Tuesday, September 11, 2012

penghutangan

tetiba teringat yang sy tak post post entry lain pasal visit ke china hari tu HAHA. setakat buat 2 episod je kot :P malasnyeeeeee *smack diri sendiri sebab malas* sy sepatutnya pos entry tu sebab esok-esok dah tua, sy akan check balik blog sy ni dan tengok apa sy buat pada tahun-tahun sebelumnya (macam sekarang, boleh tengok entries masa zaman universiti dulu. wahah). tak pe lah. dah malas, nak buat macam mana. hoho

oh. recall balik zaman universiti. sebab since sekarang adik ai si haret tu dah masuk univ.. hari-hari sy terbaca (terrr. percaya tak? jangan! HAHA) tweets dia. lapar la, panas la, sesat cari bilik kuliah la dan sebagainya.

lantas sy teringat.
zaman univ dulu pun sy selalu sesat kat fakulti! padahal fakulti sendiri tu. padahal hari-hari pergi. ntah apsal sesat (er.. mungkin sebab blok dia semua sama design. beta confuse!)

lapar jangan cakap. zaman univ, sy sanggup meredah kawasan, pergi kolej lain semata-mata nak makan. naik bas jauh-jauh mengembara malam-malam sebab nak dinner yang sedap. kolej sendiri makanan macam $#@! sangat. ha ha. sebab pernah food poisoned, jadi rela pergi makan tempat lain.

lagiii pernah la buat benda gila (apa lah namanya remaja kalau tak buat benda gila, kan?) macam kira berapa ramai speko yang kami jumpa kat fakulti dalam masa sehari. berapa ramai boys yang tegur/ngorat "hai!" sepanjang kami jalan dari kolej ke kafe, masuk sesuka hati ke dewan exam orang lain, teman kawan blind dates dan sebagainya.

tak ada. sy tak ada boyfriend masa zaman univ. mungkin zaman itu kulitku kelam, hangus dipancar matahari. ye budak lelaki suka yang lawa je kan. yang cerah-cerah. halah tak heran! kekeke. tapi minat orang punyalah ramai. yang ada interaksi dua hala adalah dengan sorang ni.. time tu sy tak tahu nama dia mula-mula.. sy panggil dia 'adik awal' sebab style dah macam awal ashaari kan. HAHAHA. minggu final exam semester tu mintak kawan pass note (gila berani ke atau sememangnya gila??), last-last dapat email dia, akaun myspace dia dan nombor telefon dia! skater rupanya! (dan playboy jugak. cis.) *tak kisah lah sebab husband ai lagi hot. mihihi*

lepas tu aktiviti kat univ memang banyak. aktiviti je la banyak, join aktivitinya tak lah banyak. haha. macam cheer merdeka (ni first time and last ni jadi cheerleader). kolej kitorang menang first. badminton? walaupun sy suka badminton, tapi kat univ memang tak join langsung. lolx. yang lain-lain tu setakat datang jadi penyokong je la. kan ai dah cakap, ai malas nak masuk aktiviti. ai lagi suka ambik bas komuter, pergi stesen komuter dan balik rumah :P

ehh tiba-tiba tercerita pasal zaman univ pulak. padahal asalnya tadi nak cerita pasal hutang entry. hah.

oklah. jumpa lagi di lain kali.
zaman univ yang dirindui. haha

2 comments:

[noriza] said...

ye mmg merindui zaman itu. tapi tak rindu langsung time2 kene jawab paper test n final exam.. tak skeee!

wani ezryl * said...

and kolej kadang2 xde air dgn letrik. kalau harini tak de letrik, pastu esoknya exam.. hazab la malam tu nak study. sampai ada yang tarik kerusi duduk kat koridor sebab nak study.. berbekalkan cahaya lampu koridor yang berbalam-balam tu. hahaha. memories :)