Monday, April 28, 2014

my monday

assalamualaikum, semua.

hari ni balik rasa letih la hoih tak tau kenapa.
may be sebab tengah hari keluar makan dengan kawan-kawan (lupa nak snap gambar)
cuaca panas berdenting.
duduk ofis mengadap laptop.
petang hujan lebat macam petang-petang yang lain *lovelove!*
tapinya kereta semua slow la and sampai taska lambat.
sampai taska ariana, nak bayar yuran bulanan,
owner taska tengah solat. tunggu sat.
husband pulak tertinggal kunci rumah, menunggu la dia kat balkoni. hihi

so balik rumah rasa lapar + letih.
tapi letihnya lebih lagi so kelaparan dibiarkan seketika.
cakap dah kat husband,
"abang tolong masak la. apa-apa pun boleh. tak larat nak masak." *terkelepek*
dia pun samanya cakap nak demam.
tapi gigihlah dia bancuh telur dadar dalam mangkuk.
last-last dua-dua tercollapse. haha

lepas bangun, mandi, solat and segar-segar,
around 8++malam barulah sempat nak masak.
dah ada tenaga balik dalam pada kelaparan tu.. lolx
husband time tu tidur. penat jugak. dengan nak demam.
telur yang dia bancuh ada lagi dalam mangkuk tak digoreng.
so sy gorengkan dan masak ayam sambal hijau.
lepas dia bangun dalam 9ish, kitorang pun makanlah.


ayam sambal hijau.

ni dah gain tenaga ni bolehlah tengok movie sat lagi.
haha.

makan di pasta express

hey, peeps! xD

malam semalam kitorang pergi makan kat pasta express, presint 15.
asalnya nak makan kat alamanda,
tengok kereta punya panjang beratur,
patah baliklah.

ambience restoran ni mengingatkan sy kepada fave restaurant family kitorang; serai seksyen 3, shah alam.
ok kerusi meja tak lah sama,
tapi colour scheme tu lebih kurang :)

seperti namanya,
service kat sini adalah agak cepat.
baru order, kejap kemudian dah sampai. awesome!

selfshot 3 orang dulu apa-apa hal! wahaha



ariana yang suka pandang keliling. time ni dia tengok budak kat meja sebelah.



belakang tu ada kaunter.. tempat bayar and buat air. (ariana model di tepi. lolx)



amboi pekerja dia siap posing lagi orang snap gambar.. ahaha.



menu ditulis di atas blackboard yang digantung di dinding restoran. a cute cafe style :)



husband order air iced chocolate. sedap woah. sy tak order air, sy tumpang je air dia sebab selalunya sy minum air tak habis. rugi :P



iced chocolate from top. tempting.


kitorang order biasa je;
husband - chicken grill.
me - wild mushroom aglio olio. (ye aglio olio adalah pasta favourite sy!)

plate kepunyaan husband. memang sedap. ayamnya garing di luar empuk di dalam. sos pun sedap. mashed potato sedap jugak.


plate sy. agak pedas sebab chilli flakes merata. sy yang tak order air ni terpaksa men-conquer air husband. kekeke

secara overall,
saya bagi 4 sudu untuk restoran pasta express.
makanan sedap, service cepat, restoran lawa.
harga pun ok untuk rakyat jelata macam kita ni. hihi
:)

entry diakhiri dengan photostrips husband and ariana di pasta express.


haha. ciao!

Friday, April 25, 2014

safety

sejak dua menjak ni
(malah sejak dari dulu)
kejadian pecah masuk rumah kat kawasan apartment kitorang ni sering berlaku.
*ecewah ayat penyiasatan sangat kan :P*
few days back husband balik dari ofis,
dia cakap jumpa jiran kat lif.. cari pak guard.
katanya rumah kena pecah masuk.

sebab-sebab banyak berlaku kejadian ni :
1. kawasan neighbourhood yang terpencil sayup
2. kuarters kerajaan, so ramai tak de rumah time office hour.. great time for a break in.
3. reka bentuk bahagian pintu belakang (from the kitchen) yang ada jalan penghubung daripada balkoni. so pencuri boleh panjat daripada balkoni utama ke balkoni tempat sidai baju, ke pintu dapur.

biasanya pencuri memang masuk ikut dapur.
sebab ada penghubung dari balkoni tu.

jiran yang kena pecah masuk ni rantai grill balkoni dapur dia,
tapi pakai rantai plastik.
senanglah pencuri potong (alangkan yang besi pun gigih nak potong kan)

rumah kitorang pakai mangga lilit rantai besi.
lepas tu ampai penuh baju siang dan malam. HAHA
harap pencuri ingat ada orang la kat rumah sebab ampai meriah sentiasa.
tapi sy memang selalu balik rumah pun tengah hari.. kena check. bukan boleh percaya sesapa je yang lalu lalang. ntah-ntah pencuri kan.

kesimpulannya, jangan berkira pasal safety.
kalau kena beli rantai besi, belilah. jangan dibeli rantai plastik. CONTOH.
at least dah ambik langkah berjaga-jaga.
kalau pencuri gigih jugak, tak tau la nak kata apa T_T
memang ketegaq.
ya Allah jauhkanlah kami daripada benda-benda macam ni.
pak guard pun memang meronda.
tapi since rumah apartment kan, susah la nak nampak.

habis cerita safety.
sekian.

family selfshot

group photoooo!!! xD








oh maafkan popcorn-popcorn di kepalaku :P

Thursday, April 24, 2014

decisions dan perkara yang si pekerja kena buat

sebelum tu mari menjamu mata dengan gambar tomyam campur yang dimasak semalam :D





sebenarnya ada ayam dalam tu tapi udangnya je yang terapung lebih.. lolx

hujung bulan ni (april) adalah tarikh last untuk submit borang income tax.
and wani si pemalas lipas ni dah isi online, tapi separuh jalan.
selebihnya dia malas :P
part yang malas tu adalah untuk check resit-resit yang boleh dibuat claim potongan income tax.
i dunno how my parents do it all these years.
with the rest of the working adults.. korang memang hebat!! *tepukan*
ok mungkin sy akan siapkan semua hujung minggu ni.
harapnya tak lupa hehe 

dan sy kena isi borang pilihan penempatan tempat kerja baru
(kalau sy berminat nak tukar ke tempat lain)
semua kawan-kawan yang tak lama lagi nak naik gred, semua kena isi.
tapi sy still berbelah bagi nak mintak tukar ke tak.
tapi macamlah ofis nak bagi tukar kan.
kalau dibagi tukar, bagus juga tu. tukar angin katanya. xD
(harapnya angin yang nyaman la. hahaha)

dan satu lagi decision adalah NAK ATAU TAK beli smartphone baru.
bukan saja-saja nak beli or sebab ikut peredaran telefon.
tak ye, tak.
smartphone sy dah bengong,
asyik restart.
dengan slownya satu hal.
tapi yang paling stress adalah part asyik kena restart. waaa gwe stress dengan kerestartan ituuuuu *bang head to the wall*

doakan yang terbaik untuk sy dan smartphone sy ye..
baru atau lama.
tak kisahlah apa-apa.

nah photo ariana petang tadi. orang tarik jarinya, dia masukkan balik ke mulut. brilliant, ariana. brilliant. lolx

sekian sahaja.
esok ada jualan puspanita kat ofis.
sy mengharapkan makanan-makanan yang sedap. HAHAHA

till then!

Tuesday, April 22, 2014

wani and her food

hello, peeps!
*amboi mat salleh sungguh*

hujan mencurah-curah turun di putrajaya.
sampaikan saya basah lencun balik daripada meeting di luar sebab parking luar building.
ni jenis yang lebat gile gile siap petir every second. fuh.
and on the way balik ke rumah, banjir, air naik kat tengah-tengah sampai ada yang berhenti di tepi kasi signal emergency.
still, i love the rain ^^
cumanya plan nak ke pasar basah hari ni tak jadi la.
habislah tak ada stok bahan basah.
may be esok-esok pergi beli kat kedai lain :)

ni adalah entry tentang makanan lagi! xD
(ya, i love food besides the rain. muahaha)



stok udang galah, kirim kat kawan husband yang turun sabah. RM30 sekilo.



semalam ambik lima ekor je untuk masak dinner. lima ekor pun dah cukup sebab besar.. haha



jangan jadi besar kepala macam udang ni! :D



taraah! masak lomak cili api la yang paling sesuai! (selain daripada rendang udang galah. hoish drooling!)

memang pedas la yang ini (atau sy yang tak tahan pedas??)
gunakan 17 cili api.
tapi husband relax je makan.
lidah dia dah tepu pedas. bahaha


yang ni masak dinner dua malam lepas. baked macaroni.

