Monday, July 22, 2013

juadah buka puasa hari ke-11

masih tak bosan tengok juadah buka puasa kan?
oh kemon, baru puasa hari ke-11 semalam! kihkih

eh. hari ni dah isnin. so.
semalam dah hari ke-12 la kiranya kan.

ok photospammmmm foodpornnnn!!


onde-onde yang dimasak oleh my mom dah harith.

basically harith loves onde-onde.
dari hari tu kot dia request mama bendalah ni.
bukan dia tak boleh buat sendiri, tapi dia suka bekerjasama di dapur.. kehkeh.
biasa bulan puasa harith akan request onde-onde, faliq pulak request ayam percik.
sy makan je apa yang dimasak :D
then mama akan siap bahan dan budak berdua tu akan tolong-tolong masak jugak.


asam pedas by mom. terbaik! (kalah bazar punya haa)



daging kunyit versi mama. sedapp!!



hidangan wajib; cucur udangness.



hidangan wajib lagi; ayam percik restoran jaring.



air sirap dan air tebu.



my plate; ayam masak merah beli kat bazar.. haha

asam pedas tu sy buat makan midnight (supper) dengan sahur esok harinya.
awesome posum sangat dapat berbuka and bersahur dengan family.
bangun-bangun sahur semalam, nampak azreen pun join buka puasa.
dia bawak nasi sebekal ok.. dengan daging kicap kot ntah, too sleepy to realize. haha
ye kawan-kawan adik sy suka datang rumah. meriahlah tu.

ok nanti kita post post lagi gambar juadah berbuka. fuahaha

tataah!

No comments: