Friday, December 20, 2019

berjimba di gopeng glamping park - gua tempurung (day 2)

assalamualaikum and hi!

panjang lagi cerita kita kat gopeng ni.. hahhaha.
*gelak gua bergema*

bukan saja-saja nak gelakguabergema,
sebab entry ni memang khusus cerita dalam gua! lolx

budak terlepas dari lori. haha 

seperti biasa, kitorang menaiki lori dari gopeng glamping park (GGP) ke gua tempurung.
jarak perjalanan taklah jauh mana.
dekat je uiii.

sampai-sampai, kena pakai helmet dll.
(helmet disediakan di sana)
sy ni noob gua.
so pakailah kasut hiking yang waterproof.
rupanya dalam gua tu ada air!
habis soaked wet kasut hikingku. banjir kat dalam kasut HAHA

tips menggua 1 : pakai water shoes

glove pun tak bawak oiiii. tertinggal.
kalau korang nak pakai, boleh.
tak nak pun ok je. tak panas tangannya. lolx


taklimat ringkas yang berguna dan kadang-kadang lawak juga, daripada encik roslan.

encik roslan dan rakan-rakan adalah renjer yang akan guide semua visitors masuk ke dalam gua tempurung.
tempo lasak dalam gua ni, dipecahkan kepada beberapa level.
tengok la hang nak level berapa.
level 4 paling tinggi, mengambil masa dalam 4 jam perjalanan keluar masuk.

ahli-ahli ofis berbelah bagi, ada yang nak level 3, ada nak level 4.
so kami dipecahkan into two groups.
sy ambik level 3 saja, walaupun sy tau sy lasak. bahaha
sebabnya diorang cakap level 3 ni dalam 2 hours macam tu.
sebagai bekas ahli bahagian strategik, sy dah siap congak-congak masa dsb (konon strategi habis la kihkih),
level 3 la paling sesuai supaya sy dapat ample rest untuk next activity petang nanti HAHA

(dan congakan sy betul. ahli level 4 pulang dengan super keletihan, tapi mungkin mereka puas hati sebab berjaya sampai ke level tertinggi. kudos to them!)

siapa nak level 5, 6, korang kena ke royal belum.
okek! :D

si noob ni pakai helmet pun senget. berbackgroundkan wording GUA TEMPURUNG. bukti dah sampai. lolx

tips menggua 2 : headlamp

bawak ni, kalau korang nak masuk level 3.
kalau nak level 2 (level tourist biasa), tak yah headlamp.
maksudnya level 2 = yang jalan-jalan dan tak explore sampai ke bawah la.
bawah tu gelap tak de lampu.
kalau level 1, 2.. lampu penuh dalam perkarangan gua.


contoh lampu penuh. haha. ni sy dan rakan-rakan. kanan hasnah, kiri mus, belakang-belakang suhaiman, kak ju, mee lee dan ramai lagi.


hyped masing-masing ni masuk gua. lolx


bersama renjer kitorang, hazim. hazim ni jugak yang masak BBQ malam sebelum tu haha.



ni kira kat kawasan terang lagi, tak masuk lagi level 3.

kawasan gua tempurung ni pecahkan by platform dan level.
setiap kali sampai satu platform, akan ada papan tanda.
so korang tau la, korang kat platform mana.


dengan kak shimah dan kak ju.



contoh platform. ni platform 2.

nama platform ni 'echo-echo' sebab bila jerit situ, memang bergema habis.
tempat ni agak luas la.
tapi dah dimaklumkan supaya jangan menjerit banyak kat gua.
sebab batu-batu gua boleh terkesan dengan jeritan dan boleh 'mati', something like that.
tapi kat echo-echo tu boleh kot, sebab pernah nampak orang lain menjerit.


masih di platform 2, tidak berganjak :P



kat platform 4 = wind tunnel

haa kat wind tunnel ni korang boleh duduk di bawah lubang dan rasa pusaran angin di atas kepala.
coolio!


ok dah sampai ke sempadan menuju ke level 3 dan 4!

beza level 3 dan 4 ni adalah dari segi jarak.
tapi halangan dia sama. cuma level 4 = double la sebab laluan berbeza. jauh sikit.
both levels dapat rasa; turun lubang, turun slide, merangkak dalam air.
cuma contohnya kalau level 3 = 1 kali slide. level 4 = 2 kali slide. contohhh :D

so kalau korang nak jimat masa, ambik level 3 pun ok tak menyesal.
sebab dapat experience yang sama, cuma lebih cepat habis.


ni kat platform 5. platform 5 ni la sempadan ke level 3, 4 tu.

so berbekalkan headlamp di kepala,
kitorang pun menuruni tangga ke kawasan gelap di bawah.
pengembaraan level 3 bermula!

mula-mula je tangga, lepas tu tak de tangga dah.
semua kena jalan and daki sendiri.

ni adalah batu yang disuratkan oleh pelombong cina 2 orang.

ceritanya, pelombong cina ni terperangkap dalam gua sebab air dah naik.
so sebelum meninggal, diorang pun tulis atas batu tu dan cerita, jangan masuk lepas waktu petang.
bagus diorang ni, tinggalkan mesej untuk generasi akan datang.
tapi kalau tengok, orang china, korea memang pentingkan penulisan dan sejarah supaya next people tau apa yang berlaku (pengaruh drama :DD)

dalam gua tempurung ni jugak ada area kubu komunis.
zaman dulu la, komunis jadikan tempat tu sebarang 'sarang' diorang berlindung.

dan nama gua tempurung diambil sempena nama bentuk siling atas gua ni..
yang berbentuk tempurung.
kalau korang ikut renjer, renjer akan tunjukkan kat mana area berbentuk tempurung tu.


kat bahagian bawah ni ada sungai yang mengalir.. dan part yang tak mengalir pun ada, macam ni.

memang habis kasutku dipenuhi air.
tapi apa ada hal. hah hahaa (habislah petang nanti hiking kaki basah :DDD)




jangan mandai-mandai nak minum air dalam gua ni.

tips: jangan mandai-mandai nak minum air dalam gua


time kitorang datang tu, belum sampai lagi musim kelawar mengawan.
kalau tak, menurut renjer,
memang banyaklah kelawar berterbangan.
walaupun begitu, sy berkesempatan tengok lubang yang dipenuhi anak-anak kelawar *soo comel!!*
memang diorang duduk kat tempat yang supergelap.

then berjalanlah kami ke sana ke mari
turun lubang, turun slide, redah sungai etc.
ada sikit video diselitkan kat bahagian bawah entry ni.
silakan nonton! :P


time ni dah nak sampai ke jalan yang benarrr *jalan keluar* tu yang nampak cahaya di hujung terowong tu. HAHAHA



jyeah dah berjaya keluar!! tq to hazim yang pandu kami sepanjang di dalam gua.

nampak tu masing-masing menadah tangan merafakkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa.
hihi


lastttt sekali. gambar kenang-kenangan satu bahagian sosio ekonomi.

pengalaman yang sangat berharga bagi sy.
walaupun sy ni jarang buat aktiviti outdoor yang lasak-lasak,
tapi jiwa sy ni agak outdoor la jugak. hahaa
(sebab bila buat, kita enjoy. cuma tak dapat melapangkan masa kalau nak buat sendiri)
good thing ada team building ni kan.
tq jugak kat urus setia :)

dah sebelum cerita ekspedisi gua tempurung ni berakhir dan kitorang ramai-ramai balik ke GGP naik lori, marilah saksikan sedikit video di dalam gua untuk tatapan pencinta gua sekalian.
ahhahahaha

..bersambung to the next adventure!..

klik je ha :D







No comments: