Assalamualaikum dan selamat tahun ba(ha)ru 2025, para pembaca blog yang budiman! Hahaa kemain kan ayat 😆
Walaupun dah masuk tahun 2025,
Terdapat beberapa kisah 2024 yang masih pending.
Kisah di takuk lama yang tak la berapa lama sangat :P
Banyak gambar bulan November 2024 belum sempat upload lagi.
So cerita sambutan new year tu kita tunda dululah sampai habis upload yang 2024, ok!😁
Kita mulakan dengan kisah 22-24 Nov hari tu.. Jumaat sampai Ahad di Melaka.
Kalau korang nampak sy selalu jalan sana-sini tu,
Kadang memang holiday.
Kadang tu sendiri outstation atau ikut husband outstation.
Kali ni kita ambik cuti sehari dan ikut husb outstation :D
|
Selamat datang ke parkroyal a'famosa Melaka resort! |
Parkroyal ni asalnya hotel a'famosa resort..
Agaknya dah jual kat parkroyal and rebranding, refurbished la semua.
Memang lawaaa resort dia.
|
Ni gambaran dari pintu masuk. |
|
Sejadah pun ada disediakan. |
|
Memang banyak amenities dalam bilik ni. |
|
Ni dalam bilik air. Ada cermin zoom in zoom out :P |
|
Toiletries. |
|
Luas jugak bilik air dia & dibahagikan kepada bilik shower & toilet. |
|
Plugs. |
|
Tong sampah untuk recycle. |
Kitorang memang lepak dalam hotel je tak keluar sangat.
Sebab serba-serbi dah ada.
Breakfast buffet pun makan kat hotel, sebab ada dapat voucher sekali.
|
Husb ai minum teh tarik yang ditarik khas oleh staff parkroyal secara live. |
|
Encik roy, penarik teh hotel parkroyal a'famosa resort Melaka. |
|
Dari jauh nampak stesen teh tarik bergerak ni.. dan Encik roy akan buat aksi tarik teh live depan guests. |
|
Ni belah-belah pastries. Donut dia nampak gebu sangat! |
|
Yang bestnya, buah-buahan kat parkroyal ni ada macam-macam jenis. Tu ha, buah longan pun ada. Memang sy 'petik' la sikit buat breakfast.. haha. Manis ye!
|
|
Cereals pun ada macam-macam. |
|
Cheese section. Peminat-peminat cheese, sila serang!!
|
|
Ha, ni lah dia pinggan sy. Mix and matchkan je. |
|
Telur section. Pilih je nak yang mana satu. Semua dah ready. |
|
Bahagian western breakfast. |
|
Roti canaiii. |
|
Kari tu nampak sedappp. |
|
Naslem (nasi lemak) :D |
|
Condiments bubur. Sy ni kan pencinta bubur hotel. Tak boleh kalau tak ambik, kena jugak ambik :P |
|
Kembali ke bilik hotel. Siap bawak keyboard baru beli. Hahahaa My thonky keyboard.. perkenalkan!! *Thunderous claps* |
|
Lepaking with anaqi. |
Fyi, shuttle bus ada disediakan dari hotel ke a'famosa water park.
Tapi ada time dia.
Sebab tak dapat nak ikut time tu, kitorang gerak sendiri ke water park.
Dia tak la dekat sangat macam jiran sebelah, haha.. memang kena naik kenderaan bermotor nak ke sana.
|
Hah, sampai dah!! |
|
Luas tapi tak terlalu luas. Bolehlah buat tempat lepak dan main air untuk anak-anak. |
Rasanya a'famosa water park ni dah lama ada kan.
So nampaklah keadaan dia seperti sebuah water park yang tak la baharu sangat.
Cuma, elok bersih la diorang maintain.
|
Budak-budak paling suka main kat sini.. alah lupa nama tempatnya, tapi akan keluar ombak ganas dari mulut patung kat hujung tu. So nanti ramai-ramai akan kena tolak dengan ombak la. Memang best! |
|
Tengok budak kat belakang tu.. sampai ternampak 😂 |
|
Tube ni free je eh. Ada double, ada single. Tak yah bayar kalau nak pakai untuk lalu kat 'terusan' ni. |
|
Penat main, kita makanan. |
Makanan main dish dia agak limited sikit.
Dia ada set-set and tinggal pilih je.. diorang dah siap pack.
|
Sy ambik set nasi dengan Kari ayam. Yang tak suka nasi, pasta. Gini la set dia. Sy share dengan anaqi. |
|
Settle 3 hari kat parkroyal! Byeee!! |
No comments:
Post a Comment