Saturday, December 14, 2019

adventure di gopeng glamping park (part two!)

lepas dah berhempas pulas ber-water rafting, kita minum air oren dulu! :P

assalamualaikum and hi! :)

sambung jangan tak sambung! lolx

lepas balik daripada white water rafting,
'bateri' tak habis lagiiii
kita sambung pulak naik basikal pusing kampung. haha

fyi gopeng glamping park (#GGP) ni berada di dalam kawasan perkampungan di gopeng.
selain GGP, ada few other camps/resorts tak silapnya.
kawasannya mendamaikan, memang pure suasana kampunglah.
ada rumah-rumah, warung, sungai, dewan, pusat JKKK, kebun, ladang.. you name it, they got it. aiceh ;P

basikal-basikal disediakan secara percuma di GGP.
basikal untuk si kecil pun ada.. dalam 2 buah.

lantas kitorang pun tiba-tiba menjadi rider pada petang tu.


haiyak!!



gerak lu, pa pe roger! :D



berposing tanpa mengenal erti jemu.

kan ada sungai belakang tu.
sebenarnya sungai ni betul-betul kat sebelah GGP.
sungainya tak dalam sangat (tapi tak tahulah kalau time air pasang/hujan).
ada orang mancing, ada orang mandi.
kiranya kalau korang tiba-tiba terasa nak menyegarkan diri,
boleh terus keluar dari khemah, berlari-lari anak (nak berlari acik-acik pun boleh)
lantas terjun ke dalam sungai sambil menjerit "YEPPA!" *you can skip the yeppa part. that was just me. haha*


with em, girls. memang dari tadi tak bergerak dari atas jambatan tu.. memang niatnya nak duduk situ sampai esok. hahaa



we're your heart breakers. lolx

dah habis pusing kampung dan bermastautin di atas jambatan,
maka tibalah masa untuk berendam dalam air sungai!
tak habis lagi main kat sungai kampar tadi :P sambunggggg main air!

padaiyappa!!



kocaklah hatimu, sekocak air di kali *cheesy! ---muntah berjemaah* cdt: hasnah

lepas tu malam pun menjelma.. *insert bunyi unggas menyanyi*
i just looove the lights at night.
kawasan kem nampak sangat indah bercahaya.

khemah siapa laa depan sekali tu. (puan eca depan khemah)



ye itu memang khemah kitorang yang awesome.

part makan-makan kat GGP ni memang tip top.
semua diorang sediakan sendiri.. and makanan semua adalah super sedap.
serius tak tipu.
malam tu selain daripada dinner meals macam nasi goreng etc etc,
kitorang juga disajikan dengan barisan tray bbq.
kambing bakar pun adaaaa. sedappp
sy ni jarang puji kambing bakar sedap,
sebab sy ni jarang makan kambing.
kalau sy puji dan boleh makan,
maknanya betul-betul sedap la tu. *buat muka serius. sebab memang serius sedap!*

bbq station, by hazim.



my (first) plate. apa tu diet?? (timun tu bawak sendiri)

lepas dinner, ada group activity.
group members macam biasa, dah disetkan oleh urus setia.
my group members: tok mi, pn eca, hasnah, kak izan, ayu, ijam dannn abang jep misai.
abang jep misai ada tepi tu, tapi dia more to pemerhati sebab bukan daripada bahagian, beliau adalah salah sorang daripada pilot yang membawak kitorang-kitorang ni.

game reka nama dan logo group. me in grey hoodie.



malas nak rotate gambar :P ni ha kumpulan kitorang; angry bear! comel tak? bahaha

lepas tu sebelum tidur,
kitorang telah disajikan dengan persembahan api-api. haha
yang buat persembahan ni pun diorang-diorang jugak..
yang bawak kitorang water rafting siang tadi.
memang serba boleh diorang ni.

ini bukan dragon ball, harap mak long.



that was awesome!



acara makan api. haha. coolio!

lepas dah seharian buat macam-macam aktiviti,
malam tu sy pun tidur dengan nyenyaknya. lolx


to the next day!

HARI KEDUA MUNCULL!!
(alhamdulillah Allah bagi bangun balik lepas dah tidur mati semalam)

hari kedua sy berbusana jalur gemilang.. haha.
sebelum breakfast, aktiviti dimulakan dengan senamrobik (poco-poco tak silap hari kedua ni),
lepas tu ada game sikit.
senaman di-lead oleh encik eddy yang bergegas dari KL ke perak pagi tu jugak, katanya.
bersama beliau, ada sekali family; his wife and anak dia yang super comel nama rayyan.

ni gambar kitorang pagi tu kat kawasan kem.

bersedia untuk ke the next adventure!



time ni tengah main game o-som berkumpulan.



ikut group lain pulak pagi ni. tu encik eddy dengan si kecik rayyan.

ke mana pulak kitorang nak pergi lepas tu??
yang penting, next adventure, kena pakai helmet.
nantikannn!!

(bersambung)

No comments: