Saturday, July 27, 2013

resipi ikan kerisi masak pedas

heylooo!!

bertemu lagi kita dalam rancangan ketuk-ketuk dapur (edisi wani ezryl). kehkeh

so kali ni sy nak share resipi buatan sendiri, ikan kerisi masak pedas.
yang ni macam kat kedai punya.. yang style potong-potong tu.
macam masak tiga rasa, tapi yang ni ada cili api potong and tak de nenas.

dahlah cakap banyak tak guna.

mari kita mulakan!! hmp! *muka penuh keazaman tak boleh blah* :P


BAHAN-BAHANNYA :

1. ikan kerisi (siap garam & kunyit)

-kunyit ikan versi sy adalah bawang kecik+bawang putih tumbuk, campur serbuk kunyit dan garam.

ni sebab nak buat lauk berbuka puasa semalam, sy buat 2 ekor je untuk sy dan mama makan. abah sy tak makan nasi time berbuka. so skip untuk beliau :D


dua ekor ikan kerisi yang awesomely kunyitted. haha


ok jemput goreng dulu ikan kerisi tu dalam minyak yang panas ye.

(tak puas hati tengok rancangan masakan kat tv, ada yang minyak belum panas tapi dah start goreng. MASUK MINYAK DALAM MAKANAN TU NANTI TAU TAKKK)


ok gorengggggg.

lepas goreng ketepikan dulu.

now kepada bahan-bahan yang lain..


2. cili kering 1 biji, bawang merah kecik dalam 2 ulas, bawang putih 1 ulas, halia sikit. BLEND semua.

haa lepas blend jadi macam ni. :) yang ni sy blend lebih sebab nak simpan. haha


3. bahan potong-potong / daun, iaitu :

-sayur mayur.. kacang boncis (patutnya kacang panjang, tapi yang ni je ada dalam fridge HAHA), kobis bunga, carrot merah. potong ikut citarasa.

-tomato setengah biji. potong 2. cukuplah 1 untuk sy, 1 untuk mama. lolx

-serai sebatang hiris halus (nampak gelap dalam gambar, sebelah tomato tu)

-cili padi 11 biji, hiris jugak (sebelah serai. barangsiapa tak nampak, dia suka rosnah mat aris sepenuh hati. HAHA)

-bawang besar setengah biji, potong dadu

-daun limau purut


bahan-bahan yang dah siap dipotong.


4. sos-sos :

-sos tiram
-sos tomato
-sos cili
-sos ikan
-kicap manis

tadaa! sos. *doink, wani* T_T

ok now mari kita mula masak! xD

CARA-CARA MEMASAK SOS IKAN KERISI MASAK PEDAS :


ok ni ikan kerisi 2 ekor yang kita dah goreng garing tadi.

sorilah seekor tu tak ada kepala *ngeri sangat!* sebab tukang siang ikan kat kedai terrrpotong kepala ikan, sebab excited sangat menyiang. hahaha. tapi tak kisahlah sebab dia siang memang bersih. sy balik rumah tinggal basuh je.


mula-mula ambik sikit minyak daripada gorengan ikan tadi untuk menumis sos/gravy dia.

tumis bahan yang dah diblend tadi.
not too much, nanti jadi ikan masak merah pulak. haha

agak-agak dalam 2 sudu besar.

cuurrr! bunyi sizzle kuali.

nampak macam dah garing sikit tu, masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
kacau sampai kekuningan.

bawang besar dipotong dadu.. masuk!!


seterusnya jangan malu jangan segan,
masukkan serai, cili padi dan daun limau purut.
memang bau dia wangi mengundang kelaparan dah time ni.


kacau.


masukkan sikit air.
saya masukkan ni dalam segelas kecil,
cukuplah sos untuk 2 orang makan.




then masukkan sos-sos tadi semua.
semua dalam sesudu besar.
kecuali sos ikan, masuk ikut sesedap rasa.
kicap manis sy letak lebih sebab sy suka style masak pedas sosnya kaler hitam-hitam coklat sikit (instead of warna oren dan rasa too saucy macam makan sos bulat-bulat daripada botol. hoh tidak) :P

(garam jangan lupa letak)

garam jangan banyak sangat, sebab dah ada sos-sos semua and sos ikan untuk memperisakan gravy kita ni.

sauce time!! xD


next, masukkan sayur-syur yang telah dipotong dan kacau sehingga masak dengan api besar.

sayur kena pakai api besar, kalau tak, hilang nutrien. *cooking veggies 101*

ikut la korang nak sayur lembut sangat ke atau rangup.
kalau nak lembut, masak la lama sikit. depends on gigi masing-masing yang nak menggigit, ye. haha

oh ye. last skali masukkan tomato.

sy masukkan tomato last sekali sebab nak makan tomato segar.

ok dah siap! boleh la hidang di dalam pinggan.
tuang semua sos tadi ke atas ikan kerisi.


transfer ke pinggan.


ni la rupa bentuk ikan kerisi masak pedas kita :
kenyang lama makan ni. sebab banyak sayur.. haha


nak tambah best lagi, makan dengan sayur kangkung goreng.
yang ni my mom masak, sy siapkan bahan je. sebab beliau offer nak masak.. kehkeh.

kangkung goreng my mom masak memang terbaik!! :)

dan bolehlah makan untuk hidangan berbuka puasa bersama-sama dengan nasi panas.
dan of course, bersama-sama dengan keluarga tersayang :)


No comments: