Sunday, October 21, 2012

makan-makan at delicious

semalam berdating-dating dengan husband sebab celebrate birthday dia pada 16 oktober lepas.
kitorang pun merayau kat sunway pyramid.. shopping, makan and whatsnot. haha

singgah delicious. sebab ramai dah yang cakap sedap, tapi tak pernah makan kat sini. so let's have a try ;)


this is my husband. hihu.


sebenarnya this week dia ada pertandingan koir kat sini. ye, ofis kitorang memang banyak la buat aktiviti-aktiviti koku. nanti lepas ni ada KIK dan macam-macam lagi. so husband ambik flight balik ke sini awal sikit. pertandingannya esok, hari isnin.


me. in hunger.



akhirnya sampai jugak ke delicious! yeah!



suasana di dalam restoran. ye, ramai la jugak orang.



my husband ordered this; mama's beef bolognese spaghettini with meatballs and parmesan. dia cakap sedap.



drinks; he ordered strawberry banana chocholate shake. mine was orange juice without ice.



my cutlery.



this is awesome; chili con carne cheese fries. yummilicious weh. selama ni nampak kat tv je. hari ni kita makan! HAHA



i ordered my usual (pasta); aglio olio spaghettini. tambah shitake mushroom and sundried tomato. kalau menambah ni, kena tambahlah RM8.90.

ada macam-macam lagi boleh tambah, macam chargrilled chicken, beef bacon, seafood. semua ni ada harga tambahan masing-masing.
verdict, memang sedap. tapi tak boleh lawan aglio olio yang sy pernah makan kat banting. alah lupa pulak nama restorannya. ahah


aglio olio close up. sundried tomato memang sy suka sangat. tapi sy macam confuse.. rasanya kat menu tu tulis macam sundried chili. eh entahlah.

lepas tu kitorang pergi beli anak kucing persian. rupanya dekat sangat dengan rumah sy!! haha. dia tinggal tiga ekor je lagi. mak mertua yang nak kucing tu. so husband gigih la mencari. memang comel gile la (lupa pulak nak minta photos from husband.. sebab dia yang snap). kaler kelabu or kelabu putih masing-masing. yang kitorang beli tu memang flat face dengan mata bulat ekor lurus. harga asal orang tu jual kat internet, rm650. tapi sebab dia kenal, dia bagi rm500. bagus tak the power of networking? HAHA (network dengan bapak sy la, sebab sy tak kenal pakcik-pakcik kat kawasan ni.. kehkeh).

lepas dah hantar kucing ke banting, hantar husband ke hotel.. sebab dia akan stay situ untuk pasukan koir. then sy pun balik la shah alam.

sesat kau!! lalu skve. sebelum ni kan kat situ ada LDP je. sebab pun dah lama tak lalu situ, terconfuse dengan papan tanda. dia tunjuk 'shah alam'.. sy ikut la masuk situ. lepas tu papan tanda shah alam tu hilang. bagos sangat. dengan minyak kereta dah blink-blink. lampu jalan skve tak de (gelappp). denagn r&r nya tak ada stesen minyak. BAGOS SANGAT. haha

in the end i managed to get myself home. tapi penat la. serius penat.

lain kali memang tak la nak ikut papan tanda 'shah alam' tu kan. ai lalu ikut papan tanda 'puchong' je lain kali. biar tembus balik ke LDP. oh LDP di hatiku. ohok


gambar sampingan, ni kucing-kucing di belakang rumah yang sibuk dok mintak makan. bukan kucing sy, tapi sy feed je diorang hari-hari. biasanya yang dua ekor ni la, si eveready (kelabu hitam) dengan yang belakang dia si belang comot tu. daripada kurus kering dah jadi gemuk la sebab asyik dok makan hari-hari :P



breakfast pagi tadi; french toast dengan apple chunks. banyak gile sy makan. ahaha

maaf la kekurangan entries minggu ni.

khamis tu sy dah balik banting, so memang tak bukak internet. plus busy memanjang. ada time sy post entry lagi. okai. bye!

No comments: