Thursday, May 08, 2025

pindah ofis & farewell

assalamualaikum and hi! :)

ye, korang tak silap baca.

selepas lebih 10 tahun kat JWP, tibalah masanya untuk rotation.

Sy ni tak mohon keluar mana² pun, but may be it's about time.

selepas mintak tangguh 2 minggu,

sy pun masuklah ofis minggu ni, nombor cantik-orang-kahwin-suka 5.5.25 😁


antara hadiah farewell daripada sahabat² di JWP



truthfully, sy ni tak de la ramai sangat kawan rapat kat JWP..
Sebab ramai dah pindah pun. Kikiki
tapi sy kawan je dengan semua orang yang pernah berurusan.

Mana² yang baru masuk, tak pernah berurusan, memang tak kenal sangat.

Tapi alhamdulillah la, may b bilangan yang sy kenal tu
lebih ramai daripada yang sy xkenal.

So memang meronda la seharian hari Jumaat lepas,
salam semua bahagian.
termasuk bosses atasan.
mana yang ada je la. Sebab ramai cuti tersepit Jumaat tu, selepas hari pekerja.

antara yang rapat dengan sy kat bahagian (BSE);
Pn eca, cc aina, why, nurul. Hujung tu sy. Mai pun agak rapat, tapi time ni dia tengah buat kerja..haha.


so semalam (selasa, 6.5.25) sy dijemput oleh BSE ke majlis farewell
diri sendiri & asmida (MYSTEPS).
as pun tukar ke company lama dia, buat finance tak silap.
Tahniah, as!

Yang lawak tu,
Sy baru nak biasakan diri kat kawasan parking ofis baharu yang luas semedang.
Time nak keluar dekat² pukul 11 pagi (dah btau bos baharu) dari basement 2,
sy sesat, wey!!
Sampai kena mintak tolong polis bantuan escort keluar 😂
Polis tu pun dah faham agaknya, orang biasa sesat kat basement tu. Hahaa


mungkin last photo dengan wajah² BSE yang ini, di BSE.
tema baju semua biru. Ada je la jugak yang tak dapat 'memo'. Lolx



asmida and I.



kek kitorang :)



sebelum tu,
sy singgah jugak la jumpa kawan² yang memang tak sempat jumpa Jumaat lepas.
antara sebab macam bercuti, dah balik, tak available etc.
Gambar bawah ni time sy jumpa Liz and the gang daripada Unit Psikologi.

siapa ada hadiah, ha. Thanks, korang!




Ni gambar throwback hari Jumaat, masa beraya kat BPKT.




Ni pulak dengan geng² corporate comm.




gambar throwback jugak, dengan BSE.




Time ni my immediate bosses, Dato' Zul & Pn. Renny bagi hadiah farewell daripada unit, thank you!




Bergambar dengan unit. Will miss them all!




Gambar dengan Dato' Thomas, TKP.
Wife Dato' adalah pengerusi PUSPANITA sy :)
Akan ingat mereka selalu. Dato' sorang bos yang bagus & firm.




Geng lama unit. Lama, sebab adilla yang free hair tu dah tukar ke unit integriti. Haha




Sorry la, gambar kat blog ni campur aduk.
Sy susah nak susun sebab kat tablet. Ni gambar dengan KP :)
sy hampir jarang jumpa Datuk Seri Noridah, sebab kami tak de meeting bersama.
ingatkan KP tak kenal sy, tapi alhamdulillah KP tegur masa jumpa kat meeting dengan PM semalam. Walau tukar ofis, pusing² jumpa balik. Hihi




with pn eca, sahabat and geng makan + jualan di BSE.
anak kitorang best friends jugak la.
Bila dua² dengan berita sy kena tukar, dua² dah risau kalau tak dapat jumpa dah lepas ni. Hahahaha. Alah boleh je la jumpa. Sy bukan pindah kat London lagi 😂


Being in BSE, and JWP, banyak la memories kan.

Sebab lamanya sy kat situ. Sy kan setia orangnya.. bahaha.

Sy akan rindu segala-galanya tentang JWP;

the people, the environment, parking yang cukup dan dekat, kafe yang dekat (turun lif terus sampai), PUSPANITA, emceeing (hampir jadi emcee APC tahun ni, tapi dah kena tukar dulu. Lolx), pingat (rindu je tapi tak nak bertugas dah hahaha. Cukup la hampir tiap² tahun sy jadi LO/AJK. kalau jadi penerima, sy ok 😂) dan of course, group Bazar tempat kitorg berjual-beli 😁

Till thennn. Bye, JWP. hello, JPM.

No comments: