Wednesday, September 06, 2023

workcation di bayou lagoon park resort, melaka

assalamualaikum and hi! :)

29 - 31 julai haritu saya telah diminitkan oleh bos untuk join bengkel kat melaka..
urus setia bahagian lain.
memandangkan pengurusan tertinggi kitorang cakap, kursus semua kena buat weekend, tu la kot bengkel ni pun dibuat pada hari sabtu sehingga isnin.

eh tak pe kalau weekend, kita angkut la satu family pi bercuti! workcation gitu. hihi

destinasi kali ni adalah di bayou lagoon park resort, melaka.

'percutian' percuma, ditaja oleh ofis 😂 husband tanya, tak de lagi ke kursus-kursus ke, bengkel ke akan datang? HAHA ambui korang bercuti, ai kena kerja on weekend, tau. lolx



yang penting ada jacuzzi dalam bilik.



nah close up jacuzzi. budak2 suka la ni, boleh berendam2. haha



nampak yang kat hujung tu, sampai-sampai dah terkinja-kinja keseronokan 😂



sorang lagi berkelubung kesejukan. lolx



kitorang sampai petang, jalan pulak jem. urus setia kata ramai tak sampai lagi.. semua sangkut jem kat highway kot tu mah hahaa. so bengkel start lambat sikit. kita lepak-lepak bilik la dulu.



balkoni pun ada, buat healing. aicewah.



ni antara makanan yang dimakan kat sini. makan free pun,
nikmat apa lagi yang kita nak dustakan? ^^


mana-mana peserta yang bawa family and nak makan luar,
saya kecek sekali kupon makan diorang.
daripada kupon dan makanan terbazir, baik kita gunakan.. tak gitu 😁 so dapatlah ahli keluarga saya makan sekali. alhamdulillah.

kalau korang nak tau, kat bayou lagoon park resort ni ada taman tema air tau.

tak besar sangat, tapi memadai untuk bermain-main. cukup lengkap ada slide semua.
budak-budak, asal ada slide seketul pun dah happy.

masuk pun tak mahal sangat.. lupa harga dah. RM29 ke macam tu.


tapi saya dapat masuk free je sebab dewan bengkel kat dalam kawasan water park ni HAHA
time break, saya pi jenguk husband dan anak-anak tengah mandi-manda kejap.



nah, ni dia budak-budak tuu. ariana dan anaqi.



ramai jugak orang kat sini. time ni hari ahad.



ni makan buffet hari ahad tu.



ni pulak sarapan pagi hari isnin. nasi gorenggg 😍



berbekalkan baju tidur, anakku turun makan ye 😂
ni kalau generasi lama mesti tak bagi gini. nanti la ai nasihatkan beliau. kikiki



empat sekeluarga.



ok last!



hari isnin pergi mandi lagi ye. sebab dapat tiket free, urus setia bagi.
yang percikan air tu, husband baru lepas turun slide. hahaa



time ni pagi lagi, tak ramai orang.



tengok, bahagia je kan mandi di pagi isnin. orang tak ramai.
time ni hari sekolah sebenarnya. tapi sebab ikut mama gi kerja, budak-budak ni cuti la. lagipun baru lepas exam week, so should be okay, insyaAllah.



deboosh!



anaqi and minilove.



ariana membantu adik beliau dengan berhemahnya. ahaha



heylo, kiddos!



dah, moh le kita balik. berbelang nanti muka sebab banyak berjemur. lolx



happy dapat mandi.



kafe kat water park. cumanya belum mengaplikasikan penggunaan e-wallet mahupun debit/credit card. sapa je yang bawak cash pergi mandi, wahai bayou lagoon?? 😁 lepas ni harap improve boleh buat transaksi cashless. baru nak membeli makanan.. namun hampa. hihi

 


dah, tu je la kisah saya pi workcation.
thank you, urus setia dan ahli-ahli lain yang best dan sempoi je semua.

tata!

No comments: