Assalamualaikum & hey, awesome people!! :D
Seperti biasa, kita akan recap event-event 2024 yang belum diupload.
26 Nov 2024, selasa, hari konvokesyen Isz. 🎓
Isz tu sapa? Yoshh husb ai la, sapa lagi 😂
Tahun2 lepas (2023-2024) husb ambik masters Sains Pembangunan.
Tesis dia.. pasal homestay kat Cameron highlands. Menarik kan.
So lepas belajar, husb lapor diri masuk kerja balik around Feb 2024.
Ni bulan nov baru konvo nya.
So being a supportive family member,
Apa jugak event family, sy akan cuba la ambik cuti/menghadirkan diri.
And I did.
Konvonya sesi pagi, so pagi-pagi buta tu la dengan jalan jemnya,
kitorang gerak ke UKM.
The kiddos pergi sekolah macam biasa,
So mintak tolong jiran la, tumpang tunggu van sekolah kat rumah jiran.
Sebab kitorang gerak around 6.30 pagi macam tu.
Muka masing-masing fresh lagi, awal pagi katakan. hahah |
Sebelum majlis mula, kita snap gambar siap-siap. Ada pulak Encik yang baik hati tolong volunteer snapkan gambar *tq!* |
Disebabkan jubah fakulti diorg warna hijau,
Jadinya sy pun pakai la hijau, nak bagi sedondon tu *macam raya pulak.. ahaks*
Tempah bunga pun kena kertas yang compliment warna hijau.
In this case, sy pilih warna brown sikit. Florist tu jugak yang suggest warna terbabit.. hahaha.
Selebihnya, tengok je la gambar-gambar kat bawah ni.
Lepas tu, petugas panggil penerima semua untuk beratur.
Yang tetamu-tetamu macam sy dah boleh masuk dewan.
Nak masuk, bunga kena tinggal luar.
So banyaklah bouquets kat tepi-tepi dinding situ.
Kita tawakal je la letak, tapi sorok sikit bawah meja. haha
Alhamdulillah, walaupun masuk lambat sikit,
Dapat la jugak seat belah-belah tepi atas.
Seats tepi-tepi tu bertangga macam kat auditorium, jadi memang nampak semua la.
Spot Mr. Isz. |
Ni time ambik skrol daripada nasib canselor. |
Congrats & happy grad!! |
Teringat time study dulu, diorg banyak kelas online. Lepas tu husb selalu kena gi library UKM. Drive pergi pahang untuk interview tesis. So ni la hasilnya selepas setahun. Alhamdulillah. |
Oh, lupa nak cakap.
Kitorang ke dewan konvo tu naik bas.
Parking tempat lain.
So balik pun naik bas la.
Sempat singgah kat jualan konvo.
Ada makanan, bunga semua la.
Tetiba teringat kat UPM dulu meriah, ada bukit ekspo.
Skang masih ada lagi, kan?
Balik tu lapar.
Ikut yang diraikan, nak makan ala2 steak.
So kita ke Jahhet Bangi. Mari belanja orang baru lepas konvo.. haha.
Ni yang sy makan, vege sungguh la. lolx |
Ok tu lah kisah sy ke UKM.
Happy grad buat husbandku!! 🎓
No comments:
Post a Comment