Thursday, September 07, 2023

apa yang saya buat sepanjang ogos?

assalamualaikum and hi! :)

tu la tu, tau-tau je dah bulan september. hahaa

so saya combinekan je la sekali semua aktiviti-aktiviti sepanjang ogos yang lalu.

ogos jugak sebenarnya adalah ulang tahun anniv parents saya (6 ogos) dan birthday arwah abah den (14 ogos, al-Fatihah).

ni lah gambar-gambar bulan ogoskuuu.

hadiah di bulan ogos.

hadiah-hadiah ni jiran (kak erina) bagi.
dia balik dari langkawi. jadi dia belikan coklat dengan kuali tefal. hahaa
thank youu jirankuu.


aktiviti bermain yang percuma! mario games on nintendo switch.


kalau korang jenis rajin jalan-jalan kat mall on weekend,
sebenarnya kat mall ni ada macam-macam promosi dan free testing tau.
salah satunya tempat main game yang AAs tengah main ni.
time tu, sonicgear tengah bukak kedai pop up la depan aeon IOI city mall.
dapatlah main secara percuma. nak beli, mahei (mahal).
kalau dah beli, kena beli game dia pulak. satu game dah RM200+++. takkan nak main 1 game je.
jadi kesimpulannya bawak je main kat mall. lolx
(btw hari tu saya ada beli jugak headphone sonicgear ni. sangat cun! nanti la kite tunjuk. hihi)


hasil subjek RBT (reka bentuk).. kereta idamanku rasanya tajuk dia.



sampai ke 1 pagi mama tolong ariana buat bendalah ni.
konon nak pasang 'motor' la kan. gigihnya diriku iniii.



saat membeli nasi ambeng sedap kat jualan putrajaya.

kat putrajaya ni memang banyak jualan-jualan ala flee market waktu lunch hour.
tiap-tiap hari ada di tempat-tempat yang berbeza.
harga pun boleh tahan tak mahal. nak beli baju tidur anak, RM10 pun ada.
harga marhaen la kiranya.


ni time elia, one of my best friends datang lunch kat ofis, hari jumaat.
jumaat lama la sikit kan, boleh borak-borak.


lepas tu ada pilihanraya negeri selangor.

mula-mula hantar husband mengundi kat banting.



lepas tu petang, saya pi mengundi kat shah alam.
terserempak pulak dengan liyana, kawan sekolah plus jiran dekat-dekat rumah.


ampun la saya ni kadang tak perasan orang, cuz:
1. rabun jauh
2. kawan-kawan yang dah lama tak jumpa ni, berubah-ubah mukanya. hahaa. (mungkin lagi lawa? 90s babies kan awet muda dan lawa semuanya. bahaha!)

bukti den mengundi. sticker pink tu sebab tudung den terbang sikit.
den memang suka letak sticker-sticker ni. lolx



lepak-lepak rumah bonda di shah alam. happynya semorang. haha



ni time perlawanan badminton. masuk beregu. kalah. hahaa *tak malu mengaku kalah. yang penting enjoyy*



ariana pun ikut. seronok dia main badminton sebab ada geng, anak-anak staff lain yang datang hari sabtu tu. oh, ni kat IOI sports centre, ioi city mall. RM25 ye per hour. gile ah.



review kata best, so let's tengok.

mula-mula tu teragak-agak jugak la nak bawak bebudak.
lepas tu nampak ada kawan post, anak-anak dia gi tengok. baya-baya AAs jugak.
rupanya budak-budak boleh je masuk, but with adult's supervision ah gitu.
harap nurtizens tidak mengecam kami. sapa la nak jaga dak2 ni kalau kitorang gi tengok berdua, takkan nak tinggal kat rumah kan. hangkut le sekali.
mana-mana babak yang seram-seram manja tu, kita kelubung je diorang dengan selimut 😂
verdict? memang best! seram dia agak seram laaa. #filemRahsia


and ada one time tu, order maggi sup. nah tu dia, tak de ayam pun. bagi telur je.
memang betul-betul maggi tulen dibaginya 😆



ni time van sekolah cuti sehari sebab cik ita (pemandu van) hantar anak dia masuk poli.
kami dok ambil dan hantar budak-budak ni dengan geng. L2R: maryam, anaqi, uwais, mohamad.



ni ariana. hahaa. ambik ariana dulu kat sekolah agama.. dengan kawan dia abdullah. hantar abdullah balik rumah, baru gi sekolah kebangsaan pick up budak-budak kecik 4 orang kat atas tadi. haha. kalau tak, tak muat keta acik 😂 pagi sebelum tu, babah diorang tolong hantarkan. haa bekerjasama tak kami ekkekee



ni time syamsul debat bagi ceramah kat ofis. tinggi SD ni. terpotong songkok beliau. hihi



ini 29 ogos, masa kitorang buat lawatan puspanita ke muzium dan galeri seni bank negara malaysia. singgah tugu negara kejap. tapi tugu negara renovate pulakkk. ariana, anaqi, farhan.



sampai dah kat muzium!



31 ogos tak berjaya masuk putrajaya (berjaya, tapi patah balik 😂) sebab jem menggila. sudahnya naik MRT pergi mytown (stesen cochrane, transit kat stesen TRX)



gigih dah tu pakai baju merdeka, nak sambut merdeka live kat putrajaya. hahaa



kejadia rare; super blue moon. hanya pada malam ke-30 dan 31 ogos.
managed to capture.

 

dah, nanti kita sambung lagi!!

No comments: