Tuesday, September 12, 2023

cuti-cuti hari merdeka

assalamualaikum and hi! :)

merdeka! merdeka!
haa macam tu dia punya semangat 😁

btw hari merdeka hari tu korang buat apa? pergi mana?
kitorang ni mula-mula plannya nak masuk putrajaya.
pukul 4 pagi dah bangun ye.

long story short, jalan terlalu sesak.
dan kitorang tak sanggup naik shuttle bus kat PICC tu sebab barisan manusia bermula dari atas bukit sampai bawah bukit.
sudahnya terus tukar plan naik MRT ke KL.
semangat merdekalah jugak tu kan, naik public transport. hahaa


bukti naik MRT 😆




sangkut kat kerusi as tripod pun bolehh 😂




anaqi bertapa dalam MRT.




husb membuang pandang, bukan membuang masa. lolx




ariana feeling2 kat atas bukit gamaknya.




lama jugak perjalanan ke KL, ada la dalam sejam. banyak stop kan.
tapi ok je, enjoy tengok view kat luar.




hah ni dia! kitorang singgah mytown dan ikea cheras. mihmih.


berhenti je kat stesen cochrane, KL.
ada laluan terus masuk ke pusat beli belah mytown.

dah habis pusing dan makan-makan kat mytown, kita balik semula naik MRT jugak.

MRT ni kalau nak jimat dan pergi banyak tempat,
beli la daily pass dia. dalam RM5 je.
tapi kena ada kad yang mempunyai perkhidmatan touch n go.
contoh kad TnG biasa, myKad..

petang tu kitorang ke hotel dorsett putrajaya, check in.

ingat dah lambat beno sampainya, dalam pukul 4 lebih macam tu.
sampai-sampai.. nah ambik kauu 😂


boleh tak bayangkan barisan melingkar ni adalah ketua-ketua atau penolong ketua keluarga yang tengah nak check in.


faham tengah sambutan merdeka,
so agak busy and such.
tapi boleh tak in the future,
hotel dah expect benda-benda macam ni
and comes up with another system yang lebih cepat pantas tuntas. haha
jenuh nak queue panjang weh.
kitorang ni pulak melepak depan pintu lobi.
dah le kat luar tu panas teras benderang.

last-last masuk bilik dalam jam 6 petang. gile ah dorsett.


ni lah biliknya. luas, ada sofa. tapi tingkap ciput sikit and pemandangan tengah bangunan hotel.


walaupun dah request pemandangan tasik atau bandar,
tapi tak dapat pemandangan apa.
nampak dinding bangunan hotel je.. ahahahaa.
sabokan je la kalau bercuti time peak season ni.

haa tak nampak kan mana tingkap? sebab tingkap ciput je, kat tepi katil tu 😂
tapi bilis besar dan bersih, tu harus dipuji.



malam pulak, makan je la yang dekat-dekat.
hanya beberapa meter jalan, dah sampai kat spot makan food truck kat putrajaya.
orang memang ramai la.

nah tu diaaa. tapi alhamdulillah kitorang berjaya dapat meja.


bulan tengah super blue moon tu..
nampak kat belakang tu bulat molek je.

balik daripada makan, bergambar kat tepian. haha


yang lampu purple tu hotel dorsettnya. dekat je kan.
boleh pulak bergambar dekat-dekat dengan tong sampah 😆 layankann haha




layankan jugak budak-budak ni keluar makan dari hotel pakai baju tidur je.
sebab malaysia boleh! *tiber* 




hahaa jadilah buat love satu. sebenarnya kitorang nak bergambar dengan super blue moon tu.


esok paginya, pi breakfast berdua kat restoran hotel.
dorsett punya makanan memang sedap.
haritu pun kan buka puasa kat sini.

condiments bubur. saya memang suka makan bubur kat hotel dan particular bab condiments dia. lagi banyak, lagi meriah, lagi glorious. hahaa


korang nak tengok hotel yang bagus dari segi makanan kan,
tengok je la bubur dia.
bubur tu sesimple2 alam kan.
korang tengok condiments dia.
kalau hotel tu bagus, ikan bilis pun jenis kopek halus je. masin moderate.
kalau hotel ajet2, biasanya ikan bilis beso gedabak jenis liat yang orang pakai buat tumis sayur tu 😂 masin dia memang tak boleh bawa bincang.
*ye para hotel, anda diperhatikan. bahahaa*
so hotel dorsett ni punya ngam la. sedap alhamdulillah.
condiments pun meriah.

saya suka jugak makan american breakfast.
nasi lemak, bukan favourite saya di mana saja. baik hotel, baik meeting. #ytjt


pada saya, american breakfast ni satu hidangan lengkap yang mengenyangkan.
nasi lemak pun sama mengenyangkan, tapi kalau kat luar, saya jarang le makan.


kitorang berdua memang keluar breakfast awal haritu.. sebab ramai orang kan.
so kena keluar awal, baru selesa nak ambik makanan. the perks of a morning person. lolol




nampak tu, kosong lagi meja-meja.


sapa yang kenal saya dari zaman belajar, memang tau la;
1) wani e tak skip breakfast
2) wani e bangun pagi

lagi tua ni, lagi super pagi ai bangun.. mah hahahaa
seronok weh bangun pagi, korang try lah.


yang ni memang takkan skip; rendang dorsett. sedap weh. tu buburrr. yums.


lepas dah makan-makan (budak-budak kita belikan je grab food chicken texas. nak bawak buffet, rugiii HAHA),
sambung lepas dah makan-makan,
kita pi bakar balik kalori. hahaa. swimming time!

boleh tak malas nak letak caption. tengok gambar aje la.



























begitulah kisah kitorang holiday di hari merdeka. yoshhh

ramainya orangggg. hahaa. tata tutu!!
 

No comments: