Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Tuesday, April 26, 2016

tantalizing tuesday

sleeping with the sun on.

haha gambar atas tu budak berdua tu je tidur betul.
wani e tidur tak betul. :P

helo helo!
macam biasa, entry jimat tenaga.
semua cerita gedebuk satu entry.
bertabahlah pembaca sekelian. haha

anaqi sekarang ni ada 'selsema' dalam telinga kiri.
bagaimana itu possible?? lolx
sebenarnya mucus/hingus dalam telinga.
pelik pun ya, macam mana boleh sampai ke situ hingusnya.
dah check doktor, doktor kata tak de lubang kat gegendang, itu bukan nanah. itu hingus.
demam pun tidak.
so for the meantime kita bagi dia ubat selsema & batuk.
(ada baca google. prolly ada kaitan dengan dalaman telinga yang belum mature pembentukannya).


grandpa anaqi terkekek ikan kekek mak iloi iloi. haha!

ada satu hari tu husband ajak makan kat ana ikan bakar petai.
tak silap, last friday.
kedai ni kat bangi.. dekat-dekat area bangi gateway.
first time makan kat sana.
pilih ikan gruk gruk.
memang sedap lah kat sana. tempat pun besar.
order kejap je sampai walaupun ramai orang.
ada kemudahan surau semua.
siap orang berjemaah maghrib lagi kat situ.
playground kecik pun ada.
jenuh nak panggil ariana balik, dok seronok main kat playground :P

lauk simple dan sedap. semua sekali dengan air RM60+.



ikan gruk gruk. ikan laut ni. sedap! sambal dia sedap. balut pulak dengan daun pisang.. fuh!


baru-baru ni ariana menyibukkan diri time sy lipat baju.
agaknya tengok kita ni melipat, dia pun eager nak try.
dia lipat gulung-gulung je.
so sy ajar cara yang betul.
with instruction, dapatlah dia lipat dengan semenggah sikit. HAHA
nah ni dia.

tiga baju tu dia lipat sendiri. kudos, ariana! achievement unlocked.



anaqi hensem tak terperi, rambut sikat tepi. ahaha

weekend lepas kitorang balik shah alam.
hantar air kangen kat abah.
lepas tu nak pergi jakel beli kain buat baju raya.
lepas tu nak pergi baby expo.
banyak plan nya lahai. lolx

suasana atuk nenek ariana anaqi.

so menyelit time kejap pergi baby expo kat SACC.
husband jaga budak-budak kat rumah.
mencari valve (spare part), puting botol avent, nursing pad, ziplock bags dan bekas simpan makanan sebab tak lama lagi anaqi dah nak start makan. nak membekal kat taska. haha
serius kalau kat baby expo semua ni lagi murah daripada kat kedai.
bayangkan puting botol tu harga kat luar 31.90 tak silap.. kat expo boleh dapat 21 atau 22 ringgit.


 sambil-sambil tu bila nampak item lain yang menarik hati, terbeli lah jugak. HAHA


extra beli kipas untuk stroller, topi untuk anaqi sebab sekarang musim panas, brownies laktasi (baru nak cuba).. ada la towel RM17 untuk ganti towel taska ariana yang dah season.
tapi kalau korang nak beli baju murah kat expo, tengok-tengoklah dulu.
baju super murah RM5, RM10 made in china memang ada.
tapi kain dia tak best.
kalau tak kisah apa anakmu nak pakai yang penting murah, belilah.
kalau tak, better beli yang berkualiti sikit.
RM10-20 boleh dapat baju decent kot kat aeon jusco.
tapi pilihan masing-masing. budak pun cepat je membesar.


anaqi donned his new cap. aicewah macam ayat butik tudung instagram pulak. ikiki

yang seronoknya balik shah alam is dapat makan masakan mama.
hahaha wani ni dasar anak manja bertahun-tahun :DDD




sedapnyaaaa daging kicap kering dengan kentang!!! macam tak cukup je nak lagiiiiii.

another one thing yang ariana suka ikut adalah solat.
solat gaya dia la.
solat yang kalau kita solat tu,
dia masuk dalam telekung.
tapi kalau kita rukuk, dia rukuk la dalam telekung tu.
kita sujud, dia sujud.
sabar je la khusyuk solat ke laut T_T. haha

so hari tu kat shah alam dia sibuk nak ikut neneknya solat.
nenek pun bentang sejadah untuk ariana & siap bagi pakai telekung besar ya amat :'DDD
kelakar la pulak tengok budak ni, beria macam orang besar solat.
tapi baguslah kan.
nantilah mama carikan telekung kecik dengan sejadah kecik satu.




ariana in her gigantic telekung. teehee.









siap duduk antara dua sujud ha. haha.

pulang ke putrajaya dibekalkan gulai ayam kampung my mom. fuahaha
dua hari makan gulai ayam. heaven~



sekian. jumpa lagi.

1 comments:

kaizenDaGreat says:
at: April 27, 2016 at 8:42 PM said...

ingat dulu masa datang rumah kau ariana hulur baju dia suruh lipatkan... beriyalah makcik ni tolong lipat, susun elok2... lantas dia tarik balik baju2 tu hulur mintak lipat macam tadi... ritual ini berlaku sehingga lima kali... hahahaha

untung ariana ada aunty yang tabah macam ai... hehehe