saja nak try sos pasta yang baru beli.
jenama leggo, beli kat tesco.
siap ada cebisan bayam dalam sos ni. memang true italian ada bayam HAHA
sos ni katanya baked sause.
so kita campur je sekali dengan macaroni, letak dalam loyang, tabur cheese atas, bakar.
tunggu 20 minit, SIAP! :)
yang ini sy add on ayam cincang dengan terung bakar. saja kasi extra taste. memang sedap!

ni lah dia. macaroni pun lembut. try beli jenama lain pulak daripada yang biasa. biasanya beli san remo.

ok kemudian ni pulak masakan-masakan beberapa hari lepas :

stir fried mushroom. cendawan goreng kunyit, masak dengan bawang hiris & cili api potong. fuh!



sup ayam. makan time musim sejuk macam sekarang ni memanglah heaven. buat cicah roti pun ok.



ni pulak breakfast western. macaroni, ayam bakar oven dan jagung manis rebus.



lala masak lemak, ikan goreng, sayur campur, cendawan goreng.

udang galah bergolek-golek lagi dalam fridge tu..
tak tau nak masak apa.
risau jugak kalau makan banyak nanti zits baru keluar.
yang sedia ada ni pun baru nak hilang.. haha
so harini kita masak daging kunyit dengan ayam goreng je la.
udang esok-esok.
till then!

Saturday, April 12, 2014

tudung stuff

dari semalam lagi bila baca timeline twitter,
ramai bercerita tentang tudung.
ingatkan pasal isu celeb buat statement kurang bijak kat tv pasal pemakaian tudung (ye berlaku semalam. lolx)
katanya jaga solat tu lebih penting.
ye. jaga solat. pakai tudung. pandai betul menyimpang cerita. haha

just ignore it.
statements macam tu selalu ada.
bila tanya soalan pasal tu kat celeb,
macam-macam jawapan keluar.
quite an entertainment,
tapi tah apa-apa tah jawapan depa.
baik diam je kan daripada cakap bukan-bukan.

rupanya kat twitter (or mana-mana media) sibuk bercerita tentang tudung..
hari ni baru sy tau cerita sebenar. HAHA ketinggalan sungguh.
sebab hari ni bukak facebook and terbaca.
pasal isu pemilik tudung fareeda yang superfamous *paling famous adalah layered tudung diorang*,
bila ada rampasan dibuat kat penjual-penjual tudung yang jual tudung sama pattern dengan fareeda.
so ada yang tanya kenapa nak rampas, tutup periuk nasi orang lain.
then ada pembeli yang cadangkan supaya fareeda turunkan harga tudung.
so kat facebook fareeda pun jawablah yang harga tudung takkan diturunkan. sila tengok kemampuan diri. (sebenarnya bukan pemilik yang reply pun, biasanya page ni ada admins yang replykan).
then semua orang dah salah faham ingatkan pemilik ni keluar statement angkuh sebab cakap macam tu.

the three layered tudung.

kalau the boys;
diorang selalu cakap tak faham kenapa perempuan suka beli belah tudung sampai beratus-ratus.
dan ye, tudung fareeda memang harga ratus-ratus.
tapi kualiti puas hati la kan.
sy bukanlah pembeli atau peminat tudung fareeda.
sy kalau tengok tudung harga RM79 pun dah terkejut.
i owned tudung from everywhere. pasar malam, kedai-kedai biasa, booths..
tudung fareeda ada la sehelai. itu pun mama hadiahkan :) *thanks, mama!*

point is,
kalau harga tudung fareeda ratus-ratus,
fahamilah yang target customers diorang adalah daripada golongan yang mampu beli ratus-ratus.
jenama yang hi-end.
macam chanel, LV semua tu la contohnya.
so sekarang tudung pun ada yang macam tu.
nak beli ke tak, pilihan masing-masing.
ikut kemampuan ke tak, pun masing-masing.
kalau ada yang sanggup buat OT kumpul duit nak beli tudung mahal, sila lah.
yang sanggup cut off bajet makan sebab berazam nak pakai tudung berkualiti + selesa + mahal, pun sila.
bab rampasan tudung,
tak boleh nak kata apa kalau fareeda dah dipatenkan.
bila dah ada hak paten, ketahuilah bahawa sebarang bentuk peniruan boleh didakwa.
they might pay some amount of money untuk patenkan produk diorang.
tu yang bila ada pihak lain tiru, tindakan terpaksa diambil.
sy bukan sokong diorang,
cuma kena faham konsep IP (intellectual property).
mungkin tak nampak dengan mata kasar IP ni.
tapi bila ada peniruan, sama la juga kekdahnya macam mencuri. kena diambil tindakan.
jadi kalau yang ngamuk-ngamuk kat media sosial mempersoalkan kenapa rampas tudung, kenapa tudung mahal sangat, kenapa page pemilik fareeda cakap sila ikut kemampuan..
tak payahlah nak mengamuk sangat.
banyak lagi benda penting boleh diamukkan. lolx

meanwhile, ada alternatif untuk yang nak tudung murah.
contohnya tudung cotton jenama kangaroo masih ada yang berharga RM5.
cantik pun cantik.
siap dual tone lagi. ;)

end.

Thursday, April 10, 2014

ariana si laju

assalamualaikum and helo delo.

macam biasa, sy lambat update. hahah
kesibukan melanda (kemalasan jugak! lolx)

entry ni update pasal ariana.
esok-esok sy tua kang senang nak cari pasal progress dia HAHA

she's ten months now,
with the ability of sepah-sepah-ing *faint but redha* :DD
and dia tengah working on her steps.
setakat ni rekod dia bertatih sendiri adalah 18 langkah hojyeah!

and kalau dia nak turun dari tempat tinggi ke tempat rendah;
contohnya yang macam bertangga,
dia akan pusingkan badan dan landingkan kaki dulu pelan-pelan, baru badan.
smart sungguh dowh (ye wani e memang suka puji anak sendiri wah haha)

and it's hard to snap her still photos nowadays..
she moves pretty fast!
(tak boleh imagine esok-esok bila dah boleh lari. considering a harness, wani?? heh he)


hobinya adalah ke dapur dan korek kabinet.


busted! siap buat muka tak bersalah lagi. -_-"


experimenting semua barang. tangannya kuat. memang betul kuat.



beli baju saiz L pun dah boleh jadi body fit macam ni ROFL!



ni time nak balik dari rumah atuk+nenek di shah alam. that's her uncle faliq.

ariana kalau tengok uncle faliq dia,
jangankan tengok, dengar suara dari jauh pun
terus melompat. muka berseri-seri gembira.
amboi kalau ada uncle dia,
dengan mama pun tak nak. HAHA
(masa dia baby dulu faliq yang banyak jaga)


ariana in purple.


salah satu gambar tak duduk diam. ada je nak dipegangnya.

tu je.
doakan sy dapat tangkap gambar still dia yang decent.
kalau tak punyalah payah.. haha

kbai! ;)

Wednesday, April 02, 2014

foodsie

biasanya kalau kat putrajaya ni sy prefer masak kat rumah je.
ada jugak la makan kat luar.
tapi lagi banyak masak sendiri daripada keluar makan.
puncanya; ye SATU sebab makan kat kedai mahal.
DUA sebab dah la mahal, susah nak cari yang sedap.
TIGA sy enjoy masak. penat but enjoyable. haha

orang putrajaya ni pun kalau nak makan sedap biasa akan ke luar. yang paling dekat bangi la.
and we're too malas to go that far. ekeke
(occasionally tak pe. kalau hari kerja memang tak de kerajinan la. balik pun dah penat)

ni antara food photos yang sempat disnap.
kebanyakannya sy upload kat instagram sebelum ni.


lepas beli oven baru hari tu, try masak ayam bakar kehkeh. berkawan dengan spaghetti aglio olio terung bakar. yums.

ye sy memang suka aglio olio.
sy tak suka sangat sos pasta yang macam krim, susu, cheese terlebih.
itu semua muak.
(tapi orang lain suka. apa ada hal. haha)


laksa johor cheat.

cheat tu sebab beli pes kuah yang dah siap. bahaha
lepas tu tambah air, santan, ikan sendiri.
potong-potong garnish.
nak buat laksa johor from scratch untuk dua orang makan,
buat habis gas je :P
macam nasi beriani la.. dah ada pakar yang buat nasi beriani.
maka baiklah kita membeli di kedai pakar.
teehee


tomyam campur (ayam+udang+sayur) dan telur dadar.
tomyam dengan telur dadar memang kawan baik.
no doubt ;)
makan dengan nasi panas.. fuhh!


episod habiskan gas untuk makan dua orang. rofl!

ye yang ni memang dua orang je makan.
raksasa sangat. HAHA
ada ikan siakap, tomyam, daging goreng deep fried dan kangkung goreng.
kalau makan kat kedai ni harus RM50. ikan je depa dah charge RM30 *shame on you! kat mydin baru tujuh ringgit lebih*
biasanya makan meriah-meriah macam ni lepas balik pasar.
nak masak time ikan masih fresh.


ayam goreng cili api and sup petola.
ayam goreng cili api resipi sendiri main campak-campak.
macam ayam merah, tapi cilinya adalah cili api dengan kunyit.
pehh memang awesome.


padprik ayam dan telur dadar.
kalau perasan,
memang ada orang goreng telur dadar tak kembang macam di atas.
sebabnya depa tak guna minyak banyak. kesihatan.
sy goreng tak kesihatan *sila jangan contohi! :P*
atau lepas makan seumpama ni, sila repent dan beli kasut jogging. wahaha


lauk jamu family datang.
mama cakap nak singgah rumah hari tu.. weekend.
last weekend.
mama cakap tak yah susah-susah la nak masak. (orang sopan)
abah cakap "eh apa pulak."
ye kita tau abah nak datang makan.
maka mari masak untuk mereka. lolx
lauk simple je; ayam kicap dengan kentang, udang goreng dengan kacang buncis+carrot DAN terung berlada.
terung berlada ni husband request.
dia memang suka terung berlada wani e masak. kahkah
lauk ni banyak, sampai ke malam sambung makan.


macaroni alredo cendawan.
sebab sy tak suka sos pasta yang creamy,
sy kurangkan sos alfredo.
letak buat rasa-rasa je.
kalau tak, biasanya kuah putih melimpah banjir dalam pinggan.
yang ni sy buat kering je.
tapi rasa memang marvellous.
(pedulikan kalau nak puji macaroni sendiri. HAHA)


saat gas habis.. masak nasi goreng dalam periuk nasi letrik.

tu je kot gambar yang ada dalam handphone.
lain semua dah transfer masuk HDD.
biasanya tang masak ni sy suka masak lauk-lauk masakan melayu je.
ataupun western kadang-kadang.
dessert ni sangat la jarang.
SATU sebab tak makan sangat dessert.
DUA sebab kebanyakan dessert adalah manis. tak berapa suka sangat manis.
sy lagi suka savoury. haha

ok. till then.
ariana bariana dah bising tu.
mohon dimanjakan. lolx
bye bye!!


skills

bila bercakap tentang skills and developments budak-budak kan,
babies khususnya,
antara soalan yang orang suka tanya bila jumpa parents..
'dah boleh buat apa sekarang?' (jawapan macam : dah boleh turn around, merangkak, berdiri blabla)
'dah boleh jalan ke?'
'gigi dah tumbuh belum?'
dan lain-lain soalan berkaitan (INSERT HERE) :P

walhal yang sebenarnya
skills budak-budak ni memang beza-beza sampainya
cepat atau lambat, skills tu akan ada jugak nanti
kita-kita ni je yang over excited nak diorang grow up cepat
walaupun patutnya kita cherish the moment
yoshh, anak-anak tak kan selamanya jadi babies
time ni je pun yang ada nak manja-manja dengan kita kan. lolx

so kalau ada yang tanya si ariana bariana ni
'dah boleh jalan ke belum?'
jawapannya : dia baru 9 bulan (nak masuk 10 sat lagi!) HAHA
ada kawan cakap 'anak sy lambat jalan dulu.. setahun baru boleh jalan.'
jawapan sy : setahun tu tak lambat, ahkak! setahun budak boleh berjalan tu dah kira normal lah :D
may be sebab kita duduk di persekitaran tahun 2014 yang orang berlumba-lumba nak semuanya cepat
so setahun-boleh-jalan tu dikira lambat
oh btw ariana sekarang memang dah tengah tatih pun kahkah
babah dia la rajin bawak berjalan
mama busy masak dan tengok gossip girl :P

ariana jugak dah boleh kenal few words macam
kipas (the first ever word that she understands! lolx)
meow (OK obviously meow tu adalah kucing. mak bapak pencinta kucing, haruslah! :D)
susu (biasa kitorang tanya dia nak susu ke tak)
car (sebab kitorang dok apartment tingkat tinggi, sy suka tunjuk dia kereta yang lalu lalang kat bawah)
mama (beta! beta! shiapa lagi :P)
dan beberapa words lain yang dia tengah cuba nak faham. kiri kanan, duduk berdiri, etc etc
you go, ariana!! *over ko wani hahah*
 

hahaha pemandangan rutin. sambil tido pejam mata boleh minum susu. ini skill super tinggi ni. kihkih


tatkala mengambil ariana balik dari taska. ecewah.


babah and ariana. sama je depa ni. lolx


fooling around with the camera