Thursday, July 29, 2021

teguk air liuq

assalamualaikum and hi! :D

hahahh kemain tajuk.
padahal nak post pasal makanan je *ketawa disertai cebisan air mata dramatis*

sebab gambar makanan ni semua ala2 throwback,
so kita mampu teguk air liuq je la.
nak makan, dah tak de. hahah

throwback betul gambar2 ni okeh.. ada yang dari zaman raya aidilfitri lagi. bahaha
(kenapakah sy begitu malasssssssss)


yoshh kita mulakan dengan gambar sardin.
sebab ni makanan ultimate rakyat malaysia, selain daripada megi.
sardin menyatukan kita semua.
lauk camping, lauk kat rumah, lauk di mana sahaja. hohoo



kenapa tetiba ada gambar ayam goreng ni??
banyak pulak tu, nak buat kenduri ka??



jyeahh ni la hasilnya ayam2 tadi.
ayam masak merah, gais!
pedulikan diet, pedulikan jelingan sinistik pasukan2 pembawang yang mencaci lemak2 kita (haha), pedulikan semua ituuuu *sambil menepis rak ikea di tepi, sebab terlalu bersemangat*



ni memang telan ayaq liuq kekdahnya. gulp.
sebab sy sukaaaa ayam masak merahhhhh.
hohhh i miss kenduri kendaraaa.



tak terasa lengkap hari-hariku tanpa acar. kahh.
acar ni accompanying nasi tomato sebenarnya. dengan ayam masak merah tu lah! :P
acar ni nipis2 kan, inspired by acar kedai beriyani johor yang pernah wujud di kedai belakang2 rumah kat shah alam.
'PERNAH' wujud sebab skang dah tak wujud. obvi.



tu dia nasi2 tomato dah siap pek.
yosh ni hidangan raya aidilfitri kedua, tak silapnya.
edar untuk jejirans. nak edar bubur lambuk, tak pandai masak bubur lambuk pulak.
bulan pose pun dah lepas.



masuk dalam plastik transparent, husb hantarkan.
ye husb biasa menjadi 'mangsa' menghantarkan menu2 juadah ni kepada jiran2 :P
sambil beramah mesra dengan jiran.



sendiri punya pinggan nasi tomato.
nampak glorious.
ah biarlah nak puji nasi tomato sendiri pun. ke tepi korang! :P



ni tak ingat bila masak mi hun sup.. rasanya raya ketiga.
nak meredakan rendang dan lemang time raya. panas sikit perutnya ye tak :DD



mi ramen youmee goreng.
ferfeeling orang melayu kix korea tak bila makan ni? bahaha.
nama pun ramen :P



pasta pasti untuk husb ni, sebab dia suka jenis fettucini.



macaroni bakarrrr. 



ketam masak lemak cili api dalam multicooker. haha
ketam comel2 je sebab jenis beli sekali banyak 1 beg RM25.



sambal jowo. kacang panjang ganti dengan kacang buncis. ni je kacangnya yang ada. huahahaa





ni pulak nasi lemakness.
suka jugak masak naslem. sebab one senang sikit (walaupun renyah ye, macam2 bahan. HAHA)
secondly sebab sedaplah. nasi lemak kan kegemaran rakyat malaysia :D



dengan ayam goreng bagai kan. hahahaa.



ikan bilis, kekacang.



fave rakyat malaysia jugak ni, telur kicap.



aglio olio dengan ayam bakar disalut cornflakes.




ayam air fryer dengan mixed veggies.



haa ni bukan ai masak. ni beli. laksa johor-e. yums.

 

dahlah, gerak dulu, apa2 roger :P


byeeeeeeeee

No comments: