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUHUUUU~
(16 oktober 2014 - umur dah 29 tahun ye. tahniah!!)

tapi sorry husb, semalam tak sempat nak berblogging sebab nak celebrate kan.
so kita buat entry hari ni.. hihi.

macam biasalah kan rakyat dunia kalau celebrate birthday haruslah makan-makan diutamakan.
sebenarnya kitorang dah celebrate awal, hari sebelum tu.
dinner ai belanja ;P
kitorang makan dekat je.. kat TGIF alamanda.
entry ni banyak photos muka kami je. so bear with us. fuahaha.


tiga beranak pi makan-makan. wee hoo!

tanya husband, nak hadiah birthday apa.
dia cakap tamau hadiah.
guys memang tak kisahkan hadiah kot.
ataupun memang kebiasaan dalam family dia tak de berhadiah-hadiah.
tapi sy bagi jugaklah hadiah.
jam ironman. HAHA
(gambar tak de sini.)
tapi tak sempat bungkus. bagi je macam tu balik dari ofis semalam.
*sabar je la kau ni, wani* T_Tv


nah sambung gambar kat TGIF.



budak yang over excited. mana-mana pun excited.

hari tu 15 okt, ada orang sambut birthday.
kat TGIF ni kalau ada birthday, staff dia punya kuat menjerit satu restoran, umumkan yang hari tu ada birthday.
lepas tu datang kat meja orang tu and nyanyi ramai-ramai.
time kitorang datang tu ada dua kali la diorang jerit.
agaknya ada dua orang sambut birthday.
memang bunyinya meriah la.
tapi tang tu hari gaji belum keluar, so tak ramai kat TGIF.


untuk budak-budak, dapat free meal. kitorang pilih chicken fingers dengan fries.



saya try burger ayam dengan sauteed mushroom&onion dia, jugak ada crispy mushroom. dan cheese. wallah!



set burger ni bersekali dengan fries. memang super kenyang la. pengsan makcik nak menghabiskan. (fries bawak balik)



husband ambik rib-eye steak (dia punya rib-eye je pun harga dah RM55 whoahhh)

tapi serious sedap la steak dia.
bau smoky-smoky.
tak tau masa bakar tu pakai arang kayu api apa.
side dish; corn on the corb (pun bakar, rasa smoky yang sedapppp) and mashed potato. potato bagi ariana makan. suka dia. haha


ariana dan misai plastiknya. bahaha

then semalam, hari birthday sebenar.
malam tu husband pulak belanja makan.
hahaha.
ye kitorang ni hidup sederhana je,
tapi makan tip top ok :DDD *gelak laju-laju*
naik kereta myvi pun tak apa, janji makan sedap. hihi
makan kat padi house.

mai posing sat dengan birthday boy ;)



ala ala ala dua-dua buat muka pomel ^________________^



haiyahhh!!



"eat my hand, dad!" kata ariana.



sy pun join sekaki. selfshot.



mi familia.



say EEE!



eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. T_T



my beloved one.



crispy chicken wings. sedapppp.



lupa nak tanya nama dish ni. husband punya. tapi dia creamy2 saucy2 tu la.



ni memang fave sy kat padi; spaghetti dengan eggplant. sedap banget!



aaa sedap!!! share ni dengan ariana, suka dia makan spag. bubur nasi tak suka pulak -_-"



"nah, makan ni, hambik." hahahaha


"can i have more?"

then buat surprise jugak la, belikan husband cupcakes.
awal dah tempah.
masa nak ambik tu, baker cakap kedai tutup sebab dia bukak booth kat tempat lain.
asalnya nak ambik petang.
so dia cakap datang rumah malam la, pukul 8.
malam tu before pergi padi, mintak husband singgah rumah baker ni..
tapi sy bitau husband, nak ke rumah kawan ambik barang.
stress dia nak kena pusing pulak sebab dah lapar kan.
hahahaha
jelas nyata nampak muka dia stress.
siap tanya lagi apsal tak pos je, ambik barang apa, yadayada.
soal siasat kau, macam inspektor polis :P
pandai-pandai la ai dolak dalik kan. rofl.
sampai rumah tu, ambik kek, tunjuk kat husband.
then lepas tu baru la nampak mukanya berseri gitu. hahahha
surplise tak surplise? :P


semua figures atas cupcakes ni memang favourite husband la.

"kek ni untuk siapa?" baker tanya.
"husband sy."
"hah, ada naruto ni?" muka dia terkejut.
hahaha fyi naruto ni memang ada satu online game tu husband suka main. so simbolik kepada game tu la.
mesti baker tu ingat untuk budak-budak kan sebab naruto.. kehkeh.
orang besar la sebenarnya yang suka komik and manga naruto.
budak-budak kecik suka frozen dengan ben10 ok :DDD

so ada ayam goreng tu sebab dia suka ayam.
dumbell sebab dia suka pi gym.
milo mug tu sebab pagi2 memang suka minum milo.
kucing 2 ekor tu biskut & bella.
popcorn and clapperboard tu sebab suka tengok movies. kadang tengok sorang je dia tu haha
then love banyak-banyak tanda kecintaanku kepadanya. ecewah *batuk kuat dan tergolek ke lantai*




happy birthday to youuuuuuuuuu.
love ya to the max!!

Wednesday, October 15, 2014

selepas raya aidiladha

eh ehh dah rabu *buat-buat muka terkejut*
hihu. bulan oktober ni banyak birthdays.
yang dah berlalu, birthday syira (10.10), kak ija (12.10), alin (14.10), hari ni erni (15.10)..
HAPPY BIRTHDAY UNTUK SEMUA!! *lepaskan belon-belon helium di udara*

upcoming ni esok birthday husband ai.
tu pun dia cakap esok malam nak pergi gym.
jadi, nak makan-makan hari ni. celebrate awal lah kiranya.

me : nak makan sambut birthday ke nak pergi gym? pilih salah satu je. :P
him : *insert muka sedih/kesian*

since yang nak diraikan tu dia, kita follow je la.
ok malam ni kita pi keluar makan. hahaha
kat mana? hah nanti akan diupdate! ;)

//

news pasal abah.. dah ada kat rumah since weekend lepas.
nak refer ke hospital kerajaan yang ada pakar neuro dan paru-paru.
tapi tau je la nak appointment dengan pakar kat hospital kerajaan mau ambik masa.
mama cakap selagi tak berdarah-darah apa dia kira bukan kes emergency.
so boleh duduk rumah, makan ubat, tunggu. haha (boleh pulak macam tu).

//

ni kisah zaman berzaman, lepas raya korban hari tu hahaha.
lepas balik dari terengganu, esoknya tu pergi beraya kat kampung husband pulak.
tak jauh mana pun, banting je. haha
tapi tak tidur la, just datang menjenguk.
pagi tu still kat rumah putrajaya, goreng nasi buat breakfast.

nasi goreng daging ni ada nampak kat blog peej dulu. agak lebih kurang beginilah rupanya (thanks peej bagi resipi!)



gorengkan ayam sekali untuk husband, buat lauk.

lepas tu siap-siap pergi banting.
call tanya mak ada makanan tak, dia cakap ada masak kari ayam.
sampai sana dah tengah hari, habis lauknya ok.
lauk terakhir husband dah ngap dulu.
ok fine, jom pergi makan kat luar.
pergi pizza hut je, lama tak makan kepak ayam bbq pizza hut yang sedap tuuu.


husband order seafood lasagna.



harus ada ini kalau dine in; bbq chicken wings. yums!!



babah and ariana.



ambik pizza saiz personal je. macam biasa, hawaiian chicken. tak reti nak makan flavour lain.


lepas tu mak kirim KFC..
pergi KFC kat sebelah pizza hut.

si pomel ariana. rasa nak kepit aje mulut tu. hahaha *ibu masakini, begitulah. tabah la ye nak*



pergi kat babah. mama malas beratur, duduk tunggu kat meja.



aiyaaaaaaaaaa



i love my daughter veli veli much. ahax

malam tu balik putrajaya.
esoknya dah start kerja balik. cuti raya tak lama kan.
husband je cuti keesokannya.
ai nak prepare meeting, so tak boleh nak cuti sangat. mihihi

kbai!!