bukan AEON big je,
tapi the whole alamanda (mall) sesak! :P
ni lah dilema kami yang tinggal di putrajaya *cewahh*
nak pergi beli barang rumah,
yang terdekat ada alamanda je.
dalam alamanda ada dua big market chains; AEON big dengan cold storage.
cold storage tu memang tak la,
harga berganda-ganda mahalnya (tapi ramai jugak orang membeli. orang kayaaa :D)
pilihan yang tinggal.. AEON big la.
so bila AEON big jadi pilihan kitorang,
tak mustahil (dah memang pun!) ia menjadi pilihan families lain kat putrajaya ni
yang dahagakan tempat membeli barang rumah. wah haha
(sebenarnya kalau tak mendesak, sy rela tunggu balik shah alam shopping kat tesco atau AEON big shah alam. lagi selesa. lolx)
so jumaat lepas me, husband, ariana pergi ke AEON big, alamanda.
jumaat lepas = 28hb.
28hb = hari lepas gaji = every 28th AEON big bagi diskaun 5% untuk setiap barang = SUPER RAMAI!! *insert icon muka terkejut sambil pegang pipi*
AEON big, alamanda ni kalau ramai orang,
sesak dia memang sesak sungguh.
sebab lorong-lorong dia agak kecil.
orang queue nak bayar sampai ke belakang, sampai ke rak-rak barang belakang sana.
if tesco, ramai macam mana pun, ruang queue dia luas.
and kaunter dia siap ada garisan.
diorang takkan biarkan customers queue panjang-panjang melebihi garisan.
(ecehh compare dengan tesco pulak :DD)
sambung.
lepas tu kitorang pun berhentikan troli kat tepi rak febreeze.
husband tengah fikir-fikir nak beli mana satu.
tiba-tiba lalu akak ni dengan family dia.
bawak troli jugak.
tiba-tiba lalu kat tepi kitorang, dia cakap kuat-kuat
"TAUFIQ, RAMLI, (ni nama anak-anak dia. sy tak ingat nama so sy letak je la taufiq dengan ramli ye. wah haha) .. KALAU KAT SINI JANGAN BERHENTI TENGAH-TENGAH JALAN, HALANG LALUAN ORANG."
wahh sentap kitorang.
walaupun mungkin la betul jujur ikhlas dia cakap kat anak-anak dia,
tapi vision kitorang kuat (hah jangan main-main, kitorang ada vision ok! lolx) mengatakan yang dia saja nak tujukan kat troli kitorang yang tak de pun halang laluan dia sebab dia sekeluarga boleh lalu dengan troli-troli dia sekali.
mungkin dia stress orang ramai.
mungkin dia stress tengok kitorang (as part of orang ramai).
entah. HAHA
being a civilized people, kitorang buat tak dengar je la
sambil sambung berbincang pasal febreeze.
tak lama lepas tu,
masih di lorong yang sama (ye kitorang masih melihat febreeze di situ :P),
lalu la troli family lain pulak.
tak pun diorang nak komplen troli kitorang kat tepi rak febreeze.
diorang lalu relax je.
tiba-tiba sampai di hujung lorong,
akak daripada family yang baru lalu ni tegur (bukan tegur kitorang)
"boleh tepi sikit tak?"
dia cakap boleh-tepi-sikit kat troli akak first yang bising-bising jangan halang laluan tadi!
WAH HAHAHAHAAAA
time tu sy dah gelak-gelak dalam hati.
padan muka kan, paku dulang sangat!
dia nasihat anak-anak dia jangan berhenti halang laluan orang,
dia sendiri melintangkan troli dia kat laluan keluar.
tah apa-apa ntah.
time tu la husband cakap kat sy,
"dia cakap tadi jangan halang laluan, dia sendiri yang buat." (lebih kurang camtu la)
kesimpulan and moral of the story;
kita semua kena bersabar time sesak dan orang ramai macam tu.
tolerate and jangan asyik nak blame orang je.
kan.
hahaha
hope you learn something from this, akak ;P
time husband beratur nak bayar kat bawah,
sy naiklah atas kejap nak beli hadiah untuk sedara yang baru melahirkan anak.
dah ambik dah hadiah tu..
tapi tak jadi beli mengenangkan queue panjang gile babun sampai melingkar-lingkar ke belakang!
AEON ni pun, dah tau 28hb orang ramai,
bukak kaunter 2 keping je.
dah tau rakyat putrajaya ni makin ramai dan ramai dan ramai kan.
so sy turun baliklah.
turun tu tengok husband masih beratur. lolx
maka beraturlah kami sehingga tiba di kaunter bayaran..
-CERITA TAMAT-
No comments:
Post a Comment