Thursday, May 22, 2025

kisah bulan mac 2025

assalamualaikum and hi! :)

since banyak cerita pending, sy sekalikan event2 yang lepas dalam satu entry.

so ni cerita sekitar hujung bulan feb ke bulan mac. skang dah bulan mei, kan. ahahaa

kek sambutan birthday mama on 16 march. happiest 65th birthday, ma!
semoga terus sihat sampai ke usia 100! hihi (insyaAllah. aamiin)



disebabkan bulan mac adalah bulan puasa,
sebab tu sambutan simple2 je kat rumah mama di shah alam.
potong kek pun lepas balik terawih rasanya ni.
kitorang pun xde dalam gambar kat blog ni sebab masing2 dah pakai baju tidur. hahahh
so kita letak gambar mama dengan naim je sini yang berbusana paling decent antara kitorang semua 😂

mama potong kek, diiringi oleh naim. hahaa
ni kek rocher.



backwards to 6 mac, adalah hari rehearsal pingat.
every year, sempena sambutan hari wilayah persekutuan,
ofis kitorang memang ada buat event pingat ni.
cuma tahun ni bukan pada 1 feb.. atas titah YDPA Agong yang time tu baru pulang daripada rawatan di luar negara.
sebab tu jadi bulan mac.
and bulan mac bulan puasa kan.
so tiada jamuan makan-makan. just bagi goody je lah.

kitorang petugas stay kat hotel dorsett hartamas.
like last year, kitorang berbuka dan bersahur di hotel.

gambar kenangan di tangga istana.
lepas ni entah bila lagi dapat masuk ke istana. kitanya dah pindah ofis kan.



7 mac hari pingat (DKBPWP).
sy jadi LO kepada KP digital, YBhg. Datuk Ts. Dr. Fazidah binti Abu Bakar.
a very nice and humble recipient. tahniah, Datuk.



sekali lagi gambar di tangga seperti tahun2 sebelumnya.
ada lagi gambar ramai-ramai kat tangga. tapi malas nak korek kat galeri 😂
gambar yang banyak ada kat facebook sy.




sebab bulan puasa, kita pun berbukalah puasa.. haha
time ni kat PICC, husb belanja. tqq bang!



28 feb, keluar makan dengan bffs sebelum bulan puasa.
ni kat kaysha dine & beauty. nama dia gitu sebab atas tu ada spa meni pedi.
that's elia, me, mardia and azra.




bawak anaqi sekali. so kitorang share la mac n cheese and air iced lemon tea ni.
makanan sini agak pricey dan tak tau sebenarnya nak makan apa. haha.
tapi tempat lawa la. kat tamarind square, cyberjaya.


so sekian kisah bulan mac.

ni nak bulan jun pun tak letak wishlist birthday lagi hahaa.

kbai!!

No comments: