Thursday, May 28, 2015

visiting the dentist

dari malam selasa sakit gigi yang super duper sakit punya.
sebenarnya sebelum tu lagi dah sakit.
isnin pergi jumpa doktor gigi.
my gigi berserpih punya la banyak, it became a huge hole.
(alkisahnya gigi geraham dok berjiran seblah gigi bongsu yang positionnya condong - or doc call it gigi tidur. may be gigi bongsu tu tolak gigi geraham or the position made it hard for the toothbrush to reach there, jadi gigi geraham tu tak kuat la jadinya BOO HOO. tu la dulu sayang sangat nak buang gigi bongsu tidur tu :P)

so doc tampal sementara. tapi few minutes lepas balik dari klinik, tampalan tu tertanggal haha.
akibatnya sakit balik.
so semalam rabu pagi pergi klinik balik.
jumpa doc lain. tampal sementara lagi.
dia cakap nanti buat appointment lebih kurang in a month.
nak cabut akar-akar yang dah nak meninggal. kihkih
and kena buat rawatan akar yadayada ai pun tak faham.
but basically my tooth is in a very bad condition D':

so sementara tu makan bubur and makanan yang lembut je la.
sampai sakit ni kurang (or i hope hilang in few days).
and dapat kunyah sebelah gigi je. waaaaaa.

sakit gigi.
the sakit-est ever.

Saturday, May 23, 2015

hari sabtu (apakah tajuk!!)

happy saturday, peeps!

ingat nak terus buat entry sambungan jalan-jalan melaka hari tu.
tapi pagi-pagi ni kelaparan like i can eat a dinosaur.. haha.
jadi tak de mood nak buat entry makan *sebab tengah lapar?? LOL*
tengah tunggu husband belikan mee goreng mamak kat luar. *grin*
ye hari kemalasan macam ni dengan tak de bahan2nya baiklah kita tapau luar je.

for this random entry, ada tiga photos je.

ariana's hand and her hello kitty's balloon sticker.
hahahh dia buat macam belon betul, siap terbangkan di udara!
*todds and their crazy imagination*
sekarang musim dia main sticker dan conteng dinding.
(habis dinding kuarters, woi!)
so layankan je la. :'D


hobi naik kereta tetap diteruskan.
memang untung la orang yang letak mesin-mesin kereta kat shopping malls ni.
manjang ada budak naik.
dia tau soft spot ibu bapa ni.
sekali datang naik 2-3 kali.
sekali naik, seringgit dua terbang. sebulan? setahun?
ni kat atas ni photo of ariana yang semenggah sikit la. biasanya rock2 je budak ni :PP



gambar tang bila ntah ni, korek-korek jumpa. but not too then la.

tu je entry random and gambar random untuk tatapan semua.
hahaha
tauuu sy mengabaikan blog ni dengan agak kerap sekarang ni.
btw that day sy merata cari buku 'the lost world', and i found it online.
and i bought it!! xD *macam satu kejayaan abadi. over. GAHAHA*
buku second hand la tapi, but it looks and feels like brand new!
thanks pada yang jual. seller pun baik bangatt.
now memang mood baca buku thriller or adventure je, tak tau kenapa.
back macam zaman sekolah-sekolah dulu kot.
banyak baca buku macam ni. lolx

kthen.
nak tunggu mee goreng mamak ai tiba. bahaha
husband's so sweet~ :'DDD

Sunday, May 17, 2015

makan di melaka : restoran ala... kasim ikan bakar

hahaa maafkan hamba kerana baru sempat nak update kisah di melaka berkurun-kurun yang sudah :P

sebab ceritanya panjang, so kita bahagi-bahagikan ikut entry.
on the first day tu kitorang dinner kat restoran ala...kasim ikan bakar, medan ikan bakar alai, melaka.
ni first time sy datang sini.
sebab biasanya kalau pergi melaka mesti dijamu kat parameswara ikan bakar.
alai ni kira dekat sikit dengan bandar melaka.

sampai-sampai memang penuh la.
nasib baik ada meja.
tu pun nak tunggu diorang kemas dulu.


sorry gambar blur. sy snap sambil berjalan. ahaha


sampai-sampai tu, dah dapat seat, terus ke tempat seafood untuk pilih bahan-bahan yang nak dimakan.
kita pilih and bitau nak dimasak macam mana.
ikan pun boleh masak two ways gitu. lolx
diorang boleh belah 2 and masak 2 cara ikut yang customer nak.
contohnya if sebelah nak bakar, sebelah lagi nak masak 3 rasa. itu dibolehkan.


ramai orang pilih seafood hoiii



menu and harga.



tu mama dan harith tengah pilih seafood. harith memang banyak pilih udang je la dia. haha



udang dia memang besar. tapi kerang kecik la pulak. so tak ambik kerang.



ikan ada beberapa jenis untuk dipilih dan dimasak. ada siakap, kerapu, senangin, kembong, cencaru, terubuk, pari, jenahak. sy biasanya suka kerapu or senangin.



adik ni ambikkan order.. dia tengah tanya nak masak macam mana.



ariana forever menempek dekat uncle dia. haha






mana kao belajar buat duck face tu hah, ariana?? LOL



abah dan harith.



husband dan sy.



harith dan mama.



keramaian di restoran ala... kasim ikan bakar.



otak-otak and jelly kelapa pun ada. nampak tu, pencicah kicap sampai dulu! haha



sambil tunggu makanan sampai, neneknya melayan ariana tengok photos and videos.

memang lama la jugak menunggu.
may be sebab ramai orang kan.
ada la setengah jam lebih lebih macam tu.


nasi lemak pun ada. kat sini nasi lemak dia bersaiz super kecik.

saiznya kecik and dalam tu ada nasi je. sambal tak de.
untuk dimakan nanti dengan lauk-pauk yang diorder tadi.

photo di bawah ni menunjukkan perbandingan tangan sy dengan nasi lemak..
nak menunjukkan betapa keciknya paket nasi lemak itu.
comel kan? hihi.




then tidak berapa lama (lama?) kemudian, muncullah makanan kitorang semua.
hahahahhahaha gelak kegembiraan makanan dah sampai.


mula-mula sampai sotong goreng tepung. not bad la. tapi sy tak makan banyak. ai is allergic seafood. lolx



udang bakar besarnya hoihh. yang ni harith punya. yang lain pun tumpang makan sama :D



sampailah ikan kerapu sebelah dibakar, satu lagi ikan kembong untuk ariana.



sebelah lagi ikan kerapu masak tiga rasa. sy tak berapa favour rasa masak tiga rasa dia. tak tau la orang lain. better next time order bakar je la. lolx



ikan kerapu sebelah yang dibakar tadi kita request letak sambal dia, tapi budak tu lupa nak letak. so hantar balik pinggan and he's back dengan ikan bakar bersambal. haha


untuk makanan kat restoran ala... kasim ni, sy bagi tiga sudu! haha.
korang kalau nak try bolehlah ke sini.

Medan Ikan Bakar Alai, Malacca, Melaka, Malaysia



celebrating mother's day sambil bergrill lolx

hello, sunday!

haaa akhirnya dapat jugak menyentuh keyboard kat rumah ni tatkala orang lain tengah tidur.
hahahaha *gelak achievement*

10 mei hari tu mother's day kan.
so i thought, let's celebrate it with hj hassan's ultimate tradition; i.e MAKAN-MAKAN!!

may be la ada yang cakap, hoi mother's day ni hari-hari ok bukan sehari je.
hari-hari kena sayang yadayada.
jyeah of course hari-hari kena sayang.
tapi ai bukannya jumpa mama ai hari-hari.
jadi tang ada satu hari yang awesome ini la kita keluar beramai-ramai dan meraikan mak kita. ngertik? :P
tak de kait-mengait perayaan barat ke apa. tak ada.
just nak raikan mak kita. :)

so awal-awal dah pakat tanya berapa orang nak join.
then kita book meja sehari sebelum.
tu pun katanya meja kat dalam (aircond) semua dah penuh.
yang ada kat luar je.
ok la luar pun tak pe. kami rela bermandi peluh. kahaha


husband and my dad. penuh ok hari tu.

memang penuh time peak hour pukul 8-10pm. lepas tu dah reda dah.
masalahnya kitorang datang time peak hour.
merasalah beratur nak ambik bahan-bahan buat mensteamboat dan menggrill. haha

and sebab penuh jugak, staff diorang sibuk sangat.
kitorang book meja 2 buah pun tak de nya diorang tanda meja.
dia bagi je mana meja yang ada.
sabarkan je la. lolx


faliq and fiancĂ©e, ain.

kitorang book 2 meja berdasarkan pengalaman lalu.
tempat grill dia kecik je.
so kalau cramp 6-7 orang satu griller memang lambat.
sorang dah nak grill macam-macam, dengan udang ayam ketamnya. mana nak muat.
jadinya ingat nak ambik 2 meja = 2 grillers.
pastu cantumkan je meja sebelah menyebelah.
tapi sebab ramai orang and meja limited,
dapatlah satu meja kat bawah satu meja kat atas.
tapi dekat lah jugak.


harith yang paling bahagia dapat makan. lolx



tengok tu, penuh grillernya! untuk steamboat pulak kita ambik kuah tomyam. pedasss.



ariana and i. popcorn tu abaikan. tangan sy tu tengah nak selfshot. haha



mi familia.



meja bawah diduduki oleh anak-anak muda saja. kitorang ni dah oldies. HAHAHAH



tengok harith tu punya concentrate makan tak pandang mana dah.



ariana bariana and her babah.

sy memang tak larat nak mengangkat ariana lama-lama.
sebab berat. haha
biasanya kalau makan ke dukung ke memang bagi kat husband.
kadang sy angkat jugak tapi kejap je la.
you gelow so fast ma, bariana. lolx


happy mother's day, mama!!

hahaa nak cerita pasal mother's day ni..
sy biasanya apa-apa celebration dalam family,
dari dulu lagi memang suka belikan hadiah.
so tahun ni macam tak tau nak beli apa.
kita belikan mama bantal kepala. HAHA
tapi bantal yang best tu la yang premium tu.
sampai-sampai rumah hangkut bantal bereben,
mama cakap "ha baru keluar radio hari tu cakap antara barang yang jangan dibelikan masa hari ibu..bantal!"
hahahaha.
but bantal is good whattt. for a good night sleep gitu.
nak bagi mak-mak kita rest selepas penat seharian bekerja. lolx

husband tak bagi apa, dia wishkan aje *nasib baik ekau wish! haha*
husband pulak memang jenis dalam family dia tak de belikan hadiah-hadiah ni.
tapi baru semalam dia tanya nak hadiah apa untuk birthday.
nantilah akan kufikirkan. ps4 boleh? hahah.


abah yang makan sampai kenyang tapi habis makan paling awal.



maafkan muka belengas kitorang. diselubungi asap, macam tu la :P



harith yang sedang beratur di stesen kambing golek.



husband pun beratur ambikkan kambing untuk sy rasa.

tang harith ambik kambing tu, dah nak habis.
so dia dapat daging kambing yang memang betul ada char mark semua sedap la kan.
lepas tu dia bawak masuk kambing baru.
tak masak betul orang lain dah beratur panjang.
so by the time husband ambik, dapat kambing yang raw ok. merahnyaaaa.
memang kena grill balik la atas griller baru dapat makan.
sy suka yang ada char mark tu. baru best makan.


"bang, kambing sepiring, bang!" kata si baju hitam. haha

then lepas tu balik.
sampai rumah mandi lah masing-masing sebab belengas.
pukul 11malam pun mandilah jugak tak kisahlah. haha

the end.

Saturday, May 09, 2015

going to zoo melaka

haha ni cerita time cuti labour day yang lepas sebenarnya.
alah time lebuhraya PLUS jem nak mamP tu.
berjam-jam nak pergi zoo melaka ni.
rasakan ko, keluar lagi time peak day. hahaaaaa huhuuu wuu T_T

ikut plan nak sampai sana pukul 10.30 pagi.
tapi tak adanya.
akibat jem (di lebuhraya dan jugak di R&R), kitorang sampai around 1pm.
hah berapa jam beza tu.
padahal waktu keluar rumah sama je dengan plan.
and kitorang even keluar sangat awal.
tapi lepas tu terpaksa patah balik tukar kereta, sebab tayar kereta yang first tu botak and satu lagi tayar macam bengkak.

tapi at last sampailah jugak kan.
hoahaha

spot the husband, tengah queue nak beli tiket.

pergi mana-mana pun, sila bawa mykad anda ye.
biasanya ada harga untuk citizen dan non-citizen.
kitorang bayar RM16 untuk dewasa, tapi my bro harith ada student card, so dia dapat half price.
ariana free je.
pergi zoo ni pun sebab nak bawak ariana tengok binatang-binatang di zoo.
sangat ilmiah lawatan ini.. hahahaa uhukk.


tengah tengok burung.



my bro, harith.



bird show. kemain suka.

time bird show tu kitorang duduk row depan sekali.
merasa la kena patuk dengan burung enggang time tu. hahah


tiga sekawan. eh.



empat sekawan. :P time ni tengah naik tram.

ye. naik tram pusing zoo.
tak larat nak jalan. plus dah petang.
kalau sampai pagi sempat la kot nak pusing satu zoo.
RM5 je seorang.
tunggu tram penuh, baru dia jalan.
so shoot gambar binatang semua from tram la.


oh, the giraffe!



helo, munyet comel!



tiger pun tengah tidurrr. zzz. petang-petang panas ni elok tidur aje. hihi


tram tu berhenti untuk elephant feeding.
bayar RM5 untuk makanan dia.
dapatlah roti, tebu, pisang.

lembut je belalai dia kalau dipegang.



bergambar kenangan dengan si gajah. hahah

habis pusing tu mencari la A&W, nak lunch.
sebab dalam website zoo macam terbaca ada A&W restaurant.
tapi TAK ADA PUNNNN.
kelaparan la kitorang.
terus gerak ke hotel untuk check in.
order in room service je la sebab lapar sangat.
hahahh.
ok yang tu sambung nanti la.
habis dah cerita zoo.

happy weekend, all!!!