Monday, November 26, 2012

property hunting

misi mencari rumah sudah bermula! haha

tapi harga rumah sekarang hokmaih (homaigard!!) mahal nak arwah. hari tu dengar kat radio ada pameran hartanah bumiputera kat midvalley. so why not pergi jalan-jalan sat.. walaupun tau mesti harga mahal jugak. kang tak beli sekarang, esok naik harga lagi. sobs.

ajak mom+dad teman. yoshh ai ni memang suka bermanja-manjaan dengan parents wah haha. lagipun baik bawak orang yang expert pasal tanah/rumah ke pameran hartanah kan. ye both of them orang teknikal.. haruslah pakar bab-bab ni kan. sy ni je.. apapun tak pakar. haha


di pintu masuk. dia share dengan pameran perkahwinan kat midvalley convention centre.

tapi pameran perkahwinan lagi besar. maklum la, mungkin orang yang nak berkahwin lebih ramai daripada orang yang nak membeli rumah. hihi


ni kat booth sime darby. gosh cantiknya rumahhh *tercampak ke dinding* tapi kalau tak de 400k sila jangan timbang dalam fikiran untuk membeli ye :P



sy suka design rumah sekarang yang moden.. kotak-kotak.. kalau jutawan boleh la beli, kan. ini ribuan je. jadi mari lupakan je lah sementara. dah naik jusa karang baru pertimbangkan balik. wakh kaka *ada rupa jusa ke masalahnya?!! lempang diri sendiri*

**jusa=pangkat tinggi dalam kerajaan.


view tapak pameran.

it was fun.. jalan-jalan, tengok model rumah. yang stress adalah ko tak mampu nak membelinya!! nak buat muka sayu kat parents mintak hadiahkan sebuah jangan harap la kan. "usaha sendiri!" begitulah kerlingan yang diberikan oleh mereka kepada sy.. hahaha. but my parents ada tolong tanya-tanyakan la. sy tak pandai nak tanya-tanya pasal rumah ni. nanti salah tanya, terus terbeli. ha kan dah susah tu :P

tapi sy ada register jugaklah kat seri pajam. sebab kiranya rumah diorang design lawa-lawa dan masih affordable. cumanya sekarang tak ada projek di kawasan yang sy nak. kalau ada, they may give me a ring or anything. register je la dulu. free je pun. dapat goodie bag lagi. dalam goodie bag ada pop up 2013 table calender lagi. coolio!

lepas dah habis tu kitorang jalan-jalan seketika kat midvalley.



nampak penimbang berderet-deret kat jusco. kejadah diorang letak penimbang banyak-banyak atas lantai gini kalau tidak mahu digunakan... har har har hartamas. tengoklah.. ibu bapa siapalah ini yang mencuba setiap penimbang itu sambil berkata, "eh tipu.. penimbang sebelah ni cakap 50kg, sini 56kg pulak!"
"terimalah kenyataan yang berat badan dah naik.." kataku dengan muka tulus ikhlas. hahaha

(comel je mereka) ^^


lepas tu beli hot & roll kan.. apa lagi. fave ai okeh!! tangkap gambar sambil jalan. boleh?



suasana midvalley yang selalu sibuk dan sesak.


semalam jugak sy telah membeli bedsheet untuk diri sendiri.
zaman belajar dulu kalau korang nak tau, sy gilakan bedsheets. biasanya akan beli bedsheets dan tukar seminggu sekali. hahah. ini gila kebersihan ke apa ni. orang len tukar setahun sekali kottt ko tukar seminggu sekali (sekarang tak de la macam tu.. kohkoh). tu pun sebab dulu pakai katil single.. jadi harga bedsheet saiz SS tidaklah mahal sangat berbanding Q.

sekarang ni pakai bedsheet orang hadiahkan time kahwin dulu je. dengan ada la seketul yang guna time kat rumah sewa di KTcity dulu.

dan ni lah reaksi my mom bila nampak sy pasang bedsheet baru..

mom : bentuk apa tu? tanglung?? (lepas tu dia kekekeh gelak. siap panggil my dad suh teka corak apa tu.)

(sejurus kemudian tik tik tik bapaku muncul di pintu)

dad : bola! (teka beliau dengan excited).

me : T_T


bentuk bawang la weh!! masterchef sangat! ahaha~


hari ini.

baru terperasan yang tapak kasut sy ada corak bunga. hahaha



kasut amori! woots!!


biasa pakai kasut peep-toe lewre yang tinggi tu. tapi sebab tamao bergolekan, tukar ke kasut flat. kasut ni boleh fold. tapi tak tau kenapa, belakang kiri tu rasa sakit bila pakai. ingatkan melecet.. tapi tengok tak de melecet pun.


syida pun membelikan sy lapik ini untuk keselesaan kakiku *aww syida.. so sweet!!* thank youuuuu. mmuahh!

letak tu pun.. rasa best. tapi belah kiri masih sakit. still tak tau kenapa. kalau belah belakang kasut tu sy pijakkan saja macam selipar (penyekkan dia).. tak sakit apa pun. teringat dulu masa wataniah kaki melecet kat belakang sampai luka-luka sebab but besar sangat. sebab itukah?? kakiku telah cedera selama-lamanya?! wakhhh $#@!


lunch hari ni; chicken chop dengan sos cendawan. coleslaw dia sedap!!

end end.

2 comments:

Anonymous said...

Harga rumah memang mahal... beli rumah shiro *anjing sin chan* je lah mampu setakat ini... Harharharharumanis... =P

wani ezryl * said...

baik ko beli je skrg. nanti naik lg. guu awat mahal sgt niii