Saturday, July 13, 2019

resipi nasi minyak dan gulai ayam kampung wani ezryl's style

assalamualaikum and hi!

truthfully, sy tak berapa pandai buat nasi berperisa ni.
kalau dok ikut resipi sukatan kat internet pun macam asyik tak jadi 100% je.
hence this time i just follow my guts and redah je la ikut suka hati.
first, i went through a few recipes untuk tau apa core ingredients dia.
lepas tu buat ikut sukatan sendiri/penilaian sendiri nak pilih guna bahan apa.
alhamdulillah this time ok la nasi dengan gulainya.. ikut selera tekak sendiri.
tekak orang lain daku tak peduli *kecuali tekak husband. haha* :P

sy letak resipi kat sini untuk rujukan di kemudian hari.
resipi 2-3 orang makan je ni. tak nak masak lebih-lebih nanti membazir.


1. NASI MINYAK WANI E STYLE

warna memang tak berapa nak ada, sebab tak pakai pewarna. tapi IRL dia macam kuning oren super duper cair.

bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan beras - basuh, bilas
  • minyak masak, planta, minyak sapi (tak pandai kira.. sesudu besar each boleh kot. kalau tak cukup, sila tambah)
  • rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 2 pelaga, 2 bunga cengkih)
  • 1 or 2 bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1/2 inch halia - hiris
  • daun pandan sesimpul
  • suku cawan susu segar/cair
  • 1 sudu teh sunquick oren
  • 1 or 2 sudu teh tomato puree/sos tomato
  • garam bukit pink (garam apa-apa pun boleh you ols :P)
  • air tapis


cara-cara:

  1. kuali atas dapur. panaskan minyak, planta dan minyak sapi.
  2. tumis rempah 4 sekawan, bawang, halia and daun pandan. ikut turutan dia macam tu.
  3. dah golden, tutup api dan pindahkan ke dalam periuk yang berisi beras (dah basuh siap). kacau.
  4. tambah susu, sunquick, tomato puree, air*, garam**

*sukatan air - dah gaul semua tu, ukur la dengan jari ke sudu ke. pastikan tinggi beras tu sama dengan tinggi air dari paras permukaan beras. ni untuk beras siam biasa. kalau korang pakai basmathi ke apa, kena lebihkan air. beras basmathi pun kena rendam lama sebelum dimasak. boleh google la kot. haha

**sukatan garam - masuk garam, gaul then rasa la sendiri masin dia cukup ke tak.. wahhaha. tak de sukatan yang tertentu. ikut lidah masing-masing nak lebih garam ke atau kurang garam.


2. GULAI AYAM KAMPUNG WANI E STYLE

colour kat luar gelap sikit daripada dalam gambar ni. lolx (the taste was really good, so you should try this recipe! :D)

bahan-bahan:




  • ayam kampung 6-7 ketul
  • kentang - potong besar/sederhana besar (sy pakai separuh kentang sebab tu je yang ada. HAHA)
  • minyak masak
  • rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga, 2 bunga cengkih)
  • 3 bawang merah, 2 ulas bawnag putih, 1/2 inch halia - hiris halus
  • bahan blend - 5 bawang merah, 2 bawang putih, 1/2 inch lengkuas, 1/2 inch halia, 1/4 inch kunyit hidup
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar rempah gulai cap rose - core ingredient, jangan tinggal
  • 1 sudu besar rempah masak cap rose - core ingredient, jangan tinggal
  • air
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 250g santan
  • 1 sudu besar tomato puree
  • gula melaka
  • garam bukit
  • 1 cili hijau - hiris sikit

cara-cara:




  1. kuali atas dapur. panaskan minyak.
  2. tumis rempah 4 beradik dengan bawang, halia yang hiris halus tadi.
  3. tumis blended stuff bebawangan.
  4. masukkan cili boh. kacau rata and biarkan masak/pecah minyak.
  5. masukkan rempah-rempah cap rose tadi and kacau kejap.
  6. put em water. haha (yang ni agak-agak sendiri nak cair/pekat)\
  7. masukkan air asam jawa
  8. biar la masak menggelegak sikit, masukkan santan pulak. kecil sikit api, kacau rata.
  9. masukkan tomato puree.
  10. perasakan dengan gula melaka (sy letak macam 2 kiub kecikkk je) and garam.
  11. masukkan cili hijau. kacaulah sampai semua empuk and masak sesedapnya. lolx


3. ACAR TIMUN

walaupun nama dia acar timun dan timun yang dapat credits, tapi dalam ni ada bahan lain jugak :P

cara-cara:

  1. potonglah julien/hiris nipis timun jepun, lobak merah.
  2. hiris nipis bawang and cili merah.
  3. gaul semua tu dengan gula perang dan cuka masakan/buatan. agak-agak sendiri la tahap kemasaman dia.
  4. masukkan dalam peti sejuk, kasi sejukk :P


ada extra ayam goreng kunyit jugak untuk budak-budak kecik dalam rumah ni :D



ok thank you for reading dan selamat mencuba!

No comments: