Thursday, September 14, 2023

barang branded atau tak

assalamualaikum and hi! :)

blog entry kali ni nak borak-borak la sikit.
sy ni suka je barang cantik, aesthetic, artsy, tapi saya tak suka barang mahal 😂
kebanyakan barang mahal ni jatuh atas brand.
bukanlah tak beli barang mahal langsung, tapi pastikan beli yang hanya betul-betul berbaloi.

walaupun tak suka barang mahal melampau, sy juga tak suka barang tak de kualiti tapi murah. haha

so formula dia just sederhana and moderate, tapi ada kualiti.

contohhhh ha ai bagi contoh 😆
kalau beli speaker, jika tak mampu yang high quality ribu-riban, beli la yang sound dia masih sedap didengar, dengan harga tak murah dan tak juga supermahal. harga sedang-sedang.
my choice is always edifier. bluetooth speaker bar kecil dia range 100-200 lebih. pada sy tu harga moderate untuk speaker yang bagus. bertahun sy beli, sampai skang tahan.

baju. haa baju cepat lusuh, lagi kalau dipakai selalu.
baju saya biasanya daripada kedai-kedai made in malaysia (kot? macam M&B) sebab baju kan nak beli banyak, so don't waste our money to buy ratus-ratus punya harga baju, unless ada event istimewa nak dipakai. baju M&B standard range dari 30 ke 70 gitu.
hanya seluar sy akan invest beli mahal sikit kat uniqlo. sebab selesa dan tahan lama.
seluar kita tak banyak, jadi beli yang mahal sikit tak pe. bahaha

kasut ofis? bata. sandal? bata.
pada saya bata ni tak la murah sangat, tapi belum sampai tahap supermahal macam hush puppies, sketchers dan brand kasut lain.
sy pernah beli sandal yang cun tapi harga murah. tapi gam dia cepat tanggal, gais.
so sy balik beli bata 😂
tapii bata tahan lama jugak dan comfy (suka beli jenis comfit).

kesimpulannya tepuk dada tanya selera and tanya poket.

kalau korang memang suka barang branded untuk kepuasan, silakan.
selagi mampu, beli je la.
cuma untuk sy, sy lebih suka barang berkualiti, harga sedang-sedang, brand apa pun tak pe, asalkan ngam dengan hati sy. HAHA. hah gitu.

so hari tu kitorang try la this new kedai makan kat area rumah.
sebab asyik lalu je, singgahnya tak.


banano mimpi nak keluar pakai tudung haritu. hahah.
baguslah tu, banano. (tudung ai diciloknya)



tuan tanah. HAHA. seleksi kedai makan kami jugak tak kisah restoran mahal atau warung tepi jalan begini, asalkan sedap.



tak ramai orang pun malam tu. sini boleh kata kawasan kampung. so sunyi-sunyi tenang camtu.



sorrylah owner blog ni suka bergambar. korang layankan je 😂



nahh ni la dia menu pilihanku. nasi ayam bakar. RM7 rasanya harga dia.. sekali dengan air.
ayam suku tau. sedap pulak tu. the perks of makan kat warung kampung. pada sy harga dia sangat la affordable. dah la sedap.

 

so kesimpulannya; jangan berjimat sangat, jangan juga terlalu kedekut dalam berbelanja.
biarlah secukupnya dan sesyukurnya.
asalkan happy dan bahagia dengan pembelian tersebut.

toodles!

No comments: