Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Wednesday, March 29, 2017

restoran seafood berhampiran grand lexis, PD - samudra ikan bakar hj fared bin hj masrom



masa bercuti-cuti kat PD hari tu,
kitorang dok la cari restoran seafood dekat-dekat dengan hotel untuk dinner.

sedikit info bagi yang stay di grand lexis, port dickson..
malam minggu, diorang ada dinner bbq konsep stalls di atas pasir pantai.
so kalau tak nak makan di luar, bolehlah cuba.
just beli kupon makan dan bayar dengan kupon tu di stalls yang korang suka.
ada muzik siap. happeninglah jugak.

berbalik kepada kisah kitorang mencari restoran seafood tadi..
dok google map la samudra ikan bakar.
dasar betul google map ni.. haha.
rupanya ada 2 points samudra ikan bakar.
first-first tu entah tempat gelap tepi tasik mana dibawaknya..
dekat-dekat embok village ke apa namanya.
situ pun ada kedai makan.. penuh gile kereta.
jalan kat PD ni kalau malam minggu, cuti sekolah lagi,
memang kenderaan berpusu-pusu tak putus.
agak susah nak masuk simpang, buat u-turn dan sebagainya.

so dah jauh sikit daripada grand lexis time tu.
bila check google map balik, lahhh ada point lagi satu rupanya.
and sebenarnya dekat je dengan grand lexis! lolx

bagi yang first time nak datang,
restoran samudra ikan bakar hj fared bin hj masrom ni terletak kat food court majlis perbandaran port dickson.

masa kitorang sampai, pun kereta banyak.
orang pun ramai. meja packed ye.
tapi alhamdulillah dapat parking and meja.

dah tau orang ramai, order tak la sampai sepantas kilat,
tapi difahami la.
sementara tu, sy bawak ariana main kat playground berhampiran.


ordered ini. tak order banyak pun sebab makan dengan husband berdua.



ikan-tak-tahu-nama bakar.

hahaha.
jadi ikan tak-tahu-nama tu sebab ikan lain semua dah tak de.
ikan yang saiz makan untuk 2 orang la.
kerapu yang tinggal gedabak besar.
so ada ikan ni. tak sampai sekilo.. dalam 700 gram kena RM42 macam tu tak silap.
oklah tu. so ambik ikan ni je.


sotong goreng tepung.. husband request.



tomyam campur. ni sy bagi full mark sebab pekat, masam, pedas semua ada. best!



sayur campur yang macam sy je yang makan. HAHA


untuk restoran seafood ini, sy bagi 3 setengah sudu! jyeah!


0 comments: