Friday, November 08, 2024

Restoran nasi beriani buluh penang & Niase Street Food, Ipoh

Assalamualaikum and hi! :)

hari tu time balik dari Penang ke Selangor,
Singgah makan nasi beriani kat Restoran nasi beriani buluh.
Located in kepala batas, Penang, restoran ni tak la besar mana,
tapi selesa dan bersih. Makanan pun sedap.


Ni nasi beriani buluh dengan ayam masak merah.
Ayam saiz suku, so makan 2 orang pun boleh buat mereka yang jenis tak makan portion banyak macam kami.



Saya order nasi beriani buluh dengan ayam beriani.
Memang sedap, secukup rasa. Ayam pun lembut.


Kari kambing. Pun lembut.


Kat situ pun ada jual lamb shank, tapi kitorang tak ambik.
Yang sedia ada pun makan kekenyangan.. hahah.

Suasana dalam Restoran.
Dia berada di area kedai-kedai yang banyak.




Set dulang pun ada, kalau nak makan ramai-ramai.




Harga kat kaunter. Gambar ni kecik.
Kalau nak tengok jelas, boleh klik untuk besarkan.


Lepas gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati,
kitorang pun gerak la balik.

Dari start datang ke Penang haritu dah btau kat husband,
sy teringin nak try kat kedai makan viral, Niase Street Food.
Sebab lalu Ipoh kan.
Tapi time pergi tu tak sempat, sebab rushing.

So waktu balik ni kita tanya sekali lagi.
Check-check, kedai bukak pukul 4.30 petang.
So tak de la mengharap mana sebab ingatkan lalu Ipoh awal and kedai belum bukak.

Tiba-tiba kan, nak sampai simpang Ipoh tu,
jam dah menunjukkan pukul 4.20 petang.
Ngam! Tetiba husband pun belok masuk Ipoh.. yah hahaa.
Ni yang saying lebih ni 😁

Rupanya Niase Street Food ni terletak kat area Uptown Ipoh.
Patutlah bukak petang.

Sampai-sampai je ngam 4.30 lebih sikit..
Nah kau, Rokiah! Orang dah start queue ye. Panjang pulak tu 😂



Walaupun queue panjang,
sistem dia agak cekap ye.
Bangku disediakan untuk yang beratur.
Lepas tu ada staff akan passkan menu dan ambik order siap-siap.

Boleh klik gambar kalau nak tengok gambar lebih besar
and tengok harga.



Kalau ikutkan nafsu ni,
semua menu nak cuba.. hahaa.
Ye la, alang-alang datang dari jauh ni kan.
So kita order satu-satu, and yang the best.
Contoh telur Thai omelette dia yang viral tu,
ada macam-macam jenis rupanya.
Ada yang plain, ada yang dengan sayur, ada yang dengan udang kecik, and udang besar.
So kita order yang udang besar terus.
Next time datang kita try order menu udang kecik pulak. hahaha


Setelah jauh queue, akhirnya sampai jugak acik Wani ke depan. haha








Yang dine-in pun ramai ye. Kerusi meja agak limited,
jadinya pandai-pandai la tunggu meja kosong.


Untuk air dan lain-lain,
jangan risau sebab kedai air semua dekat-dekat situ je.
Sebelah nyebelah.
Uptown ni banyak kedai.
Kedai makanan lain pun ada.


Duduk tunggu turn. Ni Anaqi, kalau orang tak kenal.
Say hi! Haha.


Setelah hampir sejam beratur,
akhirnya dapat jenguk kaunter.
Order, bayar then dapat buzzer.
Staff jaga kaunter peramah and borak-borak jugak dengan customer.
So tunggu buzzer berbunyi, baru pi kaunter sebelah untuk ambik makanan.
Ai is tapau je.
Kenyang lagi makan nasi beriani buluh tengah hari tadi, hui!
Lagipun tak sempat la nak duduk makan.
Dah nak malam nanti nak balik rumah pukul berapa pulak.


Tunggu buzzer berbunyi and vibrate, baru ambik makanan.


Sapa-sapa nak datang duduk makan, sy suggest
korang bawak la kipas USB.
Lagi kalau bawak anak-anak kecik.
Sebab situ panas berbahang. Berpoloh-poloh ye. Hahahh

So lepas tu dah dapat la my tapaued food.
Sat lagi share beli apa.

Kitorang pun meneruskan perjalanan pulang ke sarang. lolx

masya Allah, majestic view.



Nasib baikkk tapau makanan.
Sampai rumah pukul 9 ke camtu.
Memang tak larat dah la nak masak-memasak.

Ha, ni lah antara yang sy beli kat Niase:

The viral (prawn) Thai Omelette, set tomyam goong dengan nasi putih, nasi khamok dengan golden chicken dan daging harimau menangis.


Satu sy nak puji Niase ni,
walaupun harga dia mahal daripada kedai biasa,
Pada sy still affordable dengan kualiti bahan-bahan yang digunakan.

Adik kaunter tu siap bagi sy dipping sauce free lagi.
(Asalnya sy nak + order, tapi dia bagi je. Semoga makin maju bisnes Niase ni, tak berkira dengan customer dari jauh).


Ni namanya crying tiger beef.. hihi.
Dagingnya lembut dan sedap dicicah dengan sos. Ada sayur-mayur salad jugak untuk balanced out.




Ya Rabbi sedapnya tomyam bangkok!!
Bolehlah kata setara dengan tomyam kat Thailand sana.
Pekat, masam pedas semua cukup.




Nasi khamok dengan golden chicken.
Ayam dia bagi suku, ada bawang goreng Niase (sedapp), yang penting dia guna ayam Bismi ye. Produk local yang halal toyyiban tidak bersuntik semua tu.



Nasi khamok dia pun sedap wehh.
Buat yang tak pernah try, nasi khamok ni adalah nasi beriani versi Thailand.
Sy pernah makan sekali je dulu masa kat sempadan balik dari Hatyai.
Yang Khairul Aming pergi makan tu.
This one Niase punya, setaraf la or boleh kata nasi dia lebih sedap ye.
So tak pergi Thailand pun tak pe, pi cari je kat Niase Ipoh :D

Haha ni la dia star yang kita nanti-nantikan..
Thai omelette dengan udang super besoo. Dan togeh Ipoh tu yang special, jangan lupa.



Bila tapau ni, telur dadar pun dah sejuk sikit.
Tapi still sedap.
Sy ada rasa sikit dalam kereta masa masih panas. Lagii sedap ye.
Togeh Ipoh pun lebih manis daripada togeh biasa.
Ni kali kedua sy makan togeh Ipoh.

Dipping sauce sedap.

 

Overall verdict semua sedap 10/10 and insyaAllah sy nak repeat!
Hahaha.
Lagipun ada misi nak pergi Ipoh lagi ni, nak cari pizza pulak.
So tunggu la next time kita set cuti-cuti Ipoh pulak ye :D

Till then!!

No comments: