Sunday, May 04, 2025

raya 2025

Assalamualaikum and hi! :)

SELAMAT HARI RAYA!
Ahahaa Syawal dah lepas, tapi masih gigih nak wish 😂

Ah, abaikan.
Ni blog sy kan, suka hati nak wish bila. Hahaa

So macam biasa, blog ni baru sempat nak update.
Macam-macam nak cerita, tapi masanya limited.
So kita dahulukan post hari RAYA dulu.

wajah penuh nur *harapnya* dua manusia di pagi RAYA.
Walaupun tak de make up lagi, harap filter telefon dapat membantu :P



So lepas solat raya, kita stalk mama kita tengah solat dhuha.


Being a girl on hari raya, it ain't easy ya know.
Time balik masjid tu la ko berlarian nak make up, nak panaskan makanan, nak hidang, nak makan, nak tangkap gambar.
Sapa boleh relate, kita geng 👏 *geng gigih katanya. Sapa tak gigih tu, sila ke tepi :P*

Macam biasa, kalau raya kat rumah, kite yang masak.
Sebab kite suka masak kot. Lolx

Zaman ni sy rasa zaman anak-anak muda dah yang masak.
Orang tua kita bagi relax je, beribadah, tangkap gambar. Haha
Ye la kat rumah in laws pun macam tu. SIL / biras sy yang masak.
Borak dengan budak ofis pun sama.
Dia cerita dia balik kampung, kenduri ke apa, dia yang kena masak.
Kadang dia cerita dia saja tak nak balik awal sangat, sebab apa-apa nanti dia yang kena buat. Lahh sabo je le hahaa. Kudos untuk beliau yang gigih!

Tapi ada je tempat yang masih merasa air tangan orang tua semasa hari raya.
Ikut tempat la.





Lauk-pauk raya kitorang sikit-sikit je.

Banyak sangat pun, siapa nak makannya. Esoknya nak balik kampung tok dah.

Btw, tahun ni kitorang beraya kat SHAH ALAM dulu. Petang ke BANTING. Then TERENGGANU.


Masak tu biar yang mudah-mudah je, tapi sedap di tekak sendiri. Lolx
Ni sup tulang, pakai rempah soto. Sedap bak ang. Tahun depan kalau ada rezeki, nak buat lagi la. insyaAllah. Makan dengan mi hun sup. Dah. Simple.



Ni pulak daging dendeng. Banano suka bethol makan dendeng.
So kita beli la HAHAHA. Beli, bukan buat.
Kanan tu rendang mak lang menu wajib. Walaupun namanya rendang mak lang, tapi sy yang masak. Resipi mak lang den (belah arwah abah).



Nasi himpit, kuah kacang, kek, sponsored by mama.
Kuah kacang sedap gak, order.



Ketupat palas, lemang, buah.
Hahaa kanan tu ketupat goreng deep fried. WAJIB ada. Sedap ye.



Air ribena laici.
Kekdahnya budak-budak ni kata tak minat ribena ada laici.
Si tuah (nephew) suka je air ni, tapi dia pulak takde, balik kampung belah tok mummy dia. Sapa nak, minum. Tak nak, bancuh air sendiri. Lolx *tapi diorg minum la jugak sebab dah terhidang hahaa*



Sup tulang close up.



Yums.



Raya hari tu tengah musim AI photo, ghibli studio.
So let's join the hype. Ni buat sendiri pakai chatGPT plus.
Gigih beli akaun sebab nak buat. Hahaa. Memang beza hasil daripada akaun free dengan akaun beli.



Sempat jugak buat action figure tak berapa action ni.. bahaha.


1st raya petang tu pergi BANTING (in laws),
pergi beraya la kejap. Lepas tyu gi rumah acik jiwan.
Then balik.
Ringkas je raya kitorang haha.

2nd day raya tu gerak balik kampung kat terengganu.
Alhamdulillah, ye kereta banyak, tapi tak jem.
Kalau orang yang balik days before raya, may be la jem.
Yang katanya sampai 10 jam tu.
Tobat acik.

3rd day baru keluar beraya lagi, kat KTcity (read: Kuala terengganu)


Baju raya ketiga lebih humble dan comel. Kihkih
Sesuai untuk jalan sana-sini. Ringkas, tak belengas atau ketibas 😂



Beraya kat rumah shah. Dia buat open house.



Kanan tu shah. Tokei kedai nasi dagang etc.
Memang rajin buat open house time raya. Semoga + murah rezeki shah sekeluarga.



Petang ke warung tok mang, makan ICT (ikan celup tepung).
Walaupun bukan setakat ikang; ketam, udang semua ada. haha



Lepas ICT, beraya kat rumah chu. Ni chu :)



Then ke rumah sebelah.. rumah mok jah dan pok ki.
Dulu ada arwah tok nun. Now tak de doh :'(



Photog masuk bergambar sekali.. haha



4th day. Sebelum balik, bergambar dengan tok yam.
Satu-satunya tok sy yang tinggal. Grandparents belah abah dah tak de, tok ki pun dah tak de. Tinggal tok yam je. Tu pun tok yam dah uzur, sakit orang tua. Harap tok yam terus sihat dan kuat. (Belah husband pun, nenek minem dah tak de. Memang sy ada 1 tok ni jeee)





Sayanggg tok yam!


And wajib acara bergambar kat tangga rumah,
Sebelum balik.
Sepupu sepapat semua memang gini kalau balik HAHAA

Time ni orang lain ramai dah balik.
Tinggal kitorang yang last.

Nasib ada tripod. So semua boleh masuk frame :P








Nanti kite sambung pulak cerita lain.
Penat dah la menaip. haha
Ni taip kat tab. So tak feel.
Laptopku skrin rosak. Belum sampai seru nak hantar repair, sebab mahal :P

Dahhh balik, balik! Hahahaha

Entry disudahi dengan poster raya PUSPANITA ofis kitorang.
Sy yang tengah tu. Sebab ketua keluarga 😂 *percaya la sangatt*



 

No comments: