Tuesday, July 23, 2019

gambar dan random stuff

assalamualaikum and hi!

how's it going, korang semua?
alhamdulillah harap sihat semuanya.
kalau tak sihat pun, demam ke dsb, alhamdulillah jugak sebab dipanjangkan usia sampai ke hari ni :)
konsepnya kalau tangan kanan ko sakit (contoh),
ingatlah yang tangan kiri, kaki, mata hidung telinga semua tak sakit.
gitulah untuk melahirkan positivity.. ahaks.

so!
hari ni nak sampaikan cerita-cerita recent on life, daripada gambar yang melambak dalam phone. lolx
bear with me.

sebelum tu,
macam biasa for record,
hari ni puasa ganti lagi.
kalau sempat buka puasa,
insyaAllah tinggal hutang 2 hari lagi puasa ganti. aight!! :P

now onto the photos! :D

thanks to mama, bagi hadiah wishlist birthday sy, iaitu another zen wok from shogun. ni zen wok kedua sy. sy memang tak cukup satu, nak dua kuali. lolx.



thanks, husband bagi hadiah wishlist jugak, iaitu again, kuali shogun saiz jumbo :P yang ni beli kat goshop, dapat free gift chopper yang tarik pakai tangan tu.

walaupun sy dah tau hadiah apa, gigih jua beliau membalutnya.
terima kasih daun selaseh. hihi


random photo of ariana and her unicorn scrunchy. 
memang seronok beli-belah kat lovisa.
barang dia cantik-cantik hui, termasuklah pengikat rambut unicorn ni.
tapi beware la, sebab harga dia boleh bikin duit terbang. haha


anaqi di sisi kereta-kereta; which he loves the most (second after me, of course! :P)
mengingatkan sy kepada perbualan di dalam kereta dengan anaqi, masa nak pergi kerja kot. lupa dah.

me : anaqi, ni, kakak punya tadika ada buat pasal occupation. cita-cita. occupation ni apa yang kita nak kerja masa besar nanti. kakak cakap nak kerja polis. anaqi nak kerja apa besar nanti?

anaqi : (budak 3 tahun+ buat muka blur, tak faham apa itu occupation). car.

me : oo anaqi suka car ye. suka buat car tak? jadilah automotive engineer. nak?

anaqi : nakk!! (sejenis yang contented je, menerima seadanya HAHA)

me : apa dia? automotive engineer.

anaqi : auto@#%$ engineer.

me : automotive engineer.

anaqi : auto$#@% engineer.

me : (aminkan dalam hati) :DDD


selain itu sy telah naik pangkat menjadi collector polly pocket edisi baharu! wahaha.



random photo of ariana, tengah minum air milo kat ah cheng laksa IOI city mall.



ni masa jumpa my bestie, azra kat lobi blok 1 ofis. haha.



musim durian dan durian di mana-mana.

since bermastautin kat dengkil,
mudah betul untuk dapatkan stok durian.
dengkil ni banyak gerai jual durian.


creamy and sweet! (some are bitter too)






melaksanakan hobi baru, iaitu menjaga pokok. selain ikan. haha



ni time pergi ziarah kubur abah, bawak gunting rumput besar and trim rumput bermaharajalela kat situ. al-Fatihah to abah. tak pernah tak ingat kat abah. always.



baru-baru ni. kagum dengan diri sendiri sebab tak terpengaruh beli boba milk dengan organic brown sugar (mungkin next time?). i bought the fruit smoothie instead. alamak lupa pulak nama buah ni. tapi dia cakap situ untuk weight loss la, immunity la macam-macam. so kita ambik :D


ok nanti sambung lagi!! tata!

No comments: