Monday, July 22, 2013

rendang ayam mak lang

helo delo!

ada ayam lebih dalam fridge.
maka let's buat rendang ayam.. woots!

rendang ayam ni ada macam-macam jenis.
kali ni kita buat rendang ayam mak lang.
namanya gitu sebab cara masak ala-ala mak lang sy kat nogori sombilan sano ha masak.
plus guna rempah yang mak lang kisar sendiri.
tapi of course la lain sebab air tangan beza-beza.
harus mak lang punya rendang yang lebih awesomeness kan. nama pun tokei. kehkeh

(rendang ni sy tak rasa lagi sebab nak buat berbuka kejap lagi)

ok nah bahan-bahan dan cara-cara nak buat rendang ayam mak lang.
sukatan dia sy agak-agak je. HAHA


ayam half ekor.



cili kering, bawang merah kecik, bawang putih.

bawang tu bila sy potong, ended up tengok gile banyak.
so kurangkan sikit.. bawang merah kecik lebih kurang 5 ulas, bawang putih 2 ulas.


serai 2 batang, halia, kunyit hidup (tak de dalam gambar, lupa nak letak time ni haha), rempah 4 beradik, asam keping, daun kunyit (optional).

mak lang tak letak pun daun kunyit rasanya.
sy sesaja tambah. lolx
daun ni ambik kat tepi rumah je.

rempah 4 beradik = kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih.


santan daripada 2 biji kelapa yang dicampur air (air separuh daripada santan).


CARA-CARANYA! ;)

1.hiris bawang merah & bawang putih. blend cili kering.



2. bahan-bahan macam serai, halia, kunyit hidup kita ketuk/tumbuk kasar macam gambar di bawah.

haa yang dalam plastik tu la rempah mak lang sy.
serius sy tak tau nisbah rempah ni.. tapi dalam rempah ni, mak lang kisar lada hitam + biji ketumbar.

kerisik adalah optional.
mak lang tak pakai. asalnya sy nak pakai, tapi ended up tak guna pun kerisik ni.
santan yang kita akan pakai nanti dah cukup untuk bagi effect serdak rendang *effect kata kau?! hahaha*



3. jangan lupa potong halus daun kunyit tadi.



4. rendang bermaksud kita campak semua bahan dalam kuali and biar dia masak slowly. lebih kurang macam tu la definitionnya haha

so first-first sekali, masukkan ayam, bawang-bawangness, cili kering yang dah diblend, serai, halia, kunyit, rempah mak lang 2 sudu besar ke dalam kuali. (api jangan lupa bukak!) :P

rempah ni korang boleh ganti dengan rempah lain macam rempah kari, rendang, gulai dan seumpamanya. nak kisar lada hitam&biji ketumbar macam rempah mak lang pun boleh.



5. ha masaklah kejap sampai ayam tu kecut, bak kata my mom. (my mom guide daripada handphone-sms cara nak masak sebab beliau tau resipi mak lang ni. thanks, ma!)

gaul jangan tak gaullll



gaul lagi sampai sebati gitu. kihkih


6. next, masukkan santan yang dicampur air tadi.

sebenarnya kalau masak rendang, lagi banyak santan lagi la sedap. lagi berlemak.
tapi hazab la nak menunggu kering kan. lolx

curr! *bunyi sound effect santan dicurahkan*

7. lepas masukkan santan, terus masukkan rempah 4 beradik.




8. nampak dah keluar buih-buih di lautan *erk*, jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

ada resipi rendang yang letak gula nesang (kabung), tapi resipi ni tak yah letak gula.



9. mix and stir well.



rendang ni kena rajin kacau.
melangut la tepi dapur tu tunggu kering. haha




nanti bila dah nampak macam nak kering, masukkan asam keping.


kacauuuuuuu.



kacau sampai kering.

di sinilah kegunaan kerisik (kalau korang nak guna),
iaitu bagi kuah rendang tu cepat pekat.
tapi sy tak pakai kerisik.
yet rendang tu memekat jugak la dengan portion santan yang banyak tadi.
dia secara auto akan jadi serdak rendang.. hohho horlicks.


10. dah kering tu, campaklah daun kunyit yang dah dihiris tadi.

ada orang masukkan daun limau purut pun ada. tapi resipi ini tak guna bendalah tu. so daun kunyit, off we go.




cangg!! dah siap dalam kuali!


rendang ayam mak lang, sedia untuk dihidang :)

ku berharap dan berdoa agar tidak terlalu masin.
main campak je tadi. nak rasa, tak boleh pulak bulan-bulan puasa ni.. kehkeh

ok lah tu je.

sesuai dimakan dengan nasi panas.

selamat mencuba dan selamat berbuka! :)

2 comments:

The Farhanah said...

Thanks for the recipe!
Eh kejap, so takde tumis2 ape lah ni sebab tak payah letak minyak and terus letak ayam kan?

wani ezryl * said...

sama2, farhanah! :) hoo xyh tumis minyak, terus je letak ayam. sbb nnti minyk drp santan tu akan keluar time msk nnti. selamat mencuba!