Friday, December 13, 2019

berteam building di gopeng glamping park, perak (day 1 - white water rafting)



assalamualaikum and hi!

tu diaa dah nak masuk hujung tahun,
baru datang semangat nak meng-update! HAHA
maafin gweeee *buat mulut juih, mohon dikasihani*

pengembaraannnn sanak-sekawan-ofis (bukan sanak-sedara lolx) ke..
*drum rolls 30 saat*
..gopeng glamping park!! woots!
over kau mah :P

alkisahnya rombongan kitorang ke sana starting from 1 - 3 november,
jumaat sampai ahad.
disebabkan sy ni dah berkurun-lamaaa-kurahsiakaannnn (insert lagu exist. tiber*)
berkurun tak meng-outdoor-kan diri,
maka most of the equipments adalah baru, bau kedai, silap-silap bau kilang lagi haha.

contoh beg hiking, kasut hiking, water shoes, water sling bag, tuala outdoor..
ntah segala bala benda dibeli baru.
sampai adik kedai sports direct pun tanya, "akak nak pergi mana ni?" HAHAHA
nampak tak betapa banyaknya ai membeli barang baru tu.

tapi tak pe,
barang semua tahan lama dan boleh digunakan lagi dan lagi.
di samping memotivasikan diri sendiri untuk lebih banyak buat aktiviti kat luar.
sekarang ai pergi bercuti kat hotel pun galas beg hiking ni je.
ferfeeling back packing ke camne ntah. hahahh yo yo an betul :DDD
but on serious side, barang-barang ni semua memang sangat berguna untuk travel.

me on day one. semangat berkobar-kobar nak buat aktiviti outdoor.

maklum la,
last time pergi berkhemah, berkayak, adalah 7, 8 tahun lepas.. bahaha.
yang kat atas ni gambar sebelum naik bas.
ya, kami menaiki bas ke gopeng dari putrajaya.
siap ada kuiz yang memerlukan pemerhatian sepanjang perjalanan.
contoh soalan, macam.. namakan RnR di sepanjang laluan ke gopeng.
ai sanggup tak tidur sebab dok nak tengok nama RnR haha.
kalau google tu memang ada, tapi jawapan tak 100% sama dengan laluan dan persinggahan kami.


suasana di dalam bas. sy duduk sebelah mee lee ^^

disebabkan hari tu hari jumaat,
tengah hari, kitorang singgah dulu kat area-manantah-geografi-ai-KO kat gopeng.
para lelaki bersolat jumaat dahulu, manakala selainnya pergi lunch kat kedai makan berhampiran.
tu pun lauk tinggal sikit sangat. biasalah hari jumaat. hihi

kitorang di-dropkan oleh bas di satu point masuk.
mod pengangkutan ke gopeng glamping park adalah lori.
ye lori! hahaa.
sy hyped je naik lori. best kot.
punca musabab naik lori adalah kerana jalan perkampungan yang kecik,
tak sesuai untuk dilalui oleh bas.
kalau kenderaan kecik macam kereta tu, bolehlah lagi.
beca pun boleh. *tiber

anak-anak bandar yang excited naik lori. HAHA

panas berdenting?
seharusnya, tapi itu barulah outdoor! lolx

alright, kita dah sampai kat GGP! (gopeng glamping park)
lawa tempat ni.
baru ai perasan, setelah bertahun-tahun berjalan kat shopping malls je..
holiday pun kat genting manjang (sebab husb ai suka genting. hye, bang! *wave* :P)..
sy ni pencinta nature rupanya.
sy hampir lupa yang sebelum ni sy sangat sukakan pantai.
tapi sebab dah duduk kat putrajaya,
tak berapa nak pantai sangatlah. haha
masa remaja pun suka main sukan.
secara nyatanya, jiwa outdoor tu ada dalam diri sy.
tapi disebabkan dah berfamily and duduk kat bando (alasan sangat),
maka gaya hidup outdoor telah luput sikit demi sikit *sobs salah diri sendiri*

ok ketepikan tangisan dan kembali ke depan! *tujah penumbuk ke depan*

pintu masuk dia macam ni. dari luar dah nampak kehijauannya.

kitorang pun pergilah check-in.
dasar perebutan,
semua orang berlumba-lumba mendapatkan khemah di tempat redup *tak lasak ah camni!* :P
padahal diri sendiri pun nak jugak khemah kat tempat redup..
dah siap ke belakang (redup) dah pun.
tetiba diorang kata khemah tu tak boleh pakai. doink.
ke depan la balik.
khemah-khemah belah depan ni tak de 'cover'. sebab depan kan.
so sunlight semua memang direct tuju. hahaha

khemah glamping, fyi yang tak tahu-menahu apakah itu khemah glamping :P

term 'glamping' ni diambil daripada glamour camping.
maknanya ko berkhemah, tapi ada kelengkapan asas la macam katil, kipas, lampu, plug point semua tu.
aircond je tak de, jangan mintak lelebih :P
khemah kat GGP adalah bersih, cantik dan di-maintain dengan baik.
deco simple yet nice.


with my tent mate; puan eca.

teman khemah telah ditentukan awal-awal oleh urus setia.
ai okey je dengan siapa-siapa pun.
sekali dapat dengan puan eca. bestlah.
tapi puan eca tak sihat time tu.. batuk demam rasanya.
jadi beliau tergolong dalam kumpulan 'handicapped'.
kumpulan ini takkan menyertai aktiviti-aktiviti lasak sepanjang program.
tapi diorang ada la aktiviti sendiri macam pergi lawatan ke tempat-tempat tarikan, things like that.

memang dah siap-siap berbaju renang,
lepas simpan beg, solat semua, kita terjah lagi lori tadi.
to our first outdoor activity!!


penghuni lori. haha (spot me in pink swimwear!)



dengan semah dan pn wani. para lelaki dah kenapa terduduk kat belakang tu :P

aktiviti pertama adalah white water rafting.
TBH ni first time sy cuba white water rafting, which is sooooo cool to me.
walaupun tak de lah pandai berenang mana.
ada life jacket kot.
so time ni, kitorang boleh pilih group members.
terus terpa sesiapa je yang berhampiran.
1 group 4 orang.
lepas dengar taklimat keselamatan semua, bergambarlah apa lagi. haha


spot me yang kecik tapi tetap nak melebih kat belakang sana :DDD



gambar ehsan photog lain. tak ingat kamera siapa.. lolx. me in pink-purple.



semangat memasing nak teruskan perjalanan ke dalam air.

so we've given team,
and we're also being given an instructor.
our instructor, nama ijat.
suka simbah air dan terbalikkan bot.
sebelah sy, kak izan. kak izan ketakutan air.
lantas beliau selalu diusik dengan air oleh instructor kitorang. lolx

tempat paling havoc, adalah di cenuram dengan third degree drop katanya.
kira level 3 punya cemas la.
tempat lain mungkin ada level 4, 5.. who knows?
tapi level 3 pun dah macam apa kitorang ni. ahhahaha

menuju ke dropping point.



sy yang kat belakang kanan. belakang sekali, abang ijat.

nampak, sempat lain pasang peace :P
kak izan kat sebelah dah cemas sana sini dah.


dropped!! tabah, kak izan. hihi. abang ijat dah siap berdiri. betapa curamnya drop tu.



mee lee dengan mus kat depan dah masuk dalam air agaknya time ni. tengah minum sky juice ke tuuu hahaha



time ni semua dah masuk air. masuk, and then keluar balik. ko bayangkan.


video tangkapan puan eca.
tqqqq.



overall, memang enjoy habislah.
yang paling lawak bila mee lee dengan mus terjatuh dalam bot (sebab apantah.. lupa pulak. macam time tu, bot nyaris nak diterbalikkan haha)
so bila dua-dua tu jatuh, si mus tergolek atas mee lee.
mee lee kan halus macam ai (mengaku halus padahal dah gems T_T)
so kena hempap dengan mus.
terkapai-kapai dia tak dapat nak bangun. hihi
tapi last-last dapat bangun balik la.
tu belum masuk si hasnah-bot-lain suka kacau orang.
dicedok-cedoknya air sungai tu simbah kat semua orang.
yang selalu kena, bot kitorang la.
sebab hasnah suka usik mus. hahaha


ok sesi bergambar reramai jangan dilupa!
nanti nak cerita kat anak cucu cicit cucut.


tu ha, nenek yang tengah posing sopan tiba-tiba. baris tengah, kanan.



nenek terpengaruh dengan saranghae korea. HAHA



masa ni nenek dah hyped. kesopanan dilupakan.



nenek tengah tabik spring kat peminat-peminat. HAHAA

bolehlah tu.
bergambar saja kejenya :P

tidak dilupakan, bergambar bersama geng-geng tertelan air. mariii!!

dengan instructor kitorang, abang ijat yang suka acah-acah nak terbalikkan bot. hahaa. thank you, abang ijat!! sebab jaga kitorang and bantu kitorang di kala kecemasan melanda. lololx



gambar keluarga unit. ye unit kitorang ada 3 ketul ni je :DDD



tabik spring ni kira pose ai yang paling tak rare lah. HAHA



with the girls. tengah lepak-lepak lepas water rafting, sambil tunggu lori sampai.

macam dah turun 2 kilo rasanya lepas berakit (RASAnya je) :D


lori membawa kitorang kembali ke pangkal lengan. back to GGP!



me in pink, atas lori.

so lepas tu menunggu malam hari pulak tibaaaaa.

k bersambung!

No comments: