Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Sunday, March 26, 2017

cuti-cuti grand lexis, port dickson



cuti-cuti datang lagi! lolx.
menengokkan baucer hotel grand lexis, PD yang husband beli masa promotion kat ofis dia sebelum ni, dah nak luput tarikh..
kitorang pun bergegas book bilik.
kebetulan pulak cuti sekolah.
cuti sekolah = hari packed sedunia.

masa husband beli baucer hotel tu,
sy dok baca blog orang yang dah pernah pergi.
katanya kalau family, better ambik bilik yang garden view.. bukan villa atas laut nun.
sebab dekat dengan pool, dengan playground..
villa atas laut nak kena naik buggy pergi ke bilik.
so kitorang pun ambik baucer untuk garden view tu.


anaqi and babah.. kat depan lobi hotel.

grand lexis dengan lexis hotel ni sebelah-sebelah je.
tak tau macam mana, ada kesilapan tarikh masa juru sales tu emelkan baucer.
patutnya kitorang check-in jumaat, tapi dapat baucer check-in sabtu.
husband tak lah nak check tarikh kat baucer tu sebab awal-awal dah agree tarikh dengan orang sales.
disebabkan cuti sekolah, bilik garden view habis.
tinggal yang villa atas laut tu.. rate mahal sikit daripada bilik yang kitorang book.
tapi hotel bagi kitorang upgrade dengan tambahan RM100.
dan disebabkan cuti sekolah, ada rate cuti sekolah.. which is kena tambah lagi RM100.
tapi masih murah kalau dibandingkan dengan harga sebenar/harga promosi bilik villa atas laut tu.
oklah, ambik je lah daripada kena pulang ke putrajaya then datang balik. hihi


tengah tunggu buggy kat depan hotel.

disebabkan banyak villa atas air, buggy pun banyak jugaklah.
sekejap je tunggu buggy sampai.
service memang tip-top.


mama and ariana.



ni masa kitorang naik buggy.



on the buggy.

rupanya walaupun villa atas air,
bilik kitorang dekat je hui! hahah.
kira dekat-dekat hujung ke arah daratan.
tak sampai ke tengah laut nun.
nak jalan kaki ke lobi hotel pun boleh.. tak payah nak naik buggy.
semangat je lebih naik buggy.. hahaha.


sampai! bilik villanya memang luas gile. deco ala bali.



ada mini kitchen.. pintu ke luar tu untuk ke private pool di luar.

bilik kitorang ni 2 tingkat.. kitorang kat tingkat atas.
so pool terbuka la.
yang bilik kat seberang sana boleh nampak kalau kau mandi-manda kat pool.
kalau bilik-bilik lain, pool dia tertutup rasanya.
tapi tak seluas pool yang terbuka ni.
ada la dalam 22 kaki panjang.


bilik air pun lawa hui. dia seperatekan wardrobe, bilik mandi dan tandas.



tandas dia berpintu.

bilik airnya pun berpintu..
ada rain shower dengan shower biasa.
siap ada tempat duduk berbatu, tapi sy tak snap.


tiga serangkai keluar tengok pool. lolx

nampak 'rumah-rumah' kat hujung sana?
beranda dia mengadap ke bilik-bilik sini.
so memang nampaklah.
jangan nak ferfeeling seksi ke apa kat sini ye. haha

oh.
ada ambil juga panorama shot.





ni dari sisi kawasan pool.. mengadap ke arah bilik villa. tu anaqi kat dalam, tak dapat nak keluar. hahaha




tempat budak-budak berlari-lari. ahaha



yang bestnya 'katil' dia adalah platform bertangga macam ni. letak tilam je kat atas.

dah jadi macam pentas.. sukalah tu anaqi naik turun.
dia kan suka main tangga :'D
yang penting tangga pendek, so selamat insyaAllah.




lepas-lepas tu kitorang pi la main kat swimming pool kejap.
apa barang ada pool kat luar bilik tak nak swim pulak HAHA

tentulah AAs yang paling seronok dapat main air.

pool kat lexis sedalam 4 kaki..
AAs (ariana & anaqi) pakai pelampung diorang,
dengan pengawasan kitorang.
ada masanya anaqi nak keluar dari pelampung.
dok sibuk nak lompat-lompat dari tepi pool tu.
amboi water confident betul budak ni.
sylah yang dok menyambut dia kat bawah.
keluar otot lengan kejap. hahah


kami-kami.



tak tau la ni belajar berenang ke atau tengah bersenam.. hahaha



ni pulak pintu masuk ke bilik villa kitorang dari depan. kena naik tangga tu.

yang villa tingkat bawah, pintunya kat sebelah tu.
agak dekat tu villa kitorang.. kedua dari tepi.
belah hujung tu kalau jalan kaki beberapa langkah,
dah masuk ke jalan belakang menuju ke lobi hotel.


sidewalk yang menghubungkan villa-villa sampai ke tengah laut nun.

since kitorang kat belah tepi,
nampaklah pantai berpasir kat tetiang bawah sana.
yang villa-villa kat tengah laut tu tak sure..
memang betul-betul atas lautlah kot.
so sidewalk macam kat atas ni pun tempat buggy lalu jugak.
perkhidmatan buggy adalah 24 hours.
bila-bila nak keluar, boleh call.


sementara tunggu buggy sampai.

time ni tak perasan pun yang lobi hotel tu punyalah dekat..
sebab buggy pusing bawak ke jalan raya.
ingatkan jauh.
lepas tau dah ada lorong masuk belakang ke lobi,
tak de dah nak naik buggy.
mesti budak buggy ingat eh ngade-ngade family ni nak naik buggy tapi dekat. HAHA


laluan yang bersih.




ni view dari tingkap bilik kitorang.. boleh nampak pantai kat tepi tu.


orang kata rumah kat laut panas la apa kan.
tapi tak ada pun.
dengan bilik aircond bagai.
kipas pun ada.
kat luar pun walau ada matahari,
panas matahari je lah.
masuk bilik balik, sejuk. lolx

baucer yang kitorang beli bersekali dengan breakfast for two.
choice makanan oklah.
taklah super banyak, tapi tak jugak super sikit.
cukup-cukuplah.

yang paling sy suka sebab ada kids' corner.
ada pinggan, mangkuk, sudu plastik untuk kanak-kanak/baby.
makanan macam hash brown and nugget/fish finger.. memang budak-budak suka.
alah orang dewasa pun suka..
ada sy tengok sorang pengunjung ni (dewasa) ambil fish finger sampai berketul-ketul..
penuh pinggan.. haha.
selain tu sy tengok ada juga bubur oatmeal.. mungkin untuk baby.
baguslah sebab sy selalu terfikir..
kenapa hotel tak buat makanan untuk baby kan.
sebab yang ramai ke hotel time-time cuti pun,
ibu bapa muda (young parents.. not so young. ahaks)
so memang berbaloi kalau disediakan makanan untuk baby dan kanak-kanak.
yang biasa ada sesuai untuk baby, bubur kosong je lah (kalau kat hotel lain).

anaqi yang lagi banyak main daripada makan. ahahah



with ariana.

walaupun peak season cuti sekolah,
orang ramai,
tapi tak terasa packed melampau kalau kat grand lexis ni.
semua orang dapat meja la.. tak ada yang kena menunggu kat tepi, tunggu orang habis makan ke.
kalau kat sesetengah tempat tu..
ya ampun pening acik. hahah
ni kira orang ramai jugak, tapi tak peninglah. boleh lagi.
makanan masa breakfast pun maintain ada.. cepat refill walaupun orang ramai.
kalau ko dapat hotel yang time breakfast pun kena queue panjang, nak dapat meja pun kena tunggu orang habis makan, nak baby chair pun semua occupied, yang itu hazab.
sini egg station pun ada 4 dapur.
so lebih cepat.

selain tu yang menyebabkan sy rasa tempat ni is kids/family friendly..
sebab ada banyak aktiviti disediakan (of course berbayar.. tapi masih affordable)
sy sempat snap aktiviti yang ada dengan rate dia.
kalau nak ke game arcade pun ada kat tingkat 2.. yang itu kena beli token.



masa mula-mula sampai tu,
nampak ada budak main kereta mini.
ariana kan suka..
so sabtu tu bawak ariana main.
bayaran RM10 untuk 7 minit.

sy tengok, ada game sumo wrestling.
yang ada suit sumo comel tu.
aaaa nak main.
tapi sebab ada budak-budak, tak mainlah kita.
main kereta je lah untuk AAs. lolx


baru dapat lesen P. ahaha



perkhidmatan uber. dah ada passenger sorang :P



sy suka photo ni sebab comel adik-beradik.. bahaha.

time bila lagi nak comel adik-beradik kan.
biasa rebut barang mainan aje.. lolx


sopan je penumpang di sebelah. ekkiki

lepas tu sebab terik mentari,
kitorang bawak budak-budak naik ke arcade.
main game.



lepas main arcade,
balik semula ke villa untuk swim.
then check-out haha.
kejap je percutian.. tapi memang sangat puas hati and berbaloi.


anaqi dah terdampar kepenatan lepas main air. tidur dah time ni.

sampai jumpa lagi di percutian berikutnya!
xD

2 comments:

kesh says:
at: March 26, 2017 at 9:37 PM said...

Anaqi da start membulat...congrats mami

wani ezryl * says:
at: March 28, 2017 at 1:27 PM said...

tqtq kesh. alhamdulillah dietitian dia dah release anaqi.. lepas ni dah tak perlu jumpa dietitian lagi sebab berat dah ok.