Friday, July 30, 2021

pdpr dan kerja.. penuh cabarankah?

lelangit purple. glorious sangat. tengoklah siapa Penciptanya.


assalamualaikum and hi! :D

buat yang purak2 gak ngertik apa itu pdpr,
pdpr adalah some sort of makanan yang diperbuat daripa tauhuuu.. erk. haha. just kidding!
pdpr ni pembelajaran dan pengajaran dari rumah.
berlaku pada musim covid.

means anak2 belajar online, mak pak pantau.
or on certain case, anak2 layan diri je belajar sendiri, sebab mak paknya sibuk. haha

pd sy, pdpr ni maha mencabar bagi parents yang:
1. frontliners
2. ada anak2 bersekolah yang ramai
3. kekangan gajet & line internet
4. kerja kuat bagaikan tiada esok

since sy setakat ni tidak memenuhi ciri2 di atas (kerja jugak, tapi tak de la kerja teruk sampai ke malam. unless tetiba kena keluar jaga pusat vaksin. hah yang tu nanti cerita),
makanya alhamdulillah pdpr kat rumah ni masih boleh dibawak bincang. hahah

my kid yang pdpr, darjah 2.
so dah pandai cope untuk join kelas google meet atau buat latihan daripada whatsapp.
disebabkan si ariana tu ala2 hantu komputer (ye, dia sangat suka komputer. selalu dok tanya term komputer, minat nak edit2 photo app la, powerpoint la bagai) (baru tadi dia tanya apa tu javascript *tepuk dahi*),
maka dia cepat jugak menguasai whatsapp web, google classroom & arahan2 assignment daripada whatsapp tersebut.
kadang dia upload je sendiri kerja dia, isi nama sendiri dalam list murid yang dah siap, yada yada.
HAHA bukanlah ai ni parent lepas tangan :DDD
tapi dalam subjek2 yang perlukan dia untuk siapkan latihan dalam buku,
i will assist.
sy akan ajar dia macam sorang cikgu garang yang tiada penghujung :'D

i will also take that chance to learn myself.
contoh sekolah agama dia ada ajar bahasa arab basic kan.
sy pun tumpang2 la sekali belajar, alang2 tu. HAHAHAA

lagipun masa sy sekolah dulu, parents sy la yang banyak ajar sy.
siap ada papan putih semua.
zaman tu tak de pdpr tau, but my parents pun sangat supportive.
so i hope i would be that kinda parent to my kids oso lah.
walaupun asian parents ni garang gilee (sy la tu). kahh

kerja and pdpr?
oklah boleh cope lagi.


ni ada kerja subjek english. english ye, tapi kena buat rumah.
jangan terkejut, pdpr zaman millenia ni memang ko kena buat video la rakaman suara la,
buat rumah, menari, wayang kulit, buat itu dan ini. haha



ni kena buat gasing. subjek seni.
jelita tak gasing kita? :P

 

dah tu je.

pi la sambung belajar.

No comments: