Tuesday, January 31, 2017

sleepyhead

hi hi!
happy CNY and happy hari wilayah! lolx

still at the office at 6.57pm, but waiting for something before the work can be done.
hence kita blogging kejap sementara menunggu.
i am super sleepy, tak cukup tidur dari semalam.
kerja bersambung malam ni dan esok.

so i prolly owe you a decent entry (which i have one; tapi tak dapat nak bukak blogger hari tu pun sebab line macam haremmm. cuti CNY; server pun cuti gamaknya. tsk)

guess i cya around!



toodles!

Monday, January 23, 2017

workcation melaka

weekend baru-baru ni kitorang ke melaka.
yang work tu bukan sy, tapi husband.
kitorang ambik part yang 'cation' (vacation) tu je. hahaha

so jumaat tu ambik cuti.
gerak petang, tapi pagi tu nak kena hantar kereta ke pusat servis dulu..
ada problem overheat.
husband pun masuk ofis separuh hari.
dalam pukul 4 petang macam tu gerak ke melaka.

kitorang stay di straits hotel & suites, melaka.
memang satu ofis husband stay situ. diorang ada buat retreat.
masing-masing dapat upgrade bilik kepada suite.. which sy rasa harga dia memang affordable la untuk suite. RM282 je satu malam.
dengan lokasi yang sangat strategik, sepelaung je dari dataran pahlawan dan malls semua.

bilik pun bersih, kemas dan design baru. hotel agak baru jugaklah.



dia ada ruang tamu then ada bilik tidur.



di area bilik tidur.



bilik air. luas jugak, ada bath tub selain rain shower. budak-budak tu sukalah berendam. haha



ni baru sampai. nampak tu anaqi baru nak bukak selipar. lolx

sy suka laminate flooring yang kayu-kayu macam lantai bilik hotel ni.
lawa kan!
dulu masa dok apartment sewa pun, beli tikar getah design lantai kayu yang nampak macam ni. memang cantik.
tapi bila dah dok berlari-lari atas tu, solat atas lantai kayu, memang rasa kekerasannya.
kalau jatuh pun sakit woh.
best lagi karpet tebal. ahaha

melaka kan bandar teknologi hijau.
tak sangka pulak bila order makanan daripada room service,
dengan bekas-bekasnya semua jenis terurai.
tak ada pinggan pun! haha


pepperoni pizza. ni order malam, kot budak-budak lapar tengah malam.



order nasi goreng seafood dengan chicken wings, dapat dalam bekas macam ni. ohaha

macam tapau kat kedai kan? :D
memang bagus konsep ni,
tapi untuk improvement, better lah hidang dalam pinggan.
kalau nak guna yang pakai buang pun, ada pinggan jenis biodegradasi yang tekstur macam kertas kaler coklat-coklat tu. macam-macam bentuk ada.
pack macam ni ok, tapi macam tak sesuai untuk hotel.

so kitorang stay sana 3 hari 2 malam.
second day tu masa breakfast, turun pukul 8.15 pagi lepas budak-budak ni mandi semua.
kebetulan ada pelancong-pelancong dari china,
diorang terus check out then pergi makan kot.. sebab ada beg luggage berderet-deret depan restoran.
banyak makanan habis, ok.
tray nasi goreng kosong sekosongnya.
periuk bubur pun sama.. sampai ke sudah tak refill balik.
nasi goreng tu ada la refill, tapi ambik masa jugak.
husband turun awal sikit pukul 8, dapatlah dia sikit nasi goreng tu.
sy tunggu kejap, tapi sebab husband nak kena masuk meeting pukul 8.30, sy terkejar sikit nak makan.
so makan mana yang sempat.


ada staff husband ambik order berkumpulan untuk kuih keria antarabangsa kat limbungan.. yang famous itu.

husband beli sampai 20 biji kuih keria! ahaha
banyak kottt.
siapa nak habiskan tu.
sy ada lah makan beberapa biji.
just nice la rasa dia.. tak manis sangat.
dia pakai gula melaka.
berkerak gula di luar, lembut di dalam.


anaqi mengusung kotak air milo dalam bilik hotel.



dapat ke budak ni memang tunggang-langgang bilik! hahaha

so second day tu sementara husband pergi meeting,
ingat nak bawak AAs (ariana + anaqi) pergi main kat luar.
kat dataran pahlawan megamall ada tempat main.. kat mahkota parade pun ada.
tapi tengok kat mahkota parade ada kidzoona.
let's ke kidzoona.
tapi pukul 10+ pagi macam tu, AAs dah ketiduran. lolx
kena la tunggu diorang bangun balik nak dekat tengah hari.
sebenarnya anaqi tak bangun pun, ai is usung dia masuk kereta.
by the time sampai sana nanti, bangunlah dia tu.

anaqi di supermarket. spot anaqi yang paling kecik dalam tu. haha



ariana played doctor-doctor.

ya dia memang suka main doctor-doctor.
kalau kat rumah tu, habis picagari ubat selsema anaqi menjadi mangsa.
dia buat-buat inject kitorang sana sini.
last-last hilang. haha


kereta pun banyak. tak de rebut-rebut ke apa. pilih je mana yang nak.

kitorang sebenarnya gi makan dulu.
lepas tu baru naik ke kidzoona.
saja biar budak-budak ni cukup tidur, perut kenyang.. baru seronok nak main.
orang lain pi main dulu kot.. lepas tu kelaparan.
so dalam pukul 1 macam tu ramai dah beredar nak pergi makan.
tu yang tempat main nampak tak ramai budak-budak.


anaqi main kinetic sand.



ariana suka buat bentuk-bentuk kat pasir.

husband kata pukul 2.30 petang ada macam sukaneka kat hotel.
so dalam pukul 2.00 macam tu kitorang pun balik.
tak join sukan pun, bawak budak-budak ni main swimming pool.
sebab sukaneka tu buat kat area pool.
sini tak de pool budak-budak kecik.
ada yang tinggi 1.4 meter je dari hujung ke hujung.
so berbekalkan pelampung, kitoranglah ibu bapa ni yang bawak AAs ke hulu ke hilir dalam pool tu.

kemain seronok dapat swim. air sejuklah tapi :D

malamnya pulak ada dinner.. tema sedondon.
so kitorang satu family pakai baju kotak-kotak.
ada la makan-makan, bagi hadiah, majlis perpisahan, cabutan bertuah, tukar hadiah, karaoke dll.


snap dulu gambar dua beradik ni pakai sedondon.



our little family.


ahad tu dah check out.
tak menyinggah zoo ke mana, sebab AAs tidur dalam kereta.
penatlah pulak nak jalan kan.
so sampai putrajaya around noon..
unpacking beg dan terus basuh baju.
sy mmg tak suka tunggu lama-lama, memang nak kemas aje beg tu, tak boleh tengok terbongkang depan pintu rumah haha
basuh baju budak-budak dulu, sebab ada selimut anaqi nak kena dibawak ke taska minggu ni.
so biar yang tu kering dulu.
then keluar alamanda dengan ariana.. makan and beli barang.
husband recharge energy kat rumah lepas penat memandu. anaqi pun kat rumah.
balik dari alamanda, petang tu sambung basuh baju mama and babah pulak.

percutian yang pendek, tapi seronoklah.
ni nak tunggu redeem ada 2 baucer hotel beli haritu.
tunggu la weekend mana-mana pulak.
tunggu lepas hari wilayah dulu.
haha

kbai!

Friday, January 20, 2017

phone

hey hey!

am taking a day off today.. will be going somewhere *will update about it later*

semalam pi beli phone baru *mengimbau kejadian note5 yang dah kong. uhuk*
love my old phone; i do.
sebab sy suka lukis-lukis and note5 ada s-pen :D
tapi move on lah, this time i bought an s7 edge.. let's see how it rolls.
have issue dengan tempered glass dia, macam susah nak tekan at some point.
tak tau la glass tu tebal sangat ke, tak pasang kemas ke atau macam mana.
tapi nanti nak tukar glass lain la kot.
cover belakang pun too thick, i may consider to change it to a new one :D
nak ikutkan, sy tak suka pakai cover telefon.
biarlah dia bare macam tu je.
tapi the phone needs 'protection', especially daripada orang yang ganas dan suka buat jatuh telefon macam sy ni.. fuahaha. T_T *mintak simpang la jatuh lagi hoii*

bought the gold platinum one.

balik daripada beli phone tu, singgah masuk kedai 'switch' (kedai apple yang namanya 'switch').
mengkagum-kagum tengok imac, macbook, iphone dan seangkatan dengannya.
kagum tengok harganya jugak.. :D
with the iphone's price, i may prolly buy a 60" tv instead.. idk. heheh
tapi tak adil la nak compare macam tu kan.
kalau nak beli, you just beli.
i'm sure if i have so much money; like a mountain much, or a galaxy much,
i will splurge it on tech stuff like those.
handbags, shoes, make-ups tolak tepi. haha

oh sebelum menutup kata,
semalam i had been a temporary 'datuk'. hahaha
literally got a bintang darjah kebesaran; pinned on the no. 1 uniform that i wore.
hahahh nahh, sebenarnya ai is jadi model contoh pemakaian pingat.
so merasalah kau pakai selempang dengan bintang P.M.W. lolx (it's panglima mahkota wilayah from the acronym)
apa tandanya tu?
tu tandanya tak lama lagi ofis nak sambut federal territory day dan bertungkus-lumuslah office peeps semua untuk menjayakannya.
let make this happen.

Sunday, January 15, 2017

our (play) weekend

weekend was awesome.

sabtu balik shah alam sat.

ahad (today) bawak ariana bariana main zoomov kat ioi city mall.
rm20 untuk 3 rides. (rm10 1 ride. tapi rugi la, baik ambik yang rm20.. wihihi).


kitorang berdua je.
anaqi dengan babahnya kat rumah.
so lepas main panda tu, jalan ke toys r us shopping mopping *i laf toys r us! woots!*
then tapau kfc untuk babah.
kat kfc noon tadi ada kejadian customer macam nak pitam kot, depan kaunter.
the kfc staffs were really nice,
ambikkan kerusi dan suh duduk dulu. bagi air.
even customer kat line sebelah pun tolong dudukkan dan tolong belikan makanan untuk girl tu.
such a nice view of kindness within people.
ramai orang baik-baik kat dunia ni, tahu. :)

balik tu ariana dah penat main, tertidur dalam kereta lepas makan cheesyball.
mendukung la naik rumah.. wahh i'm a hercules now :DDD
mind you ariana is 14kg, and i was carrying plastic bags and the kfc food too.

balik rumah tu buat nasi goreng banyak sayur untuk diri sendiri.
lepas solat & makan, ketiduran kepenatan around 4pm kot. *jangan contohi tidur time ni. haha*
then husband brought the kids to the playground while i was sleeping.
bangun-bangun, mandikan budak-budak, siap-siap semua pi alamanda.
sebab husband dari sabtu lagi nak makan kat black canyon.
fyi kami ada this particular menu kalau ke sana.
so beliau nak makan menu tu lah. hahaha.
mengidam ke teringin ke apa tu tak tau lah :P





nampak tu rumah mainan tu.
ai beli untuk anaqi ye.. sempena hadiah birthday yang belated.
tapi kakaknya pulak yang over main.. haha.
padahal kat toys r us dah beli barang sendiri tu..
she wanted a helicopter dengan bubbles dalam tube panjang tu.. untuk buat giant bubbles.
so i bought anaqi the house dengan penyapu (brand just like home).
just like home ni mainan dia macam apa yang parents buat kat rumah la..
macam pinggan mangkuk, makanan, iron, penyapu semua tu la.
nampak real la.
since anaqi suka kacau penyapu ai *bahaha* ai belikan la dia penyapu mini tu.
seems like he's more interested in the broom than the house.
dia dok usung penyapu tu ke hulu ke hilir.
then ariana pulak yang take over main the house. haha sabar aje la :P

lepas tu solat maghrib kat alamanda je lah sebab tak sempat nak sampai rumah lagi.
then the kids main kereta mainan kat alamanda.
duit syiling dah siap-siap bawak bekalan. lolx

sama-sama naik kereta.

so tu je lah cerita weekend ni.
can't wait for next weekend pulak. haha

hoh kami memang suka weekend. siapa tidak? ;)

cheers!

INAYAH aku ingin pulang - review


salam & hi hi!

most recently, sy baca sebuah novel horror (seram) yang bertajuk 'INAYAH aku ingin pulang'.
terasa nak buat review sebab pada sy, novel ni agak menarik *untuk dibaca dan untuk direview. ahah*

SINOPSIS DI BELAKANG:
setelah tinggal lama di new york, muhammad dan aisya memutuskan untuk berpindah balik ke malaysia dan memulakan hidup baharu. mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.

"i don't like this house. it's scary. penny hates this house. right, penny?" - adam

muhammad dan aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan. rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi.

"papa! you dah dah melampau! you just refuse to see it." - aisya

"see what?" - muhammad

"something is wrong with your son!" - aisya

campur tangan daripada suraya, ibu kepada muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk 'memagar' rumah anaknya itu. namun, perkara itu mendapat tentangan daripada aisya yang hanya percayakan Allah dengan apa yang telah berlaku.

"dia tengah pagar rumah kamu ni. biar tak masuk hantu. biar keselamatan kamu sekeluarga terjamin." - suraya

"ini semua khurafat, mak. tak boleh ni." - aisya

apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? berjayakah muhammad dan aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri? adakah sebenarnya mereka sudah terlambat?

"siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-mu, Allah Ar Rahman. pulanglah kami pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! pulanglah kamu pada tanahmu, Allahuakbar!" - imam ali


sinopsis?
the synopsis itself telah menarik minat sy untuk membeli dan membaca buku ni.
daripada sinopsis, kita dah dapat tau secara ringkas, ini kisah family moves to a haunted house; and get haunted.
tapi apa yang berlaku di dalam rumah, tiada di dalam sinopsis.. menyebabkan kita tertanya-tanya dan nak tau lebih lanjut.

cover buku?
manakala cover buku adalah awesome, eerie feeling dengan grafik rumah tinggal nampaknya.
walaupun grafik tu tak compliment fizikal asal rumah dalam novel, iaitu rumah teres corner lot (yang kat cover novel tu macam rumah banglo sebuah),
tapi masih menarik dan ada mood cerita seram tu.
pokok pun ada dalam tu (pokok ni objek penting jugak dalam cerita ni.. iaitu pokok tunjuk langit)

so how was it?
inayah AIP tak membosankan langsung, dari mula bab, sampai akhir.
setiap kali tu ada je kejadian-kejadian berlaku; either gangguan kat dalam rumah tu, konflik aisya dengan suraya the MIL yang percaya benda-benda tahyul, konflik aisya dan muhammad the husband yang tak percayakan aisya bila aisya ceritakan pasal benda pelik yang berlaku dalam rumah, kisah jiran-jiran yang sedikit sebanyak terlibat sama, sampailah ke kisah inayah, the so-called watak perempuan berbaju kebaya putih dalam novel ni.

bila sy baca novel ni, adalah jugak rasa macam gambaran some movie plots yang pernah sy tengok sebelum ni.
mostly plots daripada filem-filem seram inggeris.
but i enjoyed it much, sebab filem-filem macam the conjuring, insidious, sinister, amityville  etc kan best-best! (kisah keluarga dan rumah yang ada entiti. lebih kuranglah)
overall, thumbs up kepada penulis!
kisah yang menarik, thrill dan tak sabar nak habiskan bacaan sampai ke muka surat terakhir! :)


spoiler kepada yang nak tau cerita. *SPOILER ALERT!*
seperti dalam sinopsis,
kisahnya bila this muhammad family (muhammad, wife aisya, twins adam dan umar.. umur tadika) dari new york, balik ke malaysia.
diorang ni tinggal dengan suraya, ibu kepada muhammad.
lepas tu beli rumah corner lot ni yang dah lama tak diduduki.
rumah ni di lamannya ada sebatang pokok dengan buaian.. dekat dengan masjid.
rumahnya dekat aje dengan rumah suraya.
so from time to time, suraya suka datang bawak bomohlah, bawak air jampilah, macam-macam.
sebab dia fikir rumah tu ada something.
si aisya ni pulak tak percaya benda tahyul tu semua.
and dia dah lama berniat bila rumah dah dekat dengan masjid, nak bawak satu family pergi solat kat masjid.
tapi muhammad ni (kerja edit filem seram), asyik la dok sibuk and ignorant sikit bab-bab agama.
bila ajak ke masjid, dia akan kata nantilah, sibuk kerja dll.
so nak dijadikan cerita, adam menarik minat child ghost nama kuntum (yang dok main buai kat bawah pokok tu la).
adam ni juga ada imaginary friend nama penny.
so bila dah didampingi oleh kuntum, penny pun vanished la, or as in the novel said; 'killed' by adam.
lama-lama perangai adam berubah, sampai sanggup cederakan umar and all.
ibunya si aisya ni dah lama perasan perubahan adam, tapi muhammad langsung tak nak percaya.
tu yang aisya stress, pulak tu dengan hal suraya MIL dia yang asyik la dok menyibuk bawak bomoh la apa.
kat kejiranan ni ada watak nama jamal, dia duduk seberang jalan, depan rumah muhammad.
dia ni duda kematian anak isteri, dia boleh nampak entiti kat rumah muhammad tu.
tapi awal-awalnya dia tak cerita pun kat jirannya, sebab ingatkan nampak orang betul.
dia selalu nampak budak (kuntum) dengan perempuan baju kebaya putih tu la.
then ada imam ali ke namanya.. imam masjid di kejiranan tu.
12 tahun sebelum tu, dialah yang tolong bila ada kes gangguan kat rumah corner lot tu.
then si muhammad ni ada la few times terserempak dengan inayah, yang katanya jiran sebelah rumah.
tapi lepas-lepas tu baru dapat tau yang rumah sebelahnya dah 3 tahun tak de orang, sebab owner askar dah pindah jauh.
inayah ni la rupanya mak si kuntum, yang dok mengganggu kat rumah diorang.
gangguan demi gangguan la.
yang klimaks tu bila adam makin teruk, siap panjat atap la, bunuh kucing la, siap gali lubang nak kambus umar, kembar dia. time tu la imam ni datang tolong.
even muhammad pun koma sebelum tu sebab jatuh tangga lepas kena gangguan entiti.
sebelum koma tu muhammad dah sedar la, dan start nak solat semua.
suraya pun dah insaf lepas-lepas muhammad koma.
so imam datang tolong.
flashback kenapa jadi gangguan tu.
rupanya tahun 1940s dulu ada la inayah ni dengan 2 anak kembar dia; kuntum dan kembang.
husband ada, tapi lepas tu meninggal masa bertugas (askar kot).
inayah ni lawa la, ramai penduduk kampung suka kat dia.
so ada ketua kampung ni (lupa nama), jahat gile la, puja syaitan macam tu.
dia nakkan inayah. tapi inayah tolak baik-baik.
sebab tak boleh terima, tok ketua ni rape inayah, lepas tu bunuh inayah dan dua anaknya, then jadikan korban kepada syaitan yang dia puja tu.
inayah dengan kuntum dihumban dalam 1 lubang,
yang si kembang pulak lepas-lepas tu baru dibunuh la, tapi jasad dia elok lagi sampai ke zaman muhammad pindah rumah corner lot tu.
and rupanya selepas 12 tahun, gangguan kat rumah tu muncul kembali, mungkin la sebab si suraya tu jugak.. dia yang dok bawak masuk bomoh bagai tu.
imam tu cakap kalau syaitan ni diseru-seru dibagi 'makan', lagilah dia suka. dia muncul.
so may be tu salah satu sebab gangguan.
and satu lagi, rupanya suraya ni adalah cucu kepada tok ketua yang jahat tu.
tapi tak bersalah la kan sebab cucu cicit.. tapi tetap inayah tu dendam.
rupanya si inayah ni cari anak dia si kembang.
hujung-hujung cerita ni barulah jumpa balik jasad kembang dalam tanah kat rumah tu.
inayah tak sukalah orang lain hidup gembira atas tanah tempat dia mati katanya..
tu yang dia nak ambik adam dan bunuh umar tu.
tapi last-last ok la, imam dengan jamal tolong, and hilanglah gangguan tu semua.
in the end, muhammad jual rumah tu dan pindah rumah baru, dalam kawasan kejiranan tu jugak.
adam pun dah ok, dah sembuh.
tapi yang last sekali, diorang nak pindah tu, cari mana umar.
rupanya umar dok main buai kat laman rumah lama diorang.
lepas tu kuntum datang nak kawan dengan dia.
habis macam tu la.
maknanya si kuntum tu ada lagi menyebok. lolx

so that's how it goes.
kepada peminat cerita horror, thriller, bolehlah try baca novel ni.
insyaAllah best and worth money buy :D

ok till then!

Tuesday, January 10, 2017

tak nak baliklah pulak!

haha ye, betul tu.
mula-mula sehari dua masuk taska baru,
amboi sangat pagi-pagi tak nak masuk taska *arianalah tu*
siap berdiri depan taska tak nak masuk ye.
nasib baik orang tuamu *me!* ini dah siap punch card.

sekarang bila dah pergi taska,
time ambik balik tu tak nak balik pulak!
sy tabahhhhhhhh lahhhh. lolx
siap main dulu sana sini.
subahat dua orang ni; dua-dua pakat main tak nak balik.
kena pujuk kakaknya dulu, baru dua-dua boleh balik.
sebab si anaqi ni boleh didukung.
dah kalau ariana.. macam mana nak dukung?? haha

duo tak nak balik rumah.

dua-dua ni walaupun satu taska,
tapi kelas lain-lain.
anaqi kelas toddler 2 tahun, ariana 4 tahun.
walaupun dua-dua belum sampai lagi birthdaynya.. lama lagi.
so each one ada group whatsapp kelas.
from time to time ada lah cikgu-cikgunya *they call it 'auntie' there* update aktiviti anak-anak.
macam hari ni, aktiviti yang dibuat oleh anaqi menaqi:

kemain celup jari tu ye. bahaha



art attack! haila, lama tak tengok art attack. rindu la pulak.

ni pun baru dapat 'assignment' untuk dibuat kat rumah.. aktiviti parents and kid.
untuk kelas ariana pulak.. kena buat family tree.
guna bahan-bahan terbuang.
wani e sukalah benda-benda macam ni.. mah haha.
kena submit before 31 jan ni.
nantilah ai is cari idea kat pinterest ke cam ne.
kita buat artsy artsy sikit (kalau rajin). lolx

sekian sahaja.

a lost

kak s' (from the office) husband  has met his Creator this morning.
the office managed to get a coaster for everyone to visit.
melawat satu pemergian adalah menginsafkan.
it reminds us to always remember the One, and the hereafter.
innalillah, may Allah dwell him in jannah.
to kak s, stay strong.
i believe you'll find a strength in Allah at this period.


“…and be patient. indeed, Allah is with the patient.” (Qur’an Surah Anfal; 8:46)



Thursday, January 05, 2017

playtime with the kids

just my normal day on planet earth.
AAs' nursery update: ariana dah nampak seronok nak ke taska hari ni.
anaqi pulak just recovering from the fever.
bos ai dok cakap kalau demam ke apa boleh bawak ofis.
little did he know; office's too cold for babies.
tidaklah sy mahu membawa budak demam ke ofis. bertambah demam nanti. ahax
so after i took a one day break and took care of anaqi yesterday,
alhamdulillah hari ni sihat dah dia and pergi taska.
hence today, bawaklah diorang main kejap kat alamanda.
main kereta pusing and main playground kat tepi parkson tu.


ewah kemain lambai. lolx



clueless expression from anaqi. haha. rela lagi dia main petik suis kat rumah agaknya :D

yep, anaqi suka petik suis.
entah dapat di mana kegemaran tu. but doing it just amuses him.

ingat nak bawak diorang naik train, tapi tempat main train tu dah tutup.
nampak macam nak bina marry-go-round kat situ.

work is piling up towards february,
so tak nak cerita pasal kerja.
cause nothing's hype to be told about.
think my work motivation is degrading idk.
i just work to live. that's it. sad truth. lolx

good thing i have other best things other than work that i enjoy much;
so that would be good enough for me. :D

new phone?
masih tak tau nak beli apa.
i was 'busy' watching youtube unboxing and reviewing of:
a) iphone 7s;
b) google pixel; and
c) samsung galaxy s7/edge

mungkin sy perlukan smartphone yang kalis air, sebab phone lama sy rosak dulu pun disebabkan oleh kena air.. yah haha *menangis di sudut hati. aiceh*

tunggulah ada duit yang mencukupi nanti.
sementara tu cuci mata tengok youtube je lah. hahaha

jumpa lagi nanti. tatahh!

Monday, January 02, 2017

my monday night

i seldom (or never? i forgot) take a snapshot from my webcam.

and here i am on my webcam.. woots!

while waiting for isyak and downloading app from my temporary phone.. that takes a while. ackt i need a new phone!

seriously, i need a new phone (tak tau dah berapa juta kali sy chanting benda ni dalam kepala. hahaha)
may be i'm not used of having a superslow phone, as i myself, want everything to move fast.
i type fast, i click fast. so when i'm using a slower gadget, i will feel really anxious just to wait for stuff to load *and it's killing me! ikh*
and as i said in previous entry, kualiti gambar phone sementara sy ni adalah sangat meragukan. lolx
because first thing i need in a phone; is a decent quality pictures.
tapi tak apalah.
buat sementara, jamu mata dengan gambar makanan yang sy snap guna temporary phone ini. :D


terengganu's keropok that i bought the other day and goreng di rumah bersama-sama dengan keropok keping. they also provided the sauce. yums!



the view of my pot tonight. just cooking kerutub ayam kampung.



juga telah goreng ikan. sy heart ikan goreng! ahax.



kerutub yang telah dikeringkan. basically i put aside the potatoes sebab dah terlebih masak. then masukkan balik dalam periuk after the kerutub was dryin'.


 have a pleasent evening, everyone!

the second of '17

hey hey!

wah tak sangka percutian 10 hariku akan tamat hari ni :P
tomorrow will be the first working day of this new year.
apa yang pasti, ofis akan sibuk sampai bulan februari sebab depa-depa nak prepare untuk sambutan hari wilayah.

hari ni tak ke mana sangatpun.
awal pagi around 10 went to alamanda for breakkie.
orang pun tak ramai lagi, bahagia je jalan. hahah
lepas tu beli barang rumah dll.

putrajaya was rainy today.
sekarang masa taip ni, hujan dah berhenti.
tapi bunyi air di atas jalan yang dilalui oleh bas dan kereta masih dapat dengar dari sini *wow betapa detail bunyi itu! :D*
internet jugak agak menyakitkan hati time-time hujan sebab selalunya slow mo.
phone pun dipakai secara minimum sebab dengan kelajuan seperti siput babi, tidaklah dapat sy buat apa-apa melainkan baca message dan taip message. huaa
balik dari alamanda, panaskan bubur untuk anaqi and goreng ayam sos tiram untuk ariana.
dua-dua selera makan, so should be okay for me.
sy tak makan lagi, mungkin skip lunch dan makan malam terus, menunggukan ayam beku dinyahbeku :D
sementara tu tumpang makan maggi noodles yang husband masak dengan udang harimau yang dia beli kat AEON big tadi.
i bought ariana a microwave oven (toy) today at toys r us.
seronok dia main tak berhenti.
harapnya dia dah tak sibuk nak pusing-pusing ai punya oven timer kat dapur. hahaha

sekarang enjoy watching streaming movies at 123movies.
tapi tengah-tengah hujan, memang tabah je la.
lately i watched few of quentin tarantino's movies;
like the hateful eight, inglourious basterds AND rewatch django unchained.
cerita-cerita QT memang the best kot. not your typical ones.

so itu je lah nak cerita hari ni.
nak solat asar then masak kerutub ayam kot.
sorry, as said, gambar tak ada sebab phone ai rosak, now pakai phone sementara yang kualiti gambarnya adalah sangat meragukan. bahaha

kbai!

Sunday, January 01, 2017

y2k17


happy new year 2017!

alhamdulillah, 2016 had been a good year for me.
most importantly, i'm still standing happy and healthy; two of those things i should be thankful for ^^

mungkin photos tak akan muncul kat blog ni sampailah sy beli phone baru yang decent kot.. hahaha.
so that would be my first aim for 2017; buying an awesome new phone!
anddd don't expect me to have resolutions like ingin kurus, ingin diet etc.
i'm not into that kind of resolutions.
i always bumped into other's dietary resolutions and end up at the end of the year, most of them said they failed to pursue it. so if you put up a resolution on your wall, make sure you are dedicated about it ;)

me? i just wish to live a good life, and become a good person.
that's all.
and my all time motto; live a comfy life.


have a terrific new year!