Sunday, November 18, 2012

a date with isz

husbandku udah balik ke KTcity semalam.. sobsob (ok wani jangan nak drama sangat :P)
but had a five days of fun. yelah pagi-pagi ada orang tolong bancuhkan susu bagi kita minum (kalau tak, asyik nak skip minum susu je kan HAHA). eh tapi hari ni ai berjaya bancuh & minum susu! *pat bahu sendiri kebanggaan* ada yang meneman kita tengok movie dalam bilik (ye kami memang suka bermalas-malasan menonton movie kihkih). dan melayan kita nak makan itu ini. thanksthanks, husband!! you're the best!! ;)

soooooooo.
semalam kitorang gi jumpa zaim. zaim ni my husband's bestie since sekolah. dengan wife zaim pun bestie. kira tiga sekawan la. tapi semalam wifenya tak de sebab kerja.

kitorang nak pergi survey kereta (kereta apa usah ditanya. jangan nak joyah sangat ye. heheh). so kira mintak khidmat nasihat zaim la sebab dia pernah deal dengan agen tu. lepas habis urusan kat kedai kereta, zaim mintak hantar dia ke rumah mak mertua dia.. sana ada durian kampung, ok. sedap woahh tapi daku ditegah daripada makan durian huuuuuuu. tapi rasa jugaklah sikit. kang kempunan kena telan dengan batu belah pulak *soo kisah dongengan ko ni, wani :P*
 

husbandku berusaha bersungguh-sungguh membelah buah durian.



zaim pun belah jugak. belakang tu kat pintu yang sayup tu, anak zaim menonton dari jauh. hihi



ok dah boleh kopek!

specialnya durian ni adalah.. nampak je saiz kecik. tapi bila bukak, banyak gile ulas! boleh kata sekali bukak tu ada dalam 5-6 ulas. rasa pun sedap ya amat. ruginya aiii tak dapat makan durian. lolx (ended up makan kerepek pisang mak mertua zaim buat).

lepas-lepas tu, husband and i perrgi makan kat kenny rogers. asalnya nak tengok wayang, tapi macam tak de cerita best. so kita makan je la.

sy kalau gi 'kedai-kedai jual ayam sahaja' macam kenny rogers ke.. nandos ke.. serius tak tahu nak makan apa. last-last order dish biasa dia je la. sebab semua dish pun ayam. haha


muffins.



this is my muffin. kehkeh



gosh zits di mukaku akibat seafood!! *lempang seafood bertubi-tubi* tau tau, seafood tak bersalah. sy lah yang bersalah dalam hal inii *tunduk pandang lantai*



ayam dan coleslaw.



ayam dan mashed potato.

makan ayam je lah. nama pun kedai berasaskan masakan ayam. haha.

oh oh kitorang pergi menimbang semalam. kahhh sy dah naik lagi se-kg jadi 45kg! awesome punya weight. no more underweight hopefully yiehha. but i realize that i had lack of veggies recently. padahal tak de masalah pun nak makan sayur.. cumanya stok sayur tak berapa nak ada di sekitar. ye. salahkan diri sendiri sekali lagi T_T.

and malam semalam sent my husband to the airport. beliau selamat tiba di KTcity dalam pukul 9.30pm macam tu. sy pun balik rumah menyambung tengok AIM. hehe. AIM tak boring. best la.. sebab apa best.. sebab sy dapat bertahan tengok sampai habis. biasanya sy akan tertidur di pertengahan jalan (macam tengok anugerah skrin hari tu kohkoh). tapi memang rezeki shila amzah la sekarang ni.. sy sukaa tengok dia dengan shahnaz.. cute sangat!! (dia cakap.. "cinta hati sy, shahnaz ahmad" wahhh so schweet!!)

oklah. nak pergi sidai baju, lepas tu nak nonton twilight. byebye birdie :P

1 comment:

Anonymous said...

Hi, I do think this is a great site. I stumbledupon it ;) I will return yet again since I book-marked it.
Money and freedom is the best way to change, may you
be rich and continue to help other people.

Also visit my web page - rsm