Tuesday, July 23, 2019

nasi ayam sedap resipi kak gee


assalamualaikum and hi!

bersiaran lagi kita.
ada lagi ke orang dok baca blog ni? haha.
walaupun begitu ai akan tetap blogging, selagi hayat dikandung badan, insyaAllah.

i will start my kempen #kindnessrules at random times.
kempen dibuat oleh diri sendiri ni adalah untuk menggalakkan semua orang to be kind and kinder.
jadi topik hari ni adalah menegur jiran.
biasanya dalam group whatsapp la.
sebab zaman2 kebanyakan orang bekerja ni,
lagi banyak kita jumpa jiran-jiran dalam group daripada IRL.
and biasanya banyak tak puas hati bila melibatkan rumah berstrata (bertingkat).
ni kes daripada kuarters apartment lama dulu la sebagai contoh.
biasalah akan ada yang komplen bila jiran bawak sampah berair-air dalam lif, jiran parking tepi-tepi jalan, jiran tinggal sampah kat tangga, jiran bela ayam, haha macam-macam kes ada.
pastikan menegur dengan baik,
tak ada caci maki walaupun time tu ko memang dah marah sangat.
one of the best things is we try to put ourselves in their shoes.
bukanlah suruh buat benda sama yang tak baik,
tapi bayangkan kita ni orang yang buat salah tu.
kita nak ke orang tegur kita sambil marah-marah dan ayat tak best pulak lagi.
of course not.
nanti daripada kita insof dan nak minta maaf sebab buat silap,
jadi gaduh besar pulak sebab tak puas hati kena tegur dan dimalukan dalam group. kan.
so from now on,
jika nak tegur jiran, tegurlah dengan baik.
tak de salah pun cakap baik-baik, yang dengar/baca pun sejuk hati. alright? :D


so!
back to our nasi ayam here.
resipi ni sy dapat daripada my cousin, kak gee.
dah lama perap resipi, baru sempat nak buat.
sebelum ni pernah sekali try resipi nasi ayam yang lain,
tapi agak kompleks pada sy.
sy suka resipi yang ni, lebih muda dan paling penting, sedap.
sekarang ni kalau nak buat apa pun sy pilih yang lebih mudah (contoh, memasak)
sebab kita ni balik kerja dah terkejar macam-macam nak buat.
so kalau masak simple-simple, dapat jimat masa dah di situ. lolx


SUP
-panaskan minyak.
-tumis rempah 4 sekawan, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
-masukkan ayam. gaul-gaul.
-masukkan air. lebihkan air tu sebab nak guna untuk buat nasinya nanti.
-tunggu menggelegak sikit, kemudian masukkan garam secukup rasa.
-bila dah masak, tabur daun sup dan bawang goreng (resipi kak gee ada letak daun ketumbar sekali).

kalau nak portion (for newbies),
ok untuk separuh ayam, bolehlah pakai 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga, 3 cengkih. bawang merah 2 biji, bawang putih seulas, halia setengah inci.


NASI
-bersihkan beras.
-simpulkan sehelai dua daun pandan. masuk dalam beras tu.
-tuangkan sup dalam periuk berisi beras dan daun pandan. portion: tinggi beras = tinggi air.
-tekan suis, masak. haha

kalau korang nak letak pewarna ke kuning ke apa, ikut suka.
ai tak de pewarna-pewarna ni :P


CHICKEN MIKEN
-cincang halus /blend/tumbuk 2 biji bawang merah
-perap ayam dengan : bawang merah tadi, kicap manis, black pepper, madu, paprika sikit (resipi kak gee pakai serbuk cili). sy tambah jugak sos tiram dalam resipi ni.
-setengah jam berlalu. sila goreng ayam terbabit :D



KICAP
-lebihan kicap perap ayam tadi jangan buang. blendkan dengan bawang putih, halia, kicap manis.
-masak atas api.
-kalau resipi extra, sy akan tambah air sikit, kicap masin sikit and air bancuhan tepung jagung untuk bagi pekat.
-ada kawan suggest tambah minyak bijan. so ikut koranglah. sy tak tambah time ni.


SOS CILI
sy tak buat sos cili ni sebab no. 1 sy nak express, pakai je sos thai mae pranom kat rumah. no. 2 sy biasa makan nasi ayam dengan kicap je. haha
tapi kalau korang nak resipi:
-blend cili merah beberapa tangkai, air, cuka, gula, bawang putih dan halia.
-masak atas api.

tadaah! dah siap.

selamat mencubalah ye.
memang sedap resipi nasi ayam kak gee ni.
yang penting simple. hihi
(oh salad-salad, timun semua tu jangan lupa!)

No comments: