Friday, December 20, 2019

strategi menghadapi kesesakan di alamanda, putrajaya

assalamualaikum and hi!

hah haha. kemain tajuk :P

hujung tahun, cuti sekolah, hari jumaat, lepas gaji.
kombo yang agak menarik untuk hari yang penuh kesesakan di alamanda.
ok fine taklah sesak teruk, tapi dia akan menjadi sesak di beberapa point dan pada waktu puncak (i.e time masuk around 12, time keluar around 2.30pm)

alhamdulillah hari ini kita telah berjaya menepis 2 kali kesesakan di alamanda.
dan sy akan share cara tepisan tersebut untuk pedoman bersama :DDD

1. queue super panjang di parkson
naik-naik kat level 1 parkson (bahagian beg dan baju),
tengok queue panjang gileee kat area depan pintu masuk.
berdebar jugak, 'aku ni nak beli barang sikit je. mampu ke nak queue macam tu??'
hoho redah je lah kita.
lepas habis membeli kat level 1, terus turun level G.
sebenarnya kat kaunter G belah-belah depan pintu masuk tu pun ada queuenya jugak (tapi tak sehebat kat level 1 tadi).
TIPS MENEPIS KESESAKAN: pergi ke kaunter di bahagian belakang, level G.
dekat area baju budak-budak brand poney.
insyaAllah hanya akan ada anda, dan 2-3 customers lain sahaja. lolx

2. queue yang super duper panjang masa nak keluar parking
serius kalau hari jumaat,
bila ko keluar jam 2.30pm dan ke atas,
kesesakan kat pintu keluar tu adalah unbearable! haha
bila keluar dari petak parking, sy dah nampak dah kedua-dua exit kiri kanan tengah jem.
jem = kereta berjela tak bergerak.
so sambil menanti dalam queue, akhirnya sy berjaya melepasi queue di level P3 parking..
dan naik ke level atas sekali.. level P7 *buat muka eksyen. HAHA JK*
serius, palang keluar kat P7 tu memang ada sebiji kereta je nak keluar time tu!
ko bayangkan..
beza macam mana jem kat level P3, P2 dengan level P7.
kalau tak, sangkut jem kat parking la kita.



kesimpulan: sila jadi strategist dalam situasi-situasi macam ni.
walaupun nampak simple,
tapi kita akan dapat jimatkan banyak masa.
don't follow the crowd, if it seems not right. lolx
tu je la sharing untuk hari ini.
tak tau la sharing ni bermakna ke tak HAHAHA

No comments: