Monday, September 17, 2012

trip ke bandung

hari khamis lepas, sy dan kawan-kawan telah pergi melancong (shopping trip) ke bandung.
no kita tak melawat tempat-tempat pelancongan, kita pergi shopping saja. haha


yours truly di airport. pukul 4.00 pagi dah bertolak dari rumah. mengantuknyaa.

lepas tu alas perut kejap kat marry brown, makan mambo fries.
perut ni bukan boleh. malam sebelum tu pizza delivery sampai lewat, so dah masuk angin.
jadinya baik kita makan sikit dulu.
dalam flight nanti kita makan lagi.


view dari tingkap flight. matahari memancar gembira.



ordered chicken rice uncle chin.

menu makan dari LCCT ke bandung tak banyak choice.
jadi ambik nasi ayam uncle chin.
supnya tak ada. ada sos je. makan kering je begitu. tak orgasm sungguh mulut.
(tapi sebab takut perut masuk angin, kita kena makan jugak. haha)


naik flight ini! (yang popcorn-popcorn tu tau lah kenapa. lolx)

ini sebenarnya first time sy ke bandung.
bandung best. sy suka tengok suasana dia.


ini airport tempat kami mendarat.

airportnya kecil saja.
nak tunggu beg pun, semua orang berlonggok kat satu tempat. punyalah padat.
dengan yang bawak beg golfnya besar gedabak. haha
sy tenggelam di lautan manusia yang sedang menunggu beg.


pekerja airport tolak tangga kapal terbang pun secara manual. a new view for me. biasa pakai mesin tu kan.



beza masa malaysia-bandung, bandung awal sejam daripada malaysia. siangnya cepat. pukul 4.30pagi dah azan kalau tak silap.

sampai di airport, kami jumpa dengan tourist guide kami, joseph & driver coaster, pak ipin.
ingatkan tak ada makan pagi, rupanya ada.

kami dibawa ke kiosk setiabudi untuk mencuba masakan indonesia :)


gorengan. ada tapai, ubi.



ini bakso tauhu. pedas gilaaa. tersembur air hidung. hahaha *yeah i am gross. i know* :D



bubur ayam.



saya cuba ini.. lontong kari. rasa boleh tahan. dan sy memang suka keropok belinjau tu!

hoh.
nasib baik ada free wifi kat kiosk setiabudi.
apa lagi.. check in facebook sikittt. ahaha

lepas tu kami naik coaster untuk mulakan hari pertama shopping!


tempat orang tengok movie.



gerai tolak. yang ini jual ais krim durian.

ye. duriannya memang durian fresh.
dari jauh dah bau durian. sedapnyaa.

di bandung ni memang banyak gerai tolak macam ni. suka sy tengok. sebab nampak meriah and everything is about food. orang bandung memang kerja keras. gerai macam ni mana ada basikal ke.. motor ke.. semua ditolaknya pakai kederat tangan dan kaki.
budak sekolah rendah ke hulu ke hilir jual beg kat tepi jalan.
betapa mereka semua bekerja keras untuk dapatkan duit, kan.

(insaf kejap)


ni kat salah satu gedung beli belah.

kenapa photo kerusi dan taman?
sebab nak beritahu.. kat bandung ni tempat shopping dia memang banyak tempat duduk. kalau penat shopping boleh duduk kejap. kalau penat jalan jugak boleh duduk. kalau husband penat tunggu wife shopping, sila la duduk jugak. kerusi dan bangku (kadangkala sofa) sangat banyak. haha


aaaaaaaaaa. comelnya garments kat sini!!



lepas tu dah tengah hari. makan time!



our lunch.

lepas tu masing-masing penat.
so pergi check in hotel. kita rehat-rehat dulu sebelum sambung shopping. ahaha


di hotel vio pasteur.

comel kan hotelnya? warna purple :)
hotel ni tiga bintang, tapi hotel baru dan design amat contemp. sy suka je duduk sini.


suasana kat lobi. atas tu tempat kami breakfast setiap pagi. i love the interior.



bilik hotel. kemas. kontemporari. minimalistik.



tingkap. alahaii comelnya tingkapp.


oh rupanya ada welcome refreshments. joseph bagi. ada kuih-muih indonesia dalam kotak ni.



salah satu papan tanda yang sempat saya capture.



dan yang ini jugak. ditampal di depan rumah. haha!



sy di dalam coaster.



suasana jalan raya bandung.

nampak orang tolak-tolak gerai tu adalah perkara biasa :)
jual kucing dengan burung di tepi jalan, perkara biasa.
orang repair motor berbondon-bodon di tepi jalan, jugak perkara biasa.

monyet kecil buat persembahan naik motor kat tengah-tengah traffic light?
lagi la biasa :P




kemudian lalu di kawasan perumahan elit.
i love the house designs! semua lawa!









ya Allah, kurniakanlah aku rumah yang cantik.
amiin.
(siap selit doa lagi kan. hehe)


petang tu kami teruskan shopping trip.
ke rumah mode.



rumah mode adalah tempat shopping yang menjual baju-baju branded (factory outlet) yang maha murah.


love the lights.



patung kopek. haha. siap ada bunga-bunga dalam kolam kecik. sangat cantik.

bayangkan tempat shopping begini punya lawa.
apa lagi yang perlu dikomplen?? nada.
now let's shopping!


shopping sampai ke malam. lihatlah lampu.

cepat gelap.
padahal time tu waktu malaysia baru pukul 7+ rasanya.


makan malam di restoran sangkuriang.

restoran ni ala-ala tradisional.. sebab kami dapat makan di atas pondok.
heck awesome.


hambik, sambal belacan dalam bekas batu. so authentic.



aaaa i forgot the fish's name! sup ikan lupa-nama :P



our dishes for the night. makan sampai kenyang!



ha. ini  breakfast di hotel keesokan paginya. makanan kat hotel pun not bad.


mungkin sebab masakan indonesia lebih kurang dengan malaysia kan.. citarasa lebih kurang sama. so sy rasa makanan kat bandung semua OK.
kalau hari tu pergi china, balik malaysia punyalah bersyukur dapat balik. makanan malaysia sedap! kami rindu! haha


nak pergi melawat gedung sate, tapi ada orang buat demonstrasi pulak. jadi tak dapat nak masuk.

gedung sate ni adalah bangunan yang bersejarah di bandung.
bukann.. bukan tempat jual sate. haha
namanya gedung sate sebab kat atas building tu ada bentuk kayu panjang dengan enam gelung.. macam sate.

demonstrasi di atas adalah demonstrasi bantahan filem 'innocence of muslims' yang ngokngek $#@! itu.


ini jugak view rutin. angkutan kota.

atau nama singkatnya.. angkut.
angkut ni serupa bas la.. bawak penumpang from point to point. cumanya yang ni naik van dan pintunya dibiarkan terbukak je. so siapa nak naik, naik je.

patut kat KTcity ada jugak angkut ni. sebab KTcity tak ada bas mini.

lepas tu kami ke 'rumah tas', tempat orang jual beg.
ada original, imitate first grade, second grade, third grade. yang branded semua ada.
yang original pun lebih murah harganya kat sini berbanding harga malaysia.

afterwards, kami ke 'toko tiga'.. tempat jeans murah. baju-baju lain pun ada.
belikan sepasang levi's original untuk adik sy. kat sini dapat seratus lebih je. murah nak arwah katanya.


our lunch. di restoran padang mitra sederhana pasteur.

'pasteur' ni nama jalan.
so sepanjang jalan pasteur ni.. nampak banyak bangunan yang namanya jugak diambil sempena nama 'pasteur'.


again.. pemandangan di kaki lima. so nais. yang dua orang tengah duduk tu, diorang tengah tunggu nak makan mee bakso.

'bakso' in indonesian means : meatball.

on the way ke pasar baru.

apa itu pasar baru?
ye, pasar baru adalah tempat heavenly shopping di bandung.
sini kalau nak beli kain, telekung, baju murah-murah.. memang korang di tempat yang betul!


parking pun dalam 65sen malaysia je?! what the hell. haha


nah. sy bagi view di dalam pasar baru khusus untuk korang semua :












macam pasar payang pun ada.
macam gulati's pun ada. lolx
bukan baju kain je. beg, souvenirs.. macam-macam.
pening sebab banyak sangat.
last-last pergi satu kedai je and borong semua kat situ. haha


wajib pergi.

kenapa sy cakap wajib pergi?
sebab jenama villa parfum ni minyak wanginya tahan lama (smell).
murah gila lagi. 50ml ada lah dalam RM17.50. bau tahan for the whole day. minyak wangi original pun kalah ok. and some more.. BOLEH DIBAWA SOLAT.


ni kat tingkat bawah pasar baru. hecticnyaa.



sy snap ni sebab nak tunjuk budak yang jual kuih tu.

kat sini jual kuih selamba badak je tepi-tepi koridor.
semua tersusun atas dulang. pastu bawak dulang tu merata-rata. tanya "mau kuih?"
kalau yang jual air pun sama. dia letak dalam kotak, letak atas troli beroda.. tarik merata-rata kat dalam pasar tu. "air, mbak?" hehe.

kesimpulan : TAK PUAS SHOPPING KAT PASAR BARU! NAK LAGI!!


malam tu dinner kat sierra.
sierra ni restoran atas bukit. memang boleh nampak view satu bandung la.
tempat nampak mewah. tapi harga ala-ala secret recipe je. murah lagi kot. memang worth it la.

kat belah dalam. apa barang duduk dalam. kami duduk kat luar. haha



view whole bandung dari sierra. cantiknyaaa.



dia ada beranda macam ni. so ramai yang tangkap gambar. memang tempat favourite sy la macam ni.

dan ada wifi.
tambah lagi satu bintang untuk itu! :P








nombor meja adalah nombor sy! :)



helo!



appetizers. shrimp's money bags.



ni set BBQ. macam-macam ada.. ayam ikan kambing metballs. wallah.



aaaa lupa nama nasi ni!!



ni yang sy makan.. set sate. harus la try sate lilit bandung yang famous itu (kiri sekali)

sate lilit adalah isi ikan hancur berempah yang di'lilit' di sekitar batang serai dan dibakar.


ada muscians. time kami pergi tu, ada birthday party sweet 17 di tingkat atas. so mat salleh-ish ;)



breakfast keesokan paginya.



inilah joseph! (baju tu beli kat bandung. RM16 je)

joseph cakap, lain kali kalau nak datang bandung, contact je dia.
tak payah pakai agen-agen ni. tiket flight beli sendiri. lagi murah, kan.


on the way nak balik. bye bye bandung.

mesti datang lagi. mesti!