Sunday, November 04, 2012

projek nasi minyak

yee hari sabtu adalah hari bersama keluarga. tidak syak lagi.
kadang hari sabtu boleh jugak jadi hari berdating. hari tengok wayang. hari tido? ikut korang la. haha

so semalam adalah sabtu yang relaxing. macam-macam kot buat (termasuk melepak tengok movie astro. nice)

pagi tu lapar (as usual). cari benda kat dapur, tak de benda. hahaha. last-last jumpa tepung. terus buat cucur ikan bilis.


lepas tu semalam dah merancang nak buat projek nasi minyak.
eh bukan ada orang buat majlis kahwin ye :P
saja mengada-ngada craving nak masak nasi minyak. craving nak masak adalah craving yang baik kan? buahaha.

so mama joined in the project. cool.

tadaa ni la hasilnya! our first nasi minyak. kehkeh



gulai ayam kampung by mama.

bahan-bahan semua abah beli kat pasar seksyen 6. special request ok.. kitorang pesan ayam kampung. ayam kampung baru best buat gulai.. mah hahaa (gelak kak mah). rasa dia super awesome.

time tengah makan. nyanyapnyap *bunyi sound effect diri sendiri makan dengan over*

me : ma, tak dengar pun mama cakap, "wahh sedapnyaaa gulai niii."

mama : takkan nak puji masakan sendiri kot.

HAHAHA. ye tak ye jugak :P


acar by me.

serius ni first time sy buat acar. haa gelaklah, gelak!! :DD
mama cakap tak puas makan sebab halus sangat.
tapi memang niat dihati masa chopping tu nak buat saiz kecik-kecik macam ni. terpengaruh dengan restoran nasi beriyani johor kat lot kedai belakang.. acar dia halus-halus macam ni la. sy prefer acar kecik-kecik gini. hihi


nasi. pakai beras basmathi, tapi tak jadi ketul!

terlebih air la tuuu kehkeh. ikut instruction kt belakang paket beras, tapi jadi lembut sangat agaknya sebab dah taruk bahan tumis, susu cair semua. makanya lepas ni kena kurangkan sikit air. lesson learnt ;)

rasa still awesome! pewarna je tak de. jadi nasinya kaler macam tu je la ye. haha


cang! nasi minyak siap untuk dimakan!

BAHAN NASI MINYAK : beras basmathi, rempah 4 beradik, bawang merah putih sliced, halia sliced, minyak & minyak sapi untuk menumis, air, garam, susu cair, daun pandan, susu cair.

BAHAN GULAI AYAM KAMPUNG : ayam kampung (duhh) (haha), kentang, rempah 4 beradik, bawang besar putih blend, bawang sliced, rempah gulai import dari pasar payang, KTcity, sos tomato, susu pekat, air, garam, gula. *kalau ada terkurang sila tambah, mama. haha*

BAHAN ACAR : timun+carrot+cili_merah julienne-cut, bawang sliced, cuka, air sikit, garam, gula, bijan. masuk dalam peti es.


lepas tu shopping kat tesco dengan harith.

malam tu pulak lepas maghrib, kitorang sefamily pergi KL jumpa dengan toks ai kat rumah makcik. kumpul ramai-ramai makan-makan. ada sate semua. wee hee. lepas tu tertidur kat sofa rumah orang sebab mengantuk. biasa la tu kan. HAHAHA

bye! :)

3 comments:

Anonymous said...

lepas ni ai nak order nasi minyak dengan u je lah. Hahahah

wani ezryl * said...

ehh ai ni wedding planner.. caterer tak masuk dlm resume! haha

Anonymous said...

Tak yah masa wedding. Masa wedding kan malam. Takkan nak makan nasi kot malam2... ;